Tuesday, September 18, 2012

Peluang terbuka luas jika bebas merdeka

Tuesday, September 18, 2012

Peluang terbuka luas jika bebas merdeka
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang bijaksana.
Apabila kita membaca tajuk pada artikel pada kali ini seakan-akan kita benar-benar merdeka dengan menikmati kemakmuran itu tanpa dijajah oleh bangsa lain. Tajuk artikel ini ialah merujuk kepada artikel yang disiarkan dalam UTUSAN BORNEO AHAD, 16 SEPTEMBER, 2012 pada muka surat A4. Artikel itu seperti copy and paste dari artikel “TANPA 31 OGOS AKAN TIADA 16 SEPTEMBER” DARI MINGGUAN SARAWAK yang juga di copy and paste dari UTUSAN MALAYSIA.
                Kta kupas balik antara isi yang mungkin ada kesilapan teknikal atau kesilapan-kesilapan yang tidak dapat dielakaan dalam artikel tersebut.
                “MALAYSIA BERUSIA 55 TAHUN pada 31 OGOS lalu, satu usia yang agak ‘muda’ jika dibandingkan dengan beberapa negara lain di dunia yang telah mencapai kemerdekaan beberapa tahun lebih awal.”  
                Setahu kita pada 31 Ogos 55 tahun dahulu, Persekutuan Malaya yang mencapai kemerdekaan. Tiada nama negara Malaysia yang wujud pada 31 OGOS 1957. Jika tidak percaya carilah buku-buku atau dokumen-dokumen yang mencatat atau ditandatangani pada 31 OGOS 1957 itu sebagai tarikh kemerdekaan MALAYSIA. Pada hari tersebut hanya Malaya yang mengisytiharkan kemerdekaan dan bukannya MALAYSIA. Saya sayang Malaysia. Kami di Sabah dan Sarawak sayang MALAYSIA. MALAYSIA HANYA WUJUD PADA 16 SEPTEMBER, 1963.
                “CONTOH AS     Pada 31 Ogos setiap tahun semenjak 1957, negara merayakan kebebasan daripada penjajahan dan ini dikenali sebagai ‘Hari Merdeka’ manakala 16 September, ia merayakan ulang tahun pembentukkan Malaysia (melibatkan penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak) di mana hari ini dikenali sebagai ‘Hari Malaysia’. … Menurut para cendekiawan, golongan akedemik dan sejarahwan, contoh yang paling menonjol boleh diambil daripada Amerika Syarikat (AS) yang paling menonjol boleh diambil daripada Amerika Syarikat (AS) yang mengagungkan 4 Julai sebagai ‘Independence Day’.
                Apakah persamaan antara MALAYSIA dan AMERIKA SYARIKAT? Bendera yang seakan-akan sama? AS dan Malaysia adalah salah sebuah negara di dunia ini yang mengamalkan konsep PERSEKUTUAN iaitu memusatkan kuasa di satu tempat. Jika di AS di Washington DC manakala di Malaysia di KL.
AS dibentuk pada 4 Julai 1796 diantara negeri-negeri bekas tanah jajahan British dan menggelar negara itu sebagai UNITED STATES. Dalam hubungan antarabangsa mereka juga merujuk kepada nama UNITED STATES of NORTH AMERICA. Juga merujuk kepada  UNITED STATES of  AMERICA apabila negeri dan republic lain “ BERGABUNG” dengan PERSEKUTUAN UNITED STATES of AMERICA. Setiap negeri atau wilayah atau republic yang bergabung dengan AS merayakan “Independent Day’ pada 4 Julai setiap tahun KERANA mereka MENYERTAI PERSEKUTUAN AS.
                Berlainan pula di Malaysia. Pada 31 Ogos 1957 belum ada negara di dunia ini yang wujud pada tarikh tersebut. Hanya negeri-negeri MELAYU BERSEKUTU, NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU DAN DUA NEGERI SELAT bergabung untuk membentuk satu Persekutuan baru yang diberi nama PERSEKUTUAN TANAH MELAYU yang memusatkan kuasa di Kuala Lumpur.  Namun pada 16 September, 1963 satu GABUNGAN negara-negara bekas jajahan British membentuk sebuah negara baru yang diberi nama MALAYSIA.  Negara-negara itu ialah Persekutuan Tanah Melayu (31 Ogos 1957), Singapura (31 Ogos 1963), Borneo Utara (31 Ogos 1963) dan Sarawak (22 Julai 1963). Masing-masing telah bersetuju untuk MEMBENTUK PERSEKUTUAN MALAYSIA pada 31 Ogos 1963 namun kerana terdapat pihak yang masih belum berpuas hati maka tarikh itu ditunda ke 16 September 1963. Maka lahir lah sebuah negara baru yang menggunakan nama MALAYSIA.
                Ada persamaan dengan pembentukkan UNITED STATES of AMERIKA dengan MALAYSIA? Kita amat unik. Namun jika pada tarikh 16 September 1963 laporan dari PBB juga tidak dapat disiapkan maka TIDAK AKAN TERBENTUK MALAYSIA. Jadi tanpa 16 September tidak aka nada MALAYSIA yang ada pada hari ini. (dengan andaian Singapura, Sabah dan Sarawak membatalkan hajat itu sama seperti Brunei)    
                Sebenarnya artikel ini lebih pro-Semenanjung berbanding dengan Sabah dan Sarawak. Sejarah penjajahan Malaya bermula di Melaka apabila Portugis datang menjajah Melaka pada 1511. Sabah dan Sarawak juga dijajah dan pastinya setiap negeri itu juga menentang penjajah bukan di satu tempat sahaja tetapi disetiap tempat yang ada penjajah. Maka tidak perlukah kita mengenang tarikh kemerdekaan negeri-negeri tu dan mengambil satu tarikh sahaja? Misalnya jika dua orang berkahwin dengan tarikh lahir yang berbeza dan berkahwin pada tarikh yang berlainan pula adakah mereka hanya merayakan hari jadi si lelaki atau si perempuan atau tarikh perkahwinan mereka? Sudah pastinya mereka akan merayakan hari-hari tersebut bersama-sama. Fikir-fikirkanlah my fellows. .
                

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting