Wednesday, April 3, 2013

langkah kerja Jabatan Tenaga Kerja-Aduan Gaji Minimun 2013

Wednesday, April 3, 2013

Jabatan Tenaga Kerja-Dasar Gaji Minimun 2013
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang bijaksana lagi berpelajaran tinggi sekalian.       
                Jika majikan anda belum atau masih was-was untuk meberi anda gaji minimum anda boleh melaporkan terus kepada Jabatan Tenaga Kerja berhampiran anda.
Sumber aduan bagi sesuatu kes ialah pengadu itu sendiri. Anda mungkin boleh menggunakan wakil namun yang paling mujarap respon dari JTK ialah pengadu iaitu pekerja itu sendiri. Jika menggunakan medium wakil pula,pegawai yang in-charge itu pastinya akan tergelak. ( bos itu paling kurang gred N41). Kemudian,  respon dari JTK adalah dari pengadu itu sendiri.
Step tindakan gaji minima oleh Jabatan Tenaga Kerja:
1.       Terima aduan
-set sumber. Pihak JTK akan mengambil bahan bukti dari media massa, org datang ke pejabat, surat aduan atau emel. Anda dinasihatkan membawa bersama slip gaji kerana slip gaji adalah bukti paling kukuh dalam kes gaji minima ini.
2.       Buka fail aduan
-JTK akan membuka fail aduan dari pengadu terbabit. JTK akan mengahantar pegawai datang untuk membuat siasatan.
3.       Laporan siasatan di hantar ke Ibu Pejabat
Tempoh diberika kepada para majikan untuk membayar gaji minima kepada para pekerja berdasarkan akta gaji minima. Cas juga akan dikenakan ke atas majikan berdasarkan akta terbabit.

1 Januari 2013-6 orang pekerja dan ke atas wajib melaksanakan gaji minimum.
1 Julai- 5orang pekerja dan ke bawah atau sehingga kerajaan memberikan warta perlaksanaan kepada mereka.

Tunggakkan.
JTK juga akan mengarahkan majikan untuk menbayar gaji yang tertunggak dari 1 Januari 2013 sehingga mereka melaksanakan perintah gaji minima tersebut.
Kerisauan bagi kebanyakan pekrja adalah takut dan malu untuk berhadapan dengan para pegawai di JTK yang berpakaian kemas dan bergaji tinggi. Mereka juga risau mungkin para pegawai itu kawan kepada majikan mereka dan tindakan mereka mungkin akan berhadapan dengan kes diberhentikan kerja. Jika keadaan ini berlaku, anda boleh melaporkan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan,

...terima Kasih kepada Jabatan Tenaga Kerja Mukah...

3 comments:

Unknown

kami yg berkerja sebagai pengawal keselamatan di hospital daro cuma meneri batang gaji tak ada bayaran kerja lebih masa,elauan keselamatan dan cuti dalam 1 tahun pun tak ada...adakah pekara ini dapat di adukan kepada jabatan tenaga kerja??mohon perihatin terhadap kami di daro ini,,

Unknown

saya zulkernain dan abd malek diberhenti kerja sebagai pengawal keselamatan sekolah sk.ok.sergunim matu tanpa sebarang surat notis,pihak syarikat hanya bercakap melalui seorang penyelaras pada 10.12.2015.penyelaras memberitahu kami berdua diberhentikan kerja pada 15.12.2015.kami berdua juga merayu kpd pihak syarikat dan guru besar agar kami berdua dpt dilanjutkan khidmat sehingga habis bulan ini.semua hampa tiada sebarang jawapan.dapat kami berdua membuat aduan ke jabatan tenaga kerja.mohon prihatin semuga kes kami ini dipantau.

Unknown

kami begitu kecewa dengan perkara yang menimpa kami berdua.pihak sekolah ternyata hanya memandang sebelah mata saja.selama 2 tahun kami bertugas sebagai pengawal keselamatan sekolah di SK.OK.SERGUNIM MATU.segala rayuan kami untuk dilanjutkan bertugas sehingga habis bulan pun tak dilayan.sehingga kami berjumpa dengan PPD dan berjumpa dirumah PPD,dan meluahkan segala apa yg terjadi disekolah.semuga pihak yg wajib dpt memantau dan memberi tindakan kpd syarikat yg memberhentikan kami berkerja tanpa sebarang surat notis.

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting