Wednesday, January 30, 2013

Catatan para pengikut Yesus Kristus

Wednesday, January 30, 2013 0

Catatan para pengikut Yesus Kristus
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca.
            Kesemua 12 pengikiut Yesus Kristus mencatat apa yang dilakukan dan sabda Yesus Kristus. Ada diantara mereka hanya mengingati perkara itu dan menyampaikan semula kepada para penganut yang lain kepada anak dan cucu-cicit mereka.         
            Pengikut Yesus Kristus yang paling tua adalah Peter/Kefas(nama sebenanya Simon) manakala pengikut paling muda ialah Thomas. Bagi Yesus Kristus, tiada pengikut yang paling kanan atau yang paling kiri. Bagi Dia kesemua mereka adalah Sahabat. Yesus Kristus memilih mereka bagi mewakili kesemua suku-suku bangsa Israel yang berjumlah 12 suku itu. di dalam 12 suku itu hanya satu suku sahaja tidak di beri Allah/Yahweh iaitu suku Levi. Mereka ditugaskan untuk menjadi Imam bangsa Yahudi dan hanya mereka sahaja yang layak untuk mengadakan korban bakaran. Oleh yang demikian, mereka tidak diberi tanah oleh Yahweh atau Alloh dalam sebutan purba Yahudi. Namun pada hari ini, mereka menyerbu Palestine dan mahu tanah itu menjadi milik mereka. Namun seperti yang telah tertulis di dalam perjanjian antara Nabi dan umat Israel bahwa-mereka tidak akan mendapat tanah itu selama-lamanya.
            Setelah Yudas Iskariot mengkhinati Yesus, para Sahabat yang lain mencari penganti kepada kedudukan Yudas. Mereka memilih Barabas. Ada juga dalil yang mengatakan bahawa mereka tidak mencari pengganti kepada Yudas Iskariot. Ada juga yang mengatakan Yudas digantikan dengan Yudas yang lain lagi. Tetapi Yesus Kristus tidak menentapkan mereka untuk mencari pengganti kerana Yesus Kristus ada bersabda bahwa “tidaklah Aku yang memilih kamu tetapi Akulah yang memilih kamu”.
            Ada kajian yang mengatakan bahwa Yudas Iskariot adalah pengikut paling rapat dengan Yesus Kristus kerana hanya Yudas Iskaroit sahaja yang tahu kemana Yesus Kristus dan yang lain pergi semasa selepas The Last Supper. Seperti pengikut-pengikut yang lain, Yudas Iskariot mesti menulis sesuatu tentang Yesus kristus kerana Yudas paling banyak bercakap dengan Yesus Kristus. Juga mungkin mereka mempunyai raut wajah yang sama.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             

Yesus menjanjikan Penghibur (Yohanes 14:15-17)

Damai dan salam sejahtera.

Yesus menjanjikan Penghibur  (Yohanes 14:15-17)

15”Jikalau kamu mengasihi Aku, kamu akan menuruti segala perintah-Ku. 16 Aku akan meminta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu seorang penolong yang lain, supaya  Ia menyertai kamu selama-lamanya, 17 yaitu Roh Kebenaran. Dunia tidak dapat menerima Dia, sebab dunia tidak melihat Dia dan tidak mengenal Dia. Tetapi kamu mengenal Dia, sebab Ia menyertai kamu dan akan diam di dalam kamu.
Dikutip dari ALKITAB Terjemahan Baru (TB)© LAI 1974
                Dari teks terjemahan ini maka kita dapat rumuskan bahawa Yesus Kristus menjanjikan SEORANG PENOLONG YANG LAIN kepada para pengikutnya. Seorang tidak membawa erti ROH. Oleh kerana sebelum kelahiran manusia ke dunia, semua kita adalah di dalam keadaan ROH di dalam Syurga. Maka, seseorang yang dijanjikan itu masih belum dilahirkan dan masih berada di dalam keadaan Roh.
                Selepas Yudas Iskariot disingkirkan dari gelaran Rasul, hanya tinggal 11 rasul yang dipilih oleh Yesus Kristus. Maka, seorang yang lebih besar dari mereka akan dilahirkan. Dan teks Yohanes 14:15-17 itu boleh menjadi rujukkan akan janji Yesus Kristus kepada mereka akan kelahiran Roh Kebenaran yang akan menyelamatkan manusia.
                Yesus Kristus bukan dilahirkan untuk menjadi nabi tetapi Yesus Kristus adalah penggenap kapada semua ramalan-ramalan nabi-nabi sebelum ini tentang kelahiran penebusan dunia. Yesus kristus menggenapi kesemua ramalan para nabi agar manusia bertaubat dan percaya kepada Allah yang Maha Kuasa.

Beza Injil dan Bible


Beza Injil dan Bible
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Umum mengetahui bahawa Injil adalah Bible. Injil di dalam bahasa Inggeris ialah Gospel manakala Bible pula di dalam Bahasa Melayu Indonesia dikenali sebagai Al-Kitab. Injil atau dalam bahasa Inggerisnya Gospel adalah cerita yang menceritakan perihal yang di lakukan oleh Yesus Kristus dan sabda-sabda Kristus ditulis oleh para pengikutnya. Ada edisi yang menyatakan bahawa Kitab Injil diberikan oleh Malaikat Gabriel kepada Yesus Kristus di Taman Gethsemane untuk diajar kepada orang-orang Yahudi. Manakal edisi yang satu lagi mengatakan bahawa Injil memang sudah di berikan kepada Yesus Kristus dari Syurga.
                Bible pula adalah himpunan cerita dari Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru dan Surat-surat para Rasul. The Holy Bible terdiri daripada tiga kitab utama iaitu Kitab Kejadian-Za’bur Nabi Ibrahim, Kitab Taurat-Mazmur Nabi Musa dan Kitab Injil-Yesus Kristus. Ketiga-tiga Kitab itu dihimpunkan selepas 500 tahun atau lebih selepas kenaikkan Yesus Kristus ke syurga. Bagi melengkapkan The Holy Bible, gereja telah menyertakan sekali surat-surat para Rasul di dalam The Holy Bible. Surat rasul paling banyak di dalam The Holy Bible ialah Surat Rasul Paulus.
                Menurut kepercayaan sesetengah penganut agama Kristian, Yesus Kristus tidak membawa bersama Kitab Injil yang diberikan oleh Malaikat Gabriel ke Syurga. Mereka percaya bahawa kitab itu masih ada di bumi. Walaupun sudah berusia tetapi kitab itu tetap akan berkeadaan baik kerana kitab itu datang dari Syurga. Dikhabarkan kitab itu disimpan oleh sebuah kampung di dalam sebuah gereja yang terpencil dan dirahsiaka. Tidak ada seorang pun yang dibenarkan memasuki gereja itu. para penduduk kampung hanya menjaga kawasan sekitar gereja dan tidak di dalam gereja. Kitab Injil itu juga dikenali sebagai The Lost Bible.

Monday, January 28, 2013

undang-undang vs rakyat

Monday, January 28, 2013 0

Kenegaraan- Kepatuhan kepada undang-undang
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Peraturan diwujudkan supaya kita tidak kira siapa kita demi kebaikkan bersama. Tidak mengira samaada peraturan itu diwujudkan di koordinat mana pun di muka bumi ini ia adalah untuk kebaikkan bersama. Namun, semakin banyak peraturan semakin banyak pula dikalangan kita untuk melanggarnya. Bak seperti kata seorang bekas guru penulis, beliau mengatakkan bahawa “peraturan memang sesuatu untuk dilanggar”.
                Misalnya peraturan jalanraya yang sememangnya kita mengetahuinya. Kerajaan dengan kerjasama pihak-pihak terbabit giat menjalankan kempen kesedaran tentang kepentingan mematuhi peraturan jalan raya. Antara peraturan kecil dan biasa kita langgar ialah penggunaan tempat letak kereta. Selalunya pengguna motosikal akan menggunakan tempat letak kereta sebagai tempat letak motosikal mereka dan sebaliknya. Selalunya pengguna motosikal akan meletakan motosikal mereka di tempat letak kereta kerana kurang dan tiada tempat letak motosikal. Hal ini kerana, pihak berkuasa tempatan lebih banyak menyediakan tempat letak kereta berbanding motosikal walaupun kita sedia maklum bahawa bilangan pengguna motosikal lebih banyak daripada kereta.
                Larangan penggunaan telefon bimbit semasa memandu dan menunggang motosikal. Rasionalnya ialah jika kita menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tumpuan kita kepada pemanduan akan terarah kepada telefon bimbit. Lebih teruk jika ia melibatkan perasaan dan emosi pemandu terganggu. Ini akan menyebabkan perasaan pemandu terganggu dan menggannggu pemanduan beliau. Akibatnya mungkin beliau akan tertekan pedal minyak secara mengejut dan menyebabkan perlanggaran. Tiada yang mustahil. Jika encik menunggang motosikal dan bersms pastinya handle motosikal encik hanya dikawal oleh sebelah tangan sahaja. Jika tiba-tiba roda motosikal encik terjatuh kedalam lubang maka, encik akan terkejut dan kawalan kenderaan encik juga terjejas dan boleh menyebabkan encik terjatuh.
                Sebenarnya banyak lagi peraturan yang commonly kita langgar. Misalnya kawasan larangan merokok. Walau sebesar mana pun papan tanda Kawasan Larangan Merokok akan tetap ada mereka yang merokok di situ. Jangan membuang sampah di merata-rata tetapi kita dengan senang dan suka hatinya kita membuang sampah merata-rata.
                Negara-negara maju dan kaya di dunia dan mereka yang bertamadun adalah disebabkan budaya mereka yang mematuhi peraturan dan undang-undang. Kejayaan Alexander Agong itu kerana para askarnya yang mematuhi arahan beliau. Empayar beliau kukuh kerana rakyatnya mendukung undang-undang demi kebaikan mereka bersama. Negara jiran seperti Singapura terkenal di seluruh dunia kerana kebersihan. Tiada satu sampahpun dijalan-jalan di Singapura. Tetapi di Malaysia, dimana-mana ada sampah walaupun di situ ada tong sampah. 

demi rakyat atau PRU13


Lawatan PM Malaysia ke Gaza- demi rakyat atau PRU13
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Muhd Najib bin Tun Hj Abdul Razak merakam sejarah tersendiri apabila menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama yang melawat Palestine. Beliau mengatakan bahawa gerak hati beliau yang membawa beliau untuk melihat sendiri penderitaan rakyat Gaza yang dibedil oleh rejim Zionis. Kepadatan penduduk Gaza adalah amat terancam kerana bila-bila masa pihal Zionis boleh menyerang mereka. Seluruh dunia melihat lawatan PM sebagai satu langak perpaduan kerana Malaysia terkenal dengan perpaduan yang menjadikan Malaysia aman dan damai.
                Namun yang demikian, lawatan PM ke Gaza juga boleh dikaitkan dengan perlunya beliau menonjolkan diri sebagai seorang individu yang berani seorang pemimpin yang memperjuangkan Islam dan hak rakyat Palestine untuk menikmati kehidupan yang aman dan damai. Jika dilihat kepada Parti Islam SeMalaysia, mereka mengatakan bahawa meeka adlah pejuang Islam namun mereka tidak pula menunjukan kepada rakyat tentang perjuangan mereka itu. mungkin mereka menggunakan cara lain atau mungkin mereka ada membuat lawatan ke sana tetapi tidak diheboh-hebohkan kepada media perdana.
                Lawatan ini bukan sahaja menunjukkan PM mempertahankan Islam dengan melawat tanah para Nabi tetapi menunjukan kepada masyarakat Islam bahawa kerajaan sekarang dapat mempertahankan Islam di Malaysia. Ini akan menambah sokongan rakyat kepada kepimpinan beliau terutama pengundi Islam. Jika bernasib baik lawatan beliau boleh mencuri perhatian dari penyokong PAS yang memperjuangkan Islam.
                Mungkin tiada pemimpin negara lain yang berani melawat wilayah bergolak sejak berpuluh-puluh tahun ini sehingga PM Malaysia memberanikan diri melawat Gaza. Atas factor keselamatan dan politik pemimpin-pemimpin dunia yang pro-Amerika risau akan pengaruh mereka kerana Israel adalah rakan karib Amerika. Seperti halnya lawatan PM, pihak Hamas dan Fatah tidak senang hati kerana mengganggap Malaysia menyokong sebelah pihak sahaja. Namun harus diingat bagi berjumpa Presiden Palestine kita harus melalui wilayah Israel dan kita tidak mempunyai hubungan diplomatic dengan Israel. Maka lain kali jika PM atau pemimpin dunia yang lain yang ingin membuat lawatan ke Palestine perlu menasihatkan Presiden dan Perdana Menteri Palestine menunggu di Gaza sahaja.
                Apa yang penting ialah mesej perpaduan yang disampaikan oleh PM. Hanya Perpaduan antara Fatah dan Hamas akan menguatkan peluang mereka mengakhiri perang yang seakan-akan tidak berkesudahan itu. dah lah berdepan denga rejim Zionis lagi hubungan sesame mereka juga tidak berapa nak cun macam mana mahu melihat wilayah itu untuk menikmati keamanan?

hari merdeka


Hari Merdeka
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Antara inti pati utama Team SKKM ialah tentang tarikh kemerdekaan di Negeri Sabah dan Sarawak. Seperti yang kita ketahui negara menyambut Hari Kemerdekaan di seluruh negara pada 31 Ogos setiap tahun. Menurut Team SKKM, Sarawak merdeka dari Tanah Jajahan Mahkota British pada 22 Julai 1963 manakala Borneo Utara pula pada 31 Ogos 1963 dan terdapat pula tarikh lain tentang kemerdekaan atau pemerintahan sendiri Borneo Utara ialah pada 17 Julai 1963.
                Namun, menurut Perlembagaan Malaysia Perkara 160 taksiran (2) menyebut bahawa “ Hari Merdeka” etinya tiga puluh satu hari bulan Ogos, tahun seribu Sembilan ratus lima puluh tujuh;
                Oleh yang demikian, bahawasanya “Hari Kemerdekaan” Persekutuan tidak diubah semasa Pembentukan Malaysia. Mungkin delegasi dari Singapura, Sabah dan Sarawak tidak sedar atau mereka tidak ingat akan tarikh kemerdekaan mereka sendiri kerana terlalu gembira untuk melahirkan sebuah negara baru yang diberi nama Malaysia. Atau mungkin mereka terkeliru kerana Persekutuan Malaysia sepatutnya lahir pada 31 Ogos 1963 tetapi terlewat dua minggu. Atau mereka hanya sepakat bahawa Malaya hanya ditukar nama kepada Malaysia dan bukasn sebuah negara baru dibentuk tetapi hanya nama Malaya ditukar kepada Malaysia.
                Bagi Team SKKM, mereka boleh merayakan Hari Kemerdekaan Sabah dan Sarawak dari Tanah Jajahan British sebagai kenangan pemerintahan sendiri kepada negeri-negeri Borneo dan merayakan 31 Ogos sebagai kemuncak “Hari Kemerdekaan” dan 16 September sebagai harijadi Malaysia yang wajar disambut semua negeri di Malaysia.  
                Bagi penulis adalah wajar negeri-negeri di Malaysia merayakan hari kemerdekaan mereka sendiri kerana kita sedia maklum bahawa negeri-negeri lain di Semenanjung juga adalah kerajaan yang berasingan sebelum Malayan Union ditubuhkan. Hanya selepas British mengambil keputusan untuk memusatkan kuasa di Malaya ketika itu maka sebuah negara baru wujud di Semenanjung Tanah Melayu  dengan pusat pentadbiran di Kuala Lumpur. Tetapi kerajaan British memberikan kemerdekaan serentak kepada negeri-negeri Tanah Melayu pada 31 Ogos 1963 termasuk negeri-negeri selat.
                Walaupun Perdana Menteri Malaysia mahu rakyat Malaysia supaya tidak mengambil kisah kepada tarikh-tarikh tersebut (berdasarkan kepada ucapan beliau semasa Sambutan Hari Malaysia di Bintulu 2012) maka tidak hairanlah sejarah negara akan banyak yang akan hilang. Sejarah di kepulauan Borneo hanya diketahui oleh golongan-golongan tertentu dan apabila mereka sudah tiada maka sejarah itu juga akan turut hilang bersama mereka. Hanya sejarah yang dipolitikan demi kerjaya politik dan parti mereka sahaja akan terus tercatat di dalam buku sejarah kita. Damai…

hak dan kuasa autonomi


Hari Kemerdekaan- hak dan kuasa autonomi
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Hak dan kuasa autoriti sesenuah negeri di Malaysia secara dasarnya dipegang oleh Ketua Kerajaan sesebuah negeri  berdasarkan kepada Senarai Negeri. Ketua Kerajaan Negeri atas perkenan Raja/ Sultan/ Yang Dipertuan Besar Negeri/ Yang Dipertuan Negeri  masing-masing.         
Secara sejarahnya, negeri-negeri di Malaysia adalah berkerajaan sendiri dan meruoakan negeri-negeri yang berdaulat sebelum kedatangan penjajah. Semasa zaman penjajahan pula, kuasa autonomi dan hak-hak istimewa penduduk berkurangan. Kuasa sultan masih wujud tetapi hanya kepada agama dan adat istiadat tempatan semata-mata. Kuasa autonomi Sultan kepada cukai dan hubungan luar menjadi milik penjajah dan Sultan hanya sebagai symbol kerajaan semata-mata.
Sebelum kemerdekaan, kerajaan-kerajaan negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu pula bergabung untuk mendapatkan kemerdekaan dari Tanah Jajahan British. Selepas pembuburan Malayan Union Persekutuan Tanah Melayu dibentuk dan kuasa autonomi keatas beberapa perkara diletakkan di bawah kuasa Persekutuan.
no
Senarai Pesekutuan
Senarai Negeri
Senarai Bersama
1
Hal-ehwal negara
Hukum syarak
Kebajikan Masyarakat
2
Pertahanan
Undang-undang diri dan keluarga Islam
Biasiswa
3
Keselamatan dalam negara
Tanah pertanian dan perhutanan
Perlindungan binatang dan burung liar
4
Undang-undang sivil dan jenayah
Kerajaan Tempatan di luar Wilayah Persekutuan
Taman Negara
5
Pentadbiran keadilan
Kerja air
Penternakan
6
Kewarganegaraan
Hari pelepasan negeri
Perancangan Bandar dan kampung
7
Jentera kerajaan
Penyu dan penangkapan ikan
Kutu rayau dan penjaja beredar
8
Kerja raya dan bekalan kuasa
Undang-undang dan adat istiadat Bumiputera
Kesihatan awam
9
Perdagangan dan perusahaan
Perbadanan dan pihak berkuasa Negeri
Kebersihan dan pencegahan penyakit
10
Perkapalan
Ukuran tanah
Perparitan dan pengairan
11
Perhubungan dan pengangkutan
Perpustakaan
Pemulihan tanah lombong

12
Pelayaran dan perikanan
Muzium
Perkahwinan
13
Siasatan dan penyelidikan

Penjagaan anak
14
Perubatan dan kesihatan

Pemberian nafkah*
15
Kebajikan orang asli

Pengambilan anak angkat*
16
Pelajaran

Wasiat*
17
Hari pelepasan am

Pencemaran makanan*
18
Perumahan

Perkapalan*
19
Akhbar, terbitan dan penerbitan

Perikanan*
20
Pawagam dan tempat hiburan


21
Perkhidmatan bomba dan penyelamat


                                                                                             *Bagi kerajaan Sabah dan Sarawak sahaja

Monday, January 21, 2013

Tulisanku

Monday, January 21, 2013 0

Tulisanku
Damai sejahtera kepada para pembaca pembuka kata.
                tuahmelanau.blogspot.com sudah berusia lima tahun. Sebenarnya blog pertama saya adalah lausdotgreennature.blogspot.com yang agak panas dengan pelbagai ragam dan garam yang akhirnya di banned pleh pihak google inc. namun yang demikian saya tidak berputus asa untuk terus menulis idea-idea yang keluar dari kepala otak saya ini.
                Sejak lima tahun ini, banyak perkembangan di dalam dunia siber. Jika sebelum 2008, facebook belum lagi terkenal kita hanya berkongsi fikiran melalui blogger.com namun hari ini selepas wujudnya dan popularitinya melepasi tahap universal kita boleh berkongsi idea dengan lebih mudah dan pantas.   
                Dalam masa yang sama, perkembangan teknologi talah memecut laju dan menjadikan dunia lebih pelbagai dan mendekatkan kita dengan dunia luar. Audients kita mungkin lebih global dan mampu berkongsi dengan lebih ramai kawan.
                Semoga dengan perkembangan teknologi dan kebijaksanaan kita sebagai pengguna akan menjadikan dunia ini tempat yang aman untuk didiami.

Teknologi


Teknologi
                Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Teknologi berkembang dengan pantas. Cukup dan amat pantas pada hari ini. Dengan pelbagai gaya dalam semua bidang, teknologi adalah kehidupan.
                Sebagai fakta, teknologi banyak bermula dari Amerika. Tugas mudah ialah apabila Alexander Graham Bell mencipta telefon. Dari situ telah mengubah dunia teknologi. Dari hanya mendengar suara kepada text messages kepada berkongsi gambar kini kita boleh membuat panggilan video menatap wajah dan berbual mesra. Dari hanya satu panggilan suara dari bilik disebelah kini kita boleh membuat panggilan ke seluruh dunia dengan kos yang minima.
                Bermula dari Bell juga, perkembangan gelombang teknologi bermula. Dengan pengenalan Kod Mos kita bertukar-tukar berita. Melalui gelombang radio kita dapat menyampaikan pesan, bertukar berita malah melamar gadis pilihan kita melalui radio.
                Dari saiz sebesar batu bata, hari ini melalui inovasi tegar dan penuh creative kini telefon sudah tidak memerlukan wayar malah senipis kertas seringan kapas. Malah kesemua benda boleh dilakukan hanya dengan sebuah telefon bimbit. The smart phone. Segalanya ada di dalam sebuah te;efon pintar. Kita boleh memindah wang, menerima wang malah membeli kereta dan rumah boleh dilakukan dengan hanya sebuah telefon bimbit. Dasyat ek.

Pelateu Vs Pebayoh


Pelateu Vs Pebayoh
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Pelateu adalah salah satu cara masyarakat melanau liko atau pagan memuja ipok dalam satu-satu ritual. Ritual ini boleh diadakan dimana-mana dan bila-bila masa sahaja. Tetapi selalunya ritual ini hanya dilakukan selepas waktu isyak kerana mereka tidak mahu semasa sedang melakukan ritual ini azan akan mengganggu ritual itu. kebanyakkan ritual ini diadakan selepas tiga hari kematian seseorang. Konon-kononya acara pelateu ini menghubungkan roh si mati dengan manusia yang masih hidup. Tukang pelateu ini akan menyampaikan pesan dari ahli keluarga dan sanak saudara yang akan mengirimkan barang-barang kepada mereka yang telah meninngal dunia. Selalunya si pelateu ini akan bercakap sebaliknya atau berlawanan dari alam reality. Si pelateu ini akan menutup mata sepanjang perjalanan ritual ini sehingga selesai. Bagi kanak-kanak pula ritual pelateu ini amat melucukan kerana si pelateu ini akan bercakap seorang-seorang dan meminta kita memahaminya dengan mentafsir secara berlawanan. Misalnya, wangi betul  buah durian itu yang bermaksud busuk betul kentut orang itu.
                Pebayoh pula satu ritual untuk mengubati penyakit. Selalunya ritual ini dilakukan pada waktu malam selepas isyak. Hal ini sama dengan pelateu itu tadi namun bezanya, si pebayoh ini memohon ipok untuk menyembuhkan penyakit. Si pebayoh akan menyediakan alatan-alatan perubatan beliau sendiri. Antara yang wajib ialah rebana dan kemenyan. Limau nipis dan kadang-kadang daun-daun serta bunya kasturi. Ia bergantung kepada jenis penyakit dan gangguan yang dialami oleh pesakit. Masa ritual pebayoh ini bergantung kepada sakit si pesakit itu disamping ke”terer”an si tukang pebayoh tersebuh menyembuhkan penyakit.

Negaraku


Negaraku
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman sekalian.
                Kita bertuah kerana kita dilahirkan di dalam sebuah negara yang aman dan damai. Pe,bagai cara dan formula telah direncanakan oleh para pemimpin yang kita pilih bagi memupuk, menjalin dan mempertahankan keharmonian negara kita. Sebagai penghargaan kepada mereka perwira negara, kita harus mempertahankan keharmonian ini. Keharmonian ini harus menjadi tali ikatan perpaduan kita berbilang bangsa dan agama.
                Namun pada hari ini, penularan budaya luar menjadi peluntur warna-warni perpaduan negara ini. Kita di sajikan dengan demontrasi jalanan ala “arab spring” bagi menuntut sesuatu yang telah ditentukan oleh majority rakyat melalui pilhanraya. Kerajaan tidak semestinya majority tetapi bairkan mereka memerintah untuk tempoh mandate lima tahun itu. kemudian, berperanglah dalam pilihanraya dan kita lihat siapa yang dapat majority undi dari para  pengundi. 
                Negara kita juga mempunyai rakyat yang berfikiran matang dan bijak untuk menilai antara perkara yang baik dan perkara yang tidak baik serta merugikan. Rakyat yang mengharga erti sebuah keamanan. Rakyat yang bernaung dibawah panji Yang Dipertuan Agong. Semoga keamanan ini di Negaraku kekal mekar sepanjang masa.

kaul Petanak II


Kami Orang Melanau- Kaul Petanak II
                Damai dan salam sejahtera kepad para pembaca sekalian.
                Pada hari kaul diadakan, para penduduk kampung akan berkumpul di muara sungai Petanak disebelah kiri tebing (arah dari ulu sungai) manakala bagi Melanau Pagan pula mereka akan berkumpul di sebelah kanan sungai ( arah dari ulu sungai) sementara menanti bapa Kaul tiba dari ulu sungai.
                Bapa Kaul akan berangkat ke ulu Sungai Petanak seawall selepas subuh diiringi oleh anak-anak buahnya. Beliau akan memacakkan seraheng di setiap kuala anak-anak sungai yang ada di Sungai Petanak dan memanggil ipok-ipok hutan bagi barkaul di Kuala Sungai Petanak bersama-sama ipok-ipok laut.
                Selalunya Bapa Kaul akan sampai di kuala sungai Petanak pada jam 8 pagi. Dahulunya Paderi Katolik yang akan mengetuai sembahyang kaul dan selepas seraheng dipancak di tugek di kuala Sungai Petanak ketua agama Islampula akan mengetuai doakan pemberkatan kaul dan Bapa Kaul akan merenjis beras kuning kepada semua hadirin. Dengan itu maka Pesta Kaul Petanak bermula.     Penduduk akan berkongsi juadah mereka dianta satu sama lain. Dahulunya pelbagai acara akan diadakan selain makan-makan dan minum-minum. Antaranya ialah permainan tradisiona seperti bermain tempurung kelapa, gasing, laying-layang dan sebagainya. Kemuncak pada Pesta Kaul Petanak ialah Ratu Kaul yang akan dipilih sendiri oleh Penghulu. Selalunya unsur-unsur kejutan dilakukan oleh Penghulu tanpa memberitahu pertandingan ratu cantik diadakan.
                Namun pada hari ini, penduduk kampung Petanak tidak mengambil inisiatif untuk menjadikan kaul Petanak semeriah dahulu. Sebilangan kecil sahaja penduduk yang menyertai Pesta Kaul Petanak. Maka tidak hairanlah kaul Petanak tidak mempunyai tarikkan seperti dahulunya amat meriah dan penuh warna warni. Diharap ada sesuatu pembaharuan dilakukan agar Peta Kaul Petanak semeriah dahulu.

melanau


Kami orang melanau
                Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Pasti ada diantara kita yang masih belum kenal apa itu melanau? Melanau adalah salah satu kumpulan etnik di negeri Sarawak. Melanau mendiami sepanjang persisiran pantai negeri Sarawak. Tumpuan utama kaum Melanau ialah di Bahagian Muakah di tengah-tengah negeri Sarawak.
                Kaum Melanau pada tardisinya percaya akan amalan ananisme atau pagan yang percaya akan kuasa ghaib sebelum kedatangan pengaruh agama Islam dan Kristian ke kepulauan Borneo. Perayaan utama bagi kaum Melanau ialah Kaul. Walaupun pada suatu ketika dahulu hanya Melanau Liko atau Melanau Sungai sahaja yang merayakan perayaan kaul namun pada hari ini kaul adalah perayaan kebudayaan utama Orang Mukah.
                Kaum Melanau adalah petani dan nelayan. Orang Melanau adalah pelaut yang hebat selain pahlawan yang berani. Tanaman utama kaum Melanau ialah rumbia atau balau dalam dialek tempatan. Makanan laut adalah trade mark Melanau terutamanya umai atau sushi bagi sesetengah pihak.   
                Kaum Melanau seperti kaum Iban juga dahulunya adalah pemanggal kepala musuh. Sama seperti bangsa Iban namun kaum Melanau tidak memanggal kepala untuk menunjukkan kepahlawan mereka tetapi hanya sebagai mereka berani dan tidak teragak-agak untuk bertindak jika kawasan mereka dicerobohi musuh.
                Itu sedikit sebanyak tentang masyarakat melanau di Mukah. Jika bertandang ke Mukah jangan lupa untuk makan umai yang ada dijual di market basah di tebingan sungai Mukah di Pasar Lama. Jika anada makan umai hasil tangan orang Mukah maka anda pernah samapai ke Mukah. Jika tidak anda belum lagi samapai ke Mukah. Jumpa anda di Mukah.

melanau


Kami orang melanau
                Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Pasti ada diantara kita yang masih belum kenal apa itu melanau? Melanau adalah salah satu kumpulan etnik di negeri Sarawak. Melanau mendiami sepanjang persisiran pantai negeri Sarawak. Tumpuan utama kaum Melanau ialah di Bahagian Muakah di tengah-tengah negeri Sarawak.
                Kaum Melanau pada tardisinya percaya akan amalan ananisme atau pagan yang percaya akan kuasa ghaib sebelum kedatangan pengaruh agama Islam dan Kristian ke kepulauan Borneo. Perayaan utama bagi kaum Melanau ialah Kaul. Walaupun pada suatu ketika dahulu hanya Melanau Liko atau Melanau Sungai sahaja yang merayakan perayaan kaul namun pada hari ini kaul adalah perayaan kebudayaan utama Orang Mukah.
                Kaum Melanau adalah petani dan nelayan. Orang Melanau adalah pelaut yang hebat selain pahlawan yang berani. Tanaman utama kaum Melanau ialah rumbia atau balau dalam dialek tempatan. Makanan laut adalah trade mark Melanau terutamanya umai atau sushi bagi sesetengah pihak.   
                Kaum Melanau seperti kaum Iban juga dahulunya adalah pemanggal kepala musuh. Sama seperti bangsa Iban namun kaum Melanau tidak memanggal kepala untuk menunjukkan kepahlawan mereka tetapi hanya sebagai mereka berani dan tidak teragak-agak untuk bertindak jika kawasan mereka dicerobohi musuh.
                Itu sedikit sebanyak tentang masyarakat melanau di Mukah. Jika bertandang ke Mukah jangan lupa untuk makan umai yang ada dijual di market basah di tebingan sungai Mukah di Pasar Lama. Jika anada makan umai hasil tangan orang Mukah maka anda pernah samapai ke Mukah. Jika tidak anda belum lagi samapai ke Mukah. Jumpa anda di Mukah.

kaul melanau


Kami Orang Melanau- Kaul
                Damai dan salam sejahtera.
                Pasti banyak artikal tentang kaul. Kaul adalah perayaan tahun baru bagi orang Melanau. Kaul dirayakan bagi menandakanberakhinya musim tengkujuh.
Di dalam bahasa Iban kaul membawa maksud berjumpa beramai-ramai. Pada perayaan Kaul masyarakat melanau baik yang muda mahupun tua besar ataupun lkecil berkumpul di muara sungai untuk menanti penghulu kaul sampai dari ulu sungai memanggil ipok-ipok untuk menjamu mereka.
                Namun yang demikian, banyak edisi tentang mengapa kaul diadakan. Yang paling popular ialah bagi menjamu ipok data atau semangat laut bagi keselamatan dan hasil laut yang melimpah.  Umumnya semua orang Melanau baik yang tinggal di kawasan Rajang, Igan, Dalat, Oya, Mukah, Bintulu-Miri percaya kepada ipok.               
                Terdapat juga versi mengatakan kaul dirayakan untuk menolak bala. Seseorang telah bermimpi agar suatu pemujaan dilakukan bagi menolak bala. Selalunya orang yang bermimpi itu ialah seorang ketua di dalam masyarakat. Padfa hari ini, sesetengah tempat kaul akan diadakan jika penghulu bermimpi ipok mahu makan maka sang penghulu akan menyampaikan kepada anak buahnya untuk mengadakan kaul.
                Oleh kerana kaul dirayakan oleh sebahagian besar Orang Melanau, maka kaul dianggap perayaan utama kaum Melanau. Bagi menyeragamkan sambutan kaul, Pejabat Residen bahagian Mukah menetapkan bahawa Festival Kaul Mukah di adakan setiap tahun pada minggu kedua pada bulan keempat. Kaul Mukah adalah kemuncak kesemua kaul-kaul kecil yang diadakan diseluruh bahagian Mukah.

Sunday, January 13, 2013

never ending story

Sunday, January 13, 2013 0

Isu Khalimah Allah
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Sebenarnya penulis tidak mahu menyentuh tentang isu ini di blog ini. Namun yang demikian, hal-hal adat istiadat Melayu dan agama Islam yang sepatutunya menjadi kerja-kerja Yang Teramat Mulai Raja-Raja Melayu telah diambil oleh ahli-ahli politik.
Isu yang sememangnya panas ini memang mampu menaikkan ranking jualan akhbar-akhbar, ranking berita tv malah portal-portal blog dan berita online. Nama-nama ahli politik  yang menaikkan semula isu ini juga naik menjelang pilihanraya umum negara tidak lama lagi.
Sesuatu yang sensetif dibincangkan oleh ahli-ahli politik yang berkepentingan maka jadilah isu yang dah dikira selesai timbul kembali. Sekurang-kurangnya nama ahli politik tersebut naik dan dikenali.
Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan mefatwakan sesuatu fatwa namun, ahli-ahli fatwa negeri-negeri masih mempunyai hak untuk tidak menggunapakai fatwa tersebut. Hal ini kerana, hal-hal adat istiadat Melayu dan agama Islam adalah dibawah kuasa Raja, Sultan dan Yang diPertuan Besar negeri-negeri.
Jika kita tidak menjadi seperti yahudi yang menganggap mereka adalah “Umat Pilihan Tuhan” tang menganggap mereka sahaja yang boleh menyembah Tuhan yang Esa penulis merasakan kita akan lebih aman. Rasionalnya jika orang Kristian di Sarawak dari dahulu lagi telah menggunakan khalimah suci ini di setiap Misa Kudus Hari Minggu cahaya untuk mendekati Islam adalah tinggi. Hal ini kerana, di dalam injil di dalam Bible adalah intro kepada kedatangan Rasul atau penolong yang dijanjikan oleh Kristus Yesus. Kritus adalah penggenap kepada semua tulisan-tulisan nabi-nabi terdahulu dan kedatangan Kristus Yesus menyamapaikan berita gembira akan kedatangan Roh Kebenaran itu yang dinamakan Ahmad.

never ending story


Isu Khalimah Allah
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Sebenarnya penulis tidak mahu menyentuh tentang isu ini di blog ini. Namun yang demikian, hal-hal adat istiadat Melayu dan agama Islam yang sepatutunya menjadi kerja-kerja Yang Teramat Mulai Raja-Raja Melayu telah diambil oleh ahli-ahli politik.
Isu yang sememangnya panas ini memang mampu menaikkan ranking jualan akhbar-akhbar, ranking berita tv malah portal-portal blog dan berita online. Nama-nama ahli politik  yang menaikkan semula isu ini juga naik menjelang pilihanraya umum negara tidak lama lagi.
Sesuatu yang sensetif dibincangkan oleh ahli-ahli politik yang berkepentingan maka jadilah isu yang dah dikira selesai timbul kembali. Sekurang-kurangnya nama ahli politik tersebut naik dan dikenali.
Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan mefatwakan sesuatu fatwa namun, ahli-ahli fatwa negeri-negeri masih mempunyai hak untuk tidak menggunapakai fatwa tersebut. Hal ini kerana, hal-hal adat istiadat Melayu dan agama Islam adalah dibawah kuasa Raja, Sultan dan Yang diPertuan Besar negeri-negeri.
Jika kita tidak menjadi seperti yahudi yang menganggap mereka adalah “Umat Pilihan Tuhan” tang menganggap mereka sahaja yang boleh menyembah Tuhan yang Esa penulis merasakan kita akan lebih aman. Rasionalnya jika orang Kristian di Sarawak dari dahulu lagi telah menggunakan khalimah suci ini di setiap Misa Kudus Hari Minggu cahaya untuk mendekati Islam adalah tinggi. Hal ini kerana, di dalam injil di dalam Bible adalah intro kepada kedatangan Rasul atau penolong yang dijanjikan oleh Kristus Yesus. Kritus adalah penggenap kepada semua tulisan-tulisan nabi-nabi terdahulu dan kedatangan Kristus Yesus menyamapaikan berita gembira akan kedatangan Roh Kebenaran itu yang dinamakan Ahmad.

Friday, January 11, 2013

Chedet.com – Muslihat DAP

Friday, January 11, 2013 0

Chedet.com – Muslihat DAP
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Politik negara tercalit arang lagi dengan kesilapan mudah oleh sebuah parti politik di negara ini. DAP salah sebuah parti paling glamour di Malaysia mengakui terdapat kesilapan kiraan undi semasa pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) 15 Disember 2012 lalu. Pihak pembangkang sering kali menyalahkan Suruhanjaya Pilihanraya kerana tidak bersih dan adil tetapi DAP sendiri menunjukkan mereka juga tidak bersih dan adil. Jika ya mereka adil mereka tidak akan menolak keputusan pemilihan tersebut kerana mereka bersih dan adil. Tetapi tiba-tiba DAP mengatakan ada kesilapan. Sah-sah lagi bahawa majority ahli DAP menolak Melayu di dalam parti itu.
                Merujuk kepada perkara yang sama, Tun M mengatakan bahawa ia merupakan helah DAP bagi memancing undi Melayu. Kesemua lapan calon Melayu kalah teruk semasa pemilihan tersebut.
                “Itu bukan silap (DAP). Cara (pemiliahn) itu betul tetapi apabila DAP mendapati tiada langsung pemimpin Melayu dalam DAP, dia(DAP) kata dia silap.”
                “Takkanlah begitu bodoh sekali sehingga nak kira undi pun tak tahu. Kalau DAP tak tahu nak kira undi, tak payah lah nak jadi kerajaan.”
                “Itu satu political ploy(helah politik). Ini semua mengarut. Sebenarnya, semua calon Melayu tidak terpilih langsung,” kata beliau apabila diminta mengulas kesilapan keputusan pemilihan CEC DAP baru-baru ini.
                

50 Tahun Malaysia


50 tahun merdeka- Majukah Sarawak?
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Pada 22 Julai 2013 tahun ini, Sarawak genap 50 tahun merdeka dari Britain . Pada tahun ini juga Sarawak bersama Sabah dan Malaya telah 50 tahunmenikmati hidup bersama dengan terasasnya Malaysia pada 16 September 1963. Banyak cerita sepanjang 50 tahun kita harungi bersama di dalam Malaysia.
                Sepanjang 50 tahun itu juga, kebencian Indonesia terhadap Malaysia tidak pernah pudar. Masih banyak lagi golongan muda menaruh kebencian terhadap Malaysia dengan menggelar Malaysia sebagai Malingsia (Maling bermaksud pencuri). Penulis pernah ber”chating” dengan seorang remaja berumur 18 tahun warga Indonesia baru-baru ini. Budak ini juga menganggap Malaysia sebagai Malingsia. Adakah budak itu memang tahu apa yang dicuri Malaysia dari Indonesia? Sedangkan penulis sendiri tidak tahu apa yang Malaysia telah curi dari Indonesia. Apa yang kita tahu, kita berkongsi cerita yang sama kerana kita adalah serumpun. Jika dilihat sejarahnya, Parameswara adalah pengasas kepada kerajaan-kerajaan Melayu di Tanah Melayu. Baginda melarikan diri dari Palembang Indonesia ke Singapura sebelum ke Muar dan membuka negeri di Melaka. Kemudian keturunan menjadi sultan-sultan di kerajaan Melayu yamg lain. Malah kerajaan Johor adalah berketurunan Parameswara yang masih bertahan sehingga kini.
                Philippine pula masih mengangap Sabah sebagai sebuah wilayah mereka. Tuntutan bekas Presiden Gloria Aroyo Macapagal meneruskan tuntutan bapanya Bekas Presiden Macapagal ke atas Sabah masih menghantui mereka.sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat tidak ada sebahagian atau seinci tanah kita boleh dimiliki oleh orang asing.                
                Di Sarawak pula, kita menikmati pembangunan secara menyeluruh walaupun agak lambat kerana factor lokaliti Bandar-bandar dan penempatan penduduk di negeri ini. Tidak hairanlah jika kita mendegar masih lagi kanak-kanak yang turun ke sekolah merentasi denai-denai, mengharungi sungai berjam-jam lamanya sebelum sampai ke sekolah. Sekolah pula terpaksa menikmati kemudahan asas seperti elektrik dan air bersih yang terhad kerana utility masih belum tersedia lagi. Di Bandar-bandar pula jalan-jalan kita berlubang-lubang, berbonggol-bonggol malah semakin hari semakin sempit dek peningkatan kenderaan di atas jalan raya. Ekses kepada internet hanya dapat dinikmati oleh mereka yang berada di Bandar-bandar besar. Manakala Bandar-bandar kecil menikmati internet yang amat perlahan.  Lebih menyedihkan ada kawasan Bandar yang secara tidak sengaja berada di dalam “blind spot” yang menyukarkan mereka menikmati rangkaian telefon yang pastinya menyulitkan keadaan.
                Semoga selepas 50 tahun Sarawak merdeka bersama penubuhanan Malaysia akan memberi lebih sinar kepada kita orang-orang Sarawak.

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting