Wednesday, November 28, 2012

UMNO 2012

Wednesday, November 28, 2012 0

UMNO 2012            
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Umno mengadakan perjumpaan agongnya yang ke66 di ibu negara. Perjumpaan terbesar dan terakhir sebelum PRU13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.
Perdana Menteri pastinya mahukan semua jentera parti UMNO dan semua parti komponen BN bersiap sedia menjelang PRU13. Secara undang-undangnya, kerajaan masih mempunyai masa untuk melengkapkan semua janji semasa PRU12 yang lalu. Namun, mungkin ada du atau tiga janji yang mungkin tidak dapat dilaksanakan atas beberapa factor yang tidak dapat dielakkan.
Seperti biasa, modal kempen Pilihanraya kerajaan adalah pembangunan ditambah sedikit perasa berpendapatan tinggi menjelang Tahun 2020. Kita mungkin boleh menjangkakan kerajaan akan dapat mempertahankan Putrajaya pada PRU13 dan PRU14 atas factor wawasan jangka panjang negara yang sedang menghampiri due date nya.
Dan selepas itu, kita akan dapat melihat politik gaya baru apabila pemimpin veteran akan bersara dan digantikan dengan yang baru dalam tempoh lima ke 10 tahun yang akan datang. Pastinya gaya politik yang lebih terbuka akan disajikan oleh ahli-ahli politik bagi pengaruh umum dan perniagaan mereka.
                

Raja Sarawak


colonialism in Sarawak.
Damai dan salam sejahtera kepada semua pembaca.
                Sarawak bermula kisahnya semasa di bawah pemerintahan berkurun-kurun lamanya oleh Kesultanan Brunei. Hasilnya sehingga sekarang, kawasan yang dinaungi oleh Brunei masih mengamalkan amalan lazim kesultanan Brunei. Mereka juga masih mengekalkan adat dan gelaran yang dianugerahi oleh Sultan dan diwarisi kepada generasi ke generasi.
                Kemudian, Sarawak beralih dari naungan seBorneo kepada kerajaan yang lebih besar iaitu Britian. Bermula dari penglibatan secara tidak sengaja oleh James Brooke yang memerdekakan Sarawak dari Kesultanan Brunei tetapi meRajakan dirinya sendiri mengubah langskap politik Sarawak. Dari kuasa yang diturunkan oleh Sutan brunei kepada pembesar tempatan kepada kuasa dari Rajah kepada pegawai-pegawai Orang Putih menjadikan pembesar tempatan memberontak. Hasilnya, Rajah Charles Brooke meluaskan empayar Sarawak sehingga kepada keluasa negeri Sarawak yang ada sekarang. Perluasan wilayah Sarawak itu dikekalkan oleh Rajah Charles Vyner Brooke, Kerajaan British dan oleh kerajaan Sarawak yang ada sekarang.
                Secara sejarahnya, Sarawak dipimpin oleh seorang pemimpin untuk tempoh yang lama sejak zaman kesultanan Brunei lagi. Di tambah 100 tahun pemerintahan Rajah Brooke dan sekarang Kerajaan Sarawak pimpinan Pehin Sri. Kesemua pemimpin memerintah dengan tempoh yang agak lama tanpa pemberontakan besar dari kalangan rakyat. Hasilnya, orang Sarawak telah biasa dengan amalan colonialism.

Politik Sarawak


Politik Sarawak menjelang PRU13
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Seperti kebiasaannya, politik di Sarawak adalah lebih mematuhi undang-undang dan arahan pihak yang berkuasa. Walaupun terdapat pengaruh luar yang lebih agresif dibawa masuk namun rata-rata pengundi dan rakyat di Sarawak masih mengamalkan gaya demokrasi yang aman dan teratur.
Demokrasi di Sarawak tidak terlalu keetnikan berbanding di Malaya. Parti berbilang kaum mewakili semua kaum di Sarawak diterima baik berbanding dengan parti yang berasakan kaum dan agama semata-mata. Berbanding parti yang datang dari Malaya yang berasakan kaum, agama dan ideology semata-mata, parti-parti di Sarawak adalah lebih mencerminkan gagasan 1Malaysia. Misalnya parti SUPP yang dianggota pelbagai kaum dan majority cina juga diangotai kaum bumiputra Sarawak yang pelbagai.
Rakyat Sarawak lebih selesa dikenali sebagai satu bangsa Sarawak yang mempunyai adat dan tradisi yang pelbagai yang mencorakan warna-warni kebudayaan negeri Bumi Kenyalang. Pengaruh luar pula menjadikan suasana politik Sarawak lebih pelbagai dan menarik untuk diikuti. Apa yang penting, Sarawak adalah selamat dan aman.

Thursday, November 15, 2012

budak nakal

Thursday, November 15, 2012 0
damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
apakah definisi yang sesuai untuk BUDAK NAKAL? adakah disiplin mereka yang gila-gila atau, mereka suka untuk melenggar arahan atau yang sama waktu dengannya. selalunya definisi kita adalah berbeza mengikut fahaman kita. lain orang lain pendapat nya. setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza di antara satu sama yang lain. mungkin mereka menggunakan undi iaitu dengan memilih undi terbanyak bagi menentukan status seseorang itu sebagai tidak berdisiplin dan BUDAK NAKAL.
mungkin juga keranan rezeki kita untuk mendapat gelaran BUDAK NAKAL. mungkin sesetengah budak yang nampak sangat nakal tetapi tidak pula mendapat gelaran tersebut kerana pandai membodek. kita tidak tahu tetapi hanya mereka sahaja yang boleh memberi alasan mengapa ini semua harus berlaku. terima kasih.

Selamat Tahun Baru Hijrah

damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman sekalian.Selamat Tahun Baru Hijrah kepada rakan-rakan kita yang menyambut Tahun Baru Hijrah.
baru beberapa hari lepas kita merayakan Pesta Cahaya bersama-sama dengan masyarakat India, hari ini pula kita merayakan Tahun Baru Hijrah dalam Kalendar Lunar Islam. kita merayakan dengan pelbagai acara bagi memperingati peristiwa penghijrahan Nabi dari Kota Mekah ke Kota Madinah. bagaimana Baginda Nabi mengubah Kota Madinah yang menyambut kedatangan Baginda dengan tangan dan hati yang terbuka. nabi juga tidak pernah memaksa penduduk Madinah menganuti agama yang baginda syairkan. baginda memberi kebebasan beragama bagi penduduk Kota Madinah. dan pada hari ini berkat kesabaran Baginda Nabi. dan tidak pula mereka membangkitkan isu kebebasan beragama di sana selepas pemergian Baginda Nabi.
setiap pengajaran yang terkandung di dalam Buku Suci yang kita percaya kekudusannya, percayalah dan berjagalah kerana harri itu sudah semakin dekat.

Tuesday, November 13, 2012

perayaan

Tuesday, November 13, 2012 0

Perayaan
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang bijaksana lagi budiman.
                Kebebasan merayakan kepercayaan kita juga tergolong kepada hak rakyat Malaysia menganuti agama yang mereka percayai dan bukan agama yang mereka sukai.
                Misalnya, jika seorang ibu bapa beragama Hindu maka anaknya secara automatic akan beragama Hindu. Jika ibu bapa saya beragama Krristian maka saya secara lahirnya saya beragama Krristian. Bergitu juga halnya dengan sepupu saya yang beragama Islam kerana ibu dan bapanya beragama Islam. Ia sama seperti mereka yang beragama Buddha. Jika ibu bapanya beragama Buddha maka anak-anak mereka akan beragama Buddha.
                Sebagai menghormati agama Islam sebagai agama terakhir yang diturunkan dari langit yang secara fizikalnya masih mengamalkan gaya amalan agama Bapa Leluhur Manusia Nabi Ibrahim maka, setiap penganutnya tidak dibenarkan keluar dari agama Islam. Secara hukumnya, agama Islam adalah yang terakhir dan kita tidak boleh berpatah balik kembali kepada agama selain agama Islam. Jika seorang itu lahir sebagai seorang yang beragama Yahudi, beliau boleh memeluk agama Kristian tetapi beliau tidak boleh masuk kembali ke agama Yahudi tetapi beliau boleh menganuti agama Islam. Sesudah beliau menganuti agama Islam maka beliau tidak boleh berpatah balik ke agama Kristian apatah lagi agama Yahudi mahupun kembali kepada agama Bumi seperti Hindu atau Buddha.
                Uniknya kita di Malaysia, kita masih menerima mereka yang telah meninggalkan agama kita untuk bersama dengan agama terakihir di bumi iaitu agama Islam kerana agama ini adalah merangkumi agama langit dan bumi. Jadi taatilah agamamu kerana agamamu akan membawa kamu ke Syurga untuk bertemu dengan Bapa Leluhur kita dan memuji Tuhan Allah yang Maha Esa.

salam Diwali


Happy Deepavali            
Salam Diwali kepada semua pembaca.
Malaysia yang amat indah dengan pelbagai warna perayaan yang disambut oleh setiap kaum etnik yang hidup aman dan damai di Malaysia. Hari ini, perayaan cahaya yang disambut oleh orang-orang Indai di Malaysia yang beragama Hindu.
                Walaupun kita berlainan keturunan dan agama, kita masih dapat merayakan perayaan ini bersama-sama. Bukan setakat untuk agama tetapi untuk meyatupadukan dan perpaduan yang harmonis di Malaysia. Walaupun di Sarawak dan Sabah bilangan penganut agama Hindu tidak sebanyak di Semenanjung tetapi semangat Malaysia amat subur di Kepulauan Borneo.              
                Rupa-rupanya setiap kaum etnik India yang beragama Hindu yang merayakan perayaan ini berlainan caranya mengikut kepercayaan masing-masing. Sungguh unik perayaan ini kerana selain seperti perayaan Tahun Baru kepada agama Hindu dan India tetapi makna cahaya disebalik nama Deepavali ini.        
                Ini adalah maksud sebenar kebebasan beragama di Malaysia yang harus difahami oleh semua pihak. Kita bebas merayakan apa sahaja perayaan yang kita pecayai selagi-lagi tidak memesong kepada akidah kita. Kita tidak perlu risau untuk berkongsi kepercayaan kita dengan rakan-rakan yang lain kerana kita adalah sama. Salam Diwali dan salam Satu Malaysia.. 

Thursday, November 8, 2012

tahniah mr President

Thursday, November 8, 2012 0
barrack obama for the another four years
tahniah Mr President atas kejayaan mempertahankan kerusi paling panas di muka bumi..semoga empat tahun lagi akan menjajnjikan dunia yang lebih makmur, aman dan progresif. menjana pendapatan bertrillion dolar di seluruh dunia dan mensejahterakan dunia sejagat. tahniah mr obama.

Wednesday, November 7, 2012

tahniah izah

Wednesday, November 7, 2012 0
kebasan beragama dalam konteks politik
damai dam salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
negara digemparkan engan kenyataan anak kepada mantan timbalan Perdana Menteri yang disinggirkan, YB Nurul Izah Anwar mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap menghina Islam itu sendiri. di dalam konteks beragama di Malaysia, agama Islam diterima sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia dan bukan di Sabah dan Sarawak. di dalam hal ini, Islam tetap manjadi agama rasmi dan harus dihormati kedudukkannya sejajar engan peranan Duli Yang Teramat Mulia Raja-Raja Melayu yang beragama Islam. maka, sebagai sebuah negara berbilang agama, kenyataan itu tidak perlu dibangkitkan lagi kerana agama Islam telah diterima sebagai agama rasmi manakala agama-agama lain bebas diamalkan. itu adalah asas kepada KEBEBASAN BERAGAMA DI MALAYSIA. jadi jangan keliru, jika anda silahirkan sebagai seorang Islam maka anada adalah Islam sehingga akhir hanyat anda, tetapi jika anda bukan Islam, anda berhak mengamalkan agama anda dan boleh memeluk agama lain dengan syarat anada tidak boleh kembali kepada agama asal anda. harap maklum.

Friday, November 2, 2012

kuasa beli

Friday, November 2, 2012 0

Pelaburan Wang kertas
Kuasa Wang
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca.
Wang secara teorinya adalah ejen pertukaran barang yang dicipta untuk memudahkan proses pertukaran. Namun yang demikian, kuasa wang boleh terjejasa akibat satu fenomena di dalam ekonomi yang disebut sebagai inflasi. Inflasi berlaku apabila wang berkurangan manakala permintaan terhadap barangan pula meningkat. Jadi banyak wang diperlukan untuk membeli barangan tersebut. Akibatnya, nilai matawang itu merosot dan kuasa beli wang tersebut berkurangan. Kuasa wang juga akan berkurangang jika wang terlebih cetak di dalam ekonomi. Ini akan mengakibatkan wang berlebihan di dalam ekonomi dan wang mudah untuk diperolehi menyebabkan nilai wang tersebut merosot.
                Misalnya, terdapat 10 orang yang mempunyai wang kertas RM10 mahu membeli sebuah kereta yang berharga RM5. Peniaga yang mempunyai kereta itu akan pasti mengetahui permintaan terhadap kereta itu dan akan menaikkan harga sejajar dengan hukum permintaaan dan penawaran. Maka, peniaga akan meningkatkan meletakkan harga baru kepada kereta itu. mungkin kepada RM8. Jadi pembeli yang sanggup menerima tawaran baru itu akan membeli kereta itu pada harga RM8. Maka, kuasa wang itu berkurangan dari RM5 kepada RM8 untuk menukarkan dengan sesuatu barangan.                
                Selain itu, kuasa wang juga boleh diukur dengan kemampuan menukar dengan nilai wang itu. contohnya, jika suatu ketika dahulu RM1 dapat menukar 10 bungkus keropok, tetapi sekarang RM1 hanya mampun menukar keropok kepada 5 bungkus sahaja. Ini menunjukkan bahawa, wang telah mengalami menurunan kuasa belinya.

Kuasa Wang-tukaran wang asing


Pelaburan Wang kertas
Kuasa Wang-tukaran  wang asing
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca.
Wang asing atau antarabangsa pula mempunyai nilai yang berlainan. Selalunya dikaitkan dengan Dolar Amerika. Dolar Amerika USD$ diterima umum sebagai matawang dagangan utama dunia menggantikan Pound Sterling ( £). Malaysia pula menggunakan matawang Ringgit Malaysia atau MYR.  
                Setiap tukaran adalah berlainan. Misalnya US$1=MYR0.30, £1=MYR0.05.
*dengan andaian mereka membeli pen dari jenama yang sama
jika Uncle Sam di Amerika membeli sebatang pen berharga US$1 maka harga yang beliau bayar ialah US$1. Jika Mr Bean membeli sebatang pen berharga £1 maka Mr Bean akan membayar £1 untuk sebatang Pen tersebut. Jika Rais mahu membeli sebatang pen berharga MYR1 di Malaysia, Rais akan membayar MYR1 untuk sebatang pen tersebut. Maka, wang US$1, £1 dan MYR1 adalah sama nilai di negara masing-masing.
                Jika Rais pergi ke Amerika untuk membeli sebatang pen berharga US$1 di sana, beliau memerlukan MYR3 untuk sebatang pen. Jika Rais ke Britain pula, beliau akan membayar sebanyak MYR5 untuk sebatang pen. Namun jika uncle Sam ke Malaysia, beliau hanya membayar US$0.30 untuk sebatang pen dan Mr Bean hanya perlu membayar £0.05 untuk sebatang pen. 

Kuasa Wang


Pelaburan Wang kertas
Kuasa Wang
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca.
Kuasa wang juga boleh dipengaruhi oleh sentimen spekulasi matawang. Sesuatu matawang boleh tiba-tiba mahal dan boleh secara tiba-tiba hampir tidak bernilai. Spekulator akan memainkan peranan mereka untuk meraih keuntungan dari aktiviti beli dan jual sesesuatu matawang. Hal ini menyebabkan matawang sesebuah negara mengalami susut nilai yang besar dan dalam masa yang sama mereka juga boleh mengalami kekurangan tunai dalam pasaran kerana disimpan oleh penyangak matawang.                
                Wang boleh menjadi tidak bernilai tetapi dalam masa yang sama pula amat diperlukan oleh pasaran. Wang juga boleh dicetak semula namun ia akan memberi kesan kepada pertukaran wang asing dan akan menyebabkan nilai matawang akan terus jatuh seperti yang dialamai oleh sesetengah negara.  Kuasa wang dan kuasa beli wang akan terus lemah dan membantu melemahkan ekonomi dan menjejaskan kualiti kehidupan rakyat.

Pengertian Wang


Pelaburan Wang Kertas
Pengertian Wang
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Apa itu wang kertas? Wang kertas merupakan wang fiscal paling kerap digunakan di dalam ekonomi. Wang kertas mempunyai nilai muka yang lebih besar dari nilai kertas yang digunakan. Wang kertas harus diperlakukan sah oleh Bank Pusat sesebuah negara sebagai wang kertas yang diperakui dengan nilai semasa wang tersebut. Di Malaysia, wang kertas bermula dari nilai RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan  RM100.
                Wang kertas harus mudah dikenali dan sukar untuk dipalsukan. Wang kertas juga harus diterima umum sebagai ejen pertukaran barang dalam sesebuah ekonomi. Selain itu, wang kertas perlu stabil nilainya agar tidak berlaku wang melebihi permintaan seperti mana yang pernah berlaku kepada Wang Pisang-Pisang di Zaman Kependudukan Jepun.                
                Wang kertas juga harus mudah di bawa dan perlu ringan daan tidak mudah koyak. Ciri-ciri keselamatan wang harus ada supaya setiap transaksi kewangan adalah sah supaya pengguna tidak tertipu dan peniaga tidak mengalami kerugian. 

Pelaburan Wang-simpanan semasa-simpanan tetap


Pelaburan Wang
Simpanan Wang-Simpanan semasa dan Simpanan Tetap
Damai dan salam sejatera.
Kita akan menyimpan wang dalam bentuk tunai di dalam bank dengan harapan mendapat faedah dari simpanan itu. biasanya, faedah ditentukan dari kadar keuntungan bank perdagangan itu sendiri. Selalunya tidak melebihi 2% bagi simpanan semasa yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Manakala simpanan tetap pula kadar faedahnya tidak lebih dari 4% dan pengeluarannya hanya boleh dilakukan pada masa-masa tertentu sahaja.
                

melanau balingian-bintulu


Komuniti melanau         
part 3
sampai kita di simpang Kampung Kuala Petanak dengan dialek ala-ala orang Scotland ke kampung Tellian yang ala-ala British menyusuri sg batang Mukah ke Kampung Jebungan yang sudah menampakkan perbezaan dialek Mukah dengan intonasi mereka yang lebih berirama. Kebanyakkan penduduk melanau Mukah di sepanjang Sg Mukah lebih berirama pertuturannya. Adapun sedikit persamaan dengan Kampung tellian yang sedikit berirama. Dari Batang Mukah kita menyusuri laut Cina Selatan ke Utara Sarawak. Samapi di persimpang Matadeng-Sibu-Mukah, Bahasa Melanau Mukah masih berirama di sini. Namun apabila kita sampai di Balingian dengan latar belakang pergunungan yang membiru, kita dah tak faham apa yang mereka cakap. Sebahagian penduduk Balingian menutur bahasa Melanau Mukah dan Sebahagian lagi Bahasa Melanau Bintulu dan bahasa Melanau Balingian. Kadang-kadang mereka mencampurkan bahasa ini sehinggakan sepatah haram pun saya tak faham apa yang mereka sedang tuturkan. Bahasa Balingian ada sedikit persamaan dengan Dalat, Mukah dan Bintulu. Yang seronoknya orang Balingian, mereka fasih dalam banyak bahasa atau dielek tempatan lebih-lebih lagi bahasa melanau Mukah. Mungkin kerana kebanyakkan mereka belajar di SMK Three Rivers di Mukah. Menyeberangi Natang Balingian ke Kuala Balingian, penduduk di sini lebih menggunakan dialek Bintulu. Selepas Kuala Balingian, kita akan samapai ke Bintulu. Di sini bahasa melanau Bintulu lebih dikenali sebagai Bahasa Vaiee yang total tidak jauh sekali dari Bahasa Melanau Mukah. Mungkin 100, 200 atau 800 tahun dahulu adalah sama tetapi mungkin penggunaan dan pengambilan bahasa asing memajmukkan bahasa Melanau.
                Secara kesimpulannya, walaupun bahasa Melanau seakan-akan bergerak dari Mukah ke kawasan persekitarnya, bahasa Melanau masih berkait antara satu sama yang lain. Walaupun dulunya mereka dipisahkan oleh jarak, mereka masih mengagap mereka melanau walaupun datangnya pelbagai pengaruh baik dari segi bahasa mahupun agama. Mungkin sebab itu bahasa melanau mempunyai dialek yang berlainan dari segi jarak dan tempat tetapi mereka masih mengekalkan tradisi melanau yang unik lagi menarik untuk dikaji.

melanau Dalat-Oya-Rajang


Komuniti melanau
Part 2
                Kaum melanau terdiri daripada beberapa dialek bahasa.
Bahasa melanau Mukah boleh dikatakan sebagai pusat bahasa melanau. Jika kita menyusuri jalan Mukah-Oya, ke barat daya kita boleh mengesan perjalanan dialek bahasa itu. Dari Pekan Mukah ke Kampung Kuala (orang Kampung Petanak juga merujuk mereka sebagai Orang Mukah) ke Kampung Petanak kita tidak akan disajikan dengan hubungan berjiran yang baik. Dari Kampung Petanak, kita akan melintasi Kampung Judan. Dialek di sini lebih sedikit Mukah dari Kampung Penat yang ada tune dalam pengungkapan tutur kata. Melimpasi Kampung Penat kita akan sampai di persimpangan Oya-Dalat dan kita terus ke Oya. Bahasa Melanau Oya sudah lebih ke Dalat berbanding Mukah tetapi hampir sedikit sama dengan Kampung Penat. Manakala dialek kampung-kampung di Oya adalah lebih nutral dan tidak banyak dipengaruhi bahasa asing seperti bahasa Melanau Mukah. Selepas bulatan besar antara Oya-Igan kita akan sampai ke Igan. Di Igan, tune dielak sama seperti Mukah tetapi bahasa mereka lebih kepada melanau Rajang. Setelah kita menyeberangi feri, kita akan sampai ke Matu-Daro. Bahasa mereka jauh sudah dari bahasa Melanau Mukah. Dengan itonasi yang berlainan sehinggakan jika orang Mukah bertutur dengan orang Matu Daro, mereka tidak lagi berbahasa melanau. Apabila kita sampai di Lembah Rajang, sesungguhnya saya lansung tidak faham apa yang mereka cakap. Kalau fahampun mereka kait-kait dalam bahasa melayu baru kita dapat tangkap apa yang mereka maksudkan. Dari batang Rajang kita akan bertemu dengan satu lagi komuniti melanau sawai yang tune banyak dipengaruhi oleh vocal e. dari batang Rajang ke sg Kut ke Pekan Dalat kita akan mendengar peralihan nada tune dari Sawai ke Medong sehingga sampai ke Kampung Tengah Dalat kita dapat rasakan keaslian bahasa melanau masih dituturkan oleh kebanyakkan penutur di daerah Dalat. Kepekatan bahasa melanau Dalat dapat dirasai di Kampung Sg Ud. Kita beransur menyusuri batang Oya ke Kampung Tanam yang masih mengekalkan keaslian bahasa Melanau dengan kepekatan berkurangan ke Kampung Balan yang sudah kedengaran sedikit ke-Oya-an sehingga ke kampung Teh dan sekitarnya. Samapai di kampung Bakong kita akan bercakap dalam dialek Oya sejati dengan pengaruh Islam Melayu.

melanau mukah


Komuniti melanau
Part 1
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.                         
                               Komuniti melanau antara komuniti paling active di laman web dewasa ini. Antara yang paling active ialah Komuniti Melanau Dalat (KMD). Mereka siap menubuhkan koperasi lagi. Berkat dari sokongan Yang Berhormat ADUN Dalat yang sentiasa menyokong mereka. Selain komuniti kemasyarakatan, sokongan politik amat perlu untuk kita berkembang dan maju. Jika tanpa pengaruh politik masyarakat setempat, agak perlahan sesebuah wilayah untuk maju.
                Perkembang social masyarakat melanau berkembang sejajar dengan perubahan masa. Semakin jauh kita melangkah semakin banyak yang kita dapat lihat. Ada yang baik ada yang kurang baik. Jadi kita ambil yang jernih buang yang keruh.
                Melanau. Melanau merujuk kepada komuniti yang tinggal di sepanjang persisiran pantai bahagian tengah Sarawak. Pusat utama komuniti melanau ialah di Bahagian Mukah. Jadi orang Mukah suatu ketika dahulu juga di sebut melano atau melanau oleh penduduk tempatan. 

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting