Monday, January 28, 2013

hari merdeka

Monday, January 28, 2013

Hari Merdeka
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Antara inti pati utama Team SKKM ialah tentang tarikh kemerdekaan di Negeri Sabah dan Sarawak. Seperti yang kita ketahui negara menyambut Hari Kemerdekaan di seluruh negara pada 31 Ogos setiap tahun. Menurut Team SKKM, Sarawak merdeka dari Tanah Jajahan Mahkota British pada 22 Julai 1963 manakala Borneo Utara pula pada 31 Ogos 1963 dan terdapat pula tarikh lain tentang kemerdekaan atau pemerintahan sendiri Borneo Utara ialah pada 17 Julai 1963.
                Namun, menurut Perlembagaan Malaysia Perkara 160 taksiran (2) menyebut bahawa “ Hari Merdeka” etinya tiga puluh satu hari bulan Ogos, tahun seribu Sembilan ratus lima puluh tujuh;
                Oleh yang demikian, bahawasanya “Hari Kemerdekaan” Persekutuan tidak diubah semasa Pembentukan Malaysia. Mungkin delegasi dari Singapura, Sabah dan Sarawak tidak sedar atau mereka tidak ingat akan tarikh kemerdekaan mereka sendiri kerana terlalu gembira untuk melahirkan sebuah negara baru yang diberi nama Malaysia. Atau mungkin mereka terkeliru kerana Persekutuan Malaysia sepatutnya lahir pada 31 Ogos 1963 tetapi terlewat dua minggu. Atau mereka hanya sepakat bahawa Malaya hanya ditukar nama kepada Malaysia dan bukasn sebuah negara baru dibentuk tetapi hanya nama Malaya ditukar kepada Malaysia.
                Bagi Team SKKM, mereka boleh merayakan Hari Kemerdekaan Sabah dan Sarawak dari Tanah Jajahan British sebagai kenangan pemerintahan sendiri kepada negeri-negeri Borneo dan merayakan 31 Ogos sebagai kemuncak “Hari Kemerdekaan” dan 16 September sebagai harijadi Malaysia yang wajar disambut semua negeri di Malaysia.  
                Bagi penulis adalah wajar negeri-negeri di Malaysia merayakan hari kemerdekaan mereka sendiri kerana kita sedia maklum bahawa negeri-negeri lain di Semenanjung juga adalah kerajaan yang berasingan sebelum Malayan Union ditubuhkan. Hanya selepas British mengambil keputusan untuk memusatkan kuasa di Malaya ketika itu maka sebuah negara baru wujud di Semenanjung Tanah Melayu  dengan pusat pentadbiran di Kuala Lumpur. Tetapi kerajaan British memberikan kemerdekaan serentak kepada negeri-negeri Tanah Melayu pada 31 Ogos 1963 termasuk negeri-negeri selat.
                Walaupun Perdana Menteri Malaysia mahu rakyat Malaysia supaya tidak mengambil kisah kepada tarikh-tarikh tersebut (berdasarkan kepada ucapan beliau semasa Sambutan Hari Malaysia di Bintulu 2012) maka tidak hairanlah sejarah negara akan banyak yang akan hilang. Sejarah di kepulauan Borneo hanya diketahui oleh golongan-golongan tertentu dan apabila mereka sudah tiada maka sejarah itu juga akan turut hilang bersama mereka. Hanya sejarah yang dipolitikan demi kerjaya politik dan parti mereka sahaja akan terus tercatat di dalam buku sejarah kita. Damai…

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting