Thursday, April 23, 2015

KWSP 55

Thursday, April 23, 2015 1

Damai dan salam sejahtera,
Tetiba sahaja pihak epf mencadangkan pengeluaran bagi caruman epf pencarum kepada 60 tahun. Kononnya kebanyakkan simpanan pencarum tidak mencapai rm50k pada hari persaraan. Menurut kajian mereka, jumlah itu tidak dapat menampung perbelanjaan hari tua apatah lagi pada hari ini tambahan tanggungan setiap orang rakyat malaysia sebanyak 6%.
Bagi penulis, selain cadangan 60 tahun, epf seharusny lebih bijak untuk MEMBANTU golongan pekerja yang berpendapatan rendah. Walaupun caruman pekerja mahupun majikkan dinaikkan ia masih tidak dapat membantu menambahkan simpanan hari tua. Hal ini kerana, nilai atau kuasa beli wang yang disimpan semakin rendah dan lemah setiap tahun. Kadar inflasi yang tinggi disampin cukai* dan bunga hasil daripada pinjaman pencarum menjadikan simpanan di kwsp sebagai simpanan untuk melangsaikan hutang. Apatah lagi dividen yang agak kecil diberikan juga memadamkan terus nilai simpan pencarum. (Dividen epf - cukai*-inflasi)
Epf harus membantu golongan berpendapatan rendah. pemberian dividen misalnya, golongan berpendapatan tinggi denan nilai caruman tahunan yang tinggi akan memdapat dividen yen tinggi. Manakala, golongan berpendapatan rendah pula akan menikmati dividen yang rendah. Di sini pihak epf berfikiran lebih kepada golongan sasar kerana pekerja yang bergaji rm1000 sebulan TIDAK MUNGKIN mencarum rm1000 sebulan.
Sebagai contoh, jika pekerja A  bergaji rm1000 mencarum sebulan rm110 sebulan manakala pekerja B bergaji rm10000 sebulan pula mencarum rm1100.
Setahun, pekerja A hanya mampu mencarum rm1320 manakal pekerja B pula sebanyak rm13200
(Tidak termasuk caruman majikan 13%)
Dividen setahun dengan andaian 8% dianugerahkan oleh epf kepada pencarum.
Dividen pekerja A rm1320 x 8%=rm105.60
Dividen pekerja B rm13200x8%=1056
Pekerja A harus mencarum sekurang-kurang 30 tahun untuk mencapai caruman rm50k dengan andaian beliau bekerja sejak berusia 25 tahun.
Selain itu, pihak kerajaan juga boleh menyumbang kepada caruman pencarum. Selain idea perlaksanaan BR1M kerajaan boleh menyumbang dalam membantu pekerja yang mengumbang kepada negara sesuatu kepada caruman pencarum. Misalnyan 20% daripada pendapatan atau gaji pekerja yang kurang rm2500 sebulan. Sekurang-kurangnya dapat menambah simpanan golongan berpendapatan rendah yang kebanyakkan agak susah untuk menyimpan kerana kekangan kewangan. Semakin kita simpan duit itu semakin kita perlu berbelanja untuk barangan keperluan.
Penulis berharap agar ada penambahbaikan kepada pencarum yang berpendapatan rendah. Kerajaan yang faham akan masalah rakyat akan faham kesusahan rakyat.
terima kasih

Wednesday, April 22, 2015

Isu salib

Wednesday, April 22, 2015 0

Damai..
Salam kepada semua pembaca yang budiman.
Hangat sekarang isu salib yang didemontrasikan oleh beberapa orang penduduk d selangor. Hanya kerana beberapa orang penduduk dengan isu yang amat sensitive. SALIB. Salib secara sinonimnya adalah melambangkan agama kristian. Manakala bulan dan bintang pula untuk agama Islam. Lambang salib dan lambang bulan bintang masing-masing diletakkan di bangunan yang digunakan sebagai tempat ibadat. Salib misalanya di gereja manakala bulan dan bintang di surau dan masjid. Tanda-tanda itu diletakan bagi menyenangkan "orang" untuk membezakan bangunan-bangunan.
Salib si gereja-gereja biasanya telah ditasbihkan oleh Paderi atau pastor-pastor yang merasmikan salib itu adalah salib lambang kristian. Tetapi jika persilangan antara dua garisan pula tidak dianggap salib walaupun dalam bahasa ingeris is disebut "cross" tetapi simpang empat.
Tiada masalah akidah sebenarnya jika tiada apa-apa atau tidak ada "orang" yang mahu mengambil kesempatan atas isu yang amat sensitive ini.
Tiada agama yang mengajar manusia untuk berbuat jahat. Hanya "orang" yang mengamalkan ajaran itu sahaja. Berfikir secara matang dan hidup lah dalam keharmonian dalam kepelbagaian.
Terima kasih.

Saturday, April 18, 2015

Pesta Kaul Mukah-Dulunya

Saturday, April 18, 2015 0

Salam sejahtera kepada para pembaca budiman.
Kaul Tugek adalah pembuka tirai bagi setiap pesta kaul. Kaul ini boleh dikatakan sebelum para penduduk atau pengunjung menjamu selera dengan juadah masing-masing, ketua kaum akan mempersembahkan juadah di dalam seraheng kepada semangat ipok diiringi dengan doa atau yang biasa kita dengar seperti syair. Jika dahulunya, sesudah seraheng dipacak di "tugek" tempat di mana ipok menikmati juadah mereka seseorang akan menyanyikan nyanyian kepada para ipok. Penyanyi tadi akan menyanyikan syair di "tibow". Penyanyi tersebut selalunya adalah seorang wanita. Sesudah selesai, acara makan beradat mengambil tempat. Di sini, para tua-tua, muda-muda, serta kanak-kanak akan menikmati juadah istimewa bersama- sama warga kaul yang lain. Pesta kaul ini, mungkin berlanjutan sehingga ke petang jika terdapat acara-acara sampingan yang lain. Antara dulunya ialah;
- ratu cantik. Dulunya, ratu cantik hanya dipilih oleh orang tua-tua atau lebih tepat mereka yang memegang jawatan seperti penghulu dan ketua kaum. Peserta pula dari kalangan anak gadis yang menghadiri pesta tersebut sahaja. Kesemua yang hadir di pesta itu adakah peserta tanpa perlu mengisi borang penyertaan. Dulunya, setiap anak gadis tidak akan tahu siapa yang akan dipilih menjadi ratu cantik kerana dulunya, penghulu yang akan mengumumkan siapa teluwieh jinih bagi edisi tahun itu tahkala si gadis sedang menikmati makanan kesukaan beliau.
-pertandingan gasing. Dulunya, permainan ini seakan wajib di setiap pesta kaul. Selalunya pertandingan ini diadakan selepas selesainya pesta makan beradat.
Terdapat banyak lagi aktiviti-aktiviti kaul yang secara ttadisinya dimainkan oleh masyarakat melanau di Sarawak. Permainan tibow misalnya dimainkan sepanjang pesta diadakan. Permainan tempurung kelapa, malah tarik tali juga diadakan bagi memeriahkan pesta setahun sekali kaum melanau itu.
Namun kini, kita amat bertuah kerana selain Pesta Kaul Mukah, kita ada Pesta Kaul Petanak, Pesta Kaul Sg Kut Muara, Pesta Kaul Oya dan pesta kaul yang diadakan disetiap muara sungai sepanjang pantai di bahagian Mukah.

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting