Saturday, May 2, 2015

Rakyat Sarawak Membantah Kemasukan Pekerja Dari Bangladesh

Saturday, May 2, 2015 0

Damai dan salam sejahtera,
Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan Persekutuan telah menandatangani memorendum untuk membawa masuk sejumlah besar warga bangladesh ke Sarawak sebagai memenuhi permintaan pekerjaan terutamanya di dalam sektor perladangan kelapa sawit. Namun, penduduk tempatan membantah keras kemasukkan mereka baik secara demontrasi aman, perbincangan dengan pihak yang berkenaan malah secara alam maya. Mereka membantah bukan kerana peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan tertutup malah implikasi sampingan lain yang akan di bawa masuk nanti.
kemasukkan warga asing ini akan membantu menambahkan bilangan pekerja asing dan pendatang luar ke negara ini. Penambahan ini akan meningkatkan permintaan kepada keperluaan asas yang utama seperti beras, tepung, gula, minyak masak malah bahan api serta prepaid kad. Kesemua barangan tersebut tidak dikenakan cukai kerana ia merupakan keperluan kepada rakyat berpendapatan rendah yang kebanyakkan rakyat Malaysia secara zahirnya adalah berpendapatan rendah.
Penjualan barangan keperluan tersebut pula tidak membezakan antara penduduk tempatan dan pendatang asing. Harga dijual pada harga yang sama. Maka timbulan maslanalah tentang zero rated kepada barangan keperluan yang lain termasuklah kad pra bayar. Kononnya kad pra bayar ini diperkenalkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah menikmati kemudahan telekomunikasi iaitu bayar dulu kemudian pakai berbanding dengan bayaran bulan iaitu pakai dulu kemudian bayar. Namun demikian, kerajaan mengenakan cukai ke atas prepaid dengan alasan kebanyakan pengguna prepaid adalah warga asing. Menurut statistik, pekerja asing d Malaysia berjumlah lebih kurang 2 juta orang. Oleh yang demikian, hanya lebih kurang 1 juta sahaja rakyat Malaysia yang menggunakan prepaid kerana pendapatan isi rumah rakyat telah mencapai rm5900 sebulan kata menteri yang berkenaan.
Jika kita lihat keperluan asas yang lain terutama beras, gula, tepung dan minyak masak juga di makan oleh pekerja asing yang zero rated tax. Berapa banyak kerajaan rugi jika barangan itu tidak dikenakan cukai? Kononnya subsidi gula dan tepung dirasionalisasi kerana turut dinikmati oleh warga asing persoalannya ialah mengapa kerajaan beria-ia membawa masuk lebih ramai warga asing ke Malaysia? Pengenalan BR1M kononnya membantu rakyat membeli keperluan asas namun ia tidak memadai kerana jumlah itu tidak mampu menampung keperluan sebuah keluarga. Melainkan keluarga itu hanya mempunya tiga beranak sahaja. Mungkin cukup untuk membeli beras, gula, tepung dan minyak masak dengan mengabaikan INSFLASI setahun.
Bagi penulis kerajaan sepatutnya mempunyai satu plan tindakan bagaimana pendatang dan pekerja asing ini memberi pulangan kepada rakyat bukan kepada kejayaan kerajaan semata-mata. Pekerja asing juga manusia seperti kita juga yang bekelana mencari sesuap nasi. Membantu dalam beberapa sektor yang berpendapatan kecil yang kurang diminati penduduk tempatan kerana kadar upah yang kecil berbanding keperluan yang besar.
Jangan abaikan rakyat hanya kerana mahu mengambil untung dari pekerja asing. Jangan guna pekerja asing untuk menindas rakyat. Sekarang kira boleh lihat impak pekerja asing kepada rakyat bukan kepada kerajaan yang dipilih  rakyat. Rakyat merana kerajaan mengaut untung berjuta sehari.
Inilah yang dikatakan RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Terima Kasih

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting