Friday, January 11, 2013

50 Tahun Malaysia

Friday, January 11, 2013

50 tahun merdeka- Majukah Sarawak?
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Pada 22 Julai 2013 tahun ini, Sarawak genap 50 tahun merdeka dari Britain . Pada tahun ini juga Sarawak bersama Sabah dan Malaya telah 50 tahunmenikmati hidup bersama dengan terasasnya Malaysia pada 16 September 1963. Banyak cerita sepanjang 50 tahun kita harungi bersama di dalam Malaysia.
                Sepanjang 50 tahun itu juga, kebencian Indonesia terhadap Malaysia tidak pernah pudar. Masih banyak lagi golongan muda menaruh kebencian terhadap Malaysia dengan menggelar Malaysia sebagai Malingsia (Maling bermaksud pencuri). Penulis pernah ber”chating” dengan seorang remaja berumur 18 tahun warga Indonesia baru-baru ini. Budak ini juga menganggap Malaysia sebagai Malingsia. Adakah budak itu memang tahu apa yang dicuri Malaysia dari Indonesia? Sedangkan penulis sendiri tidak tahu apa yang Malaysia telah curi dari Indonesia. Apa yang kita tahu, kita berkongsi cerita yang sama kerana kita adalah serumpun. Jika dilihat sejarahnya, Parameswara adalah pengasas kepada kerajaan-kerajaan Melayu di Tanah Melayu. Baginda melarikan diri dari Palembang Indonesia ke Singapura sebelum ke Muar dan membuka negeri di Melaka. Kemudian keturunan menjadi sultan-sultan di kerajaan Melayu yamg lain. Malah kerajaan Johor adalah berketurunan Parameswara yang masih bertahan sehingga kini.
                Philippine pula masih mengangap Sabah sebagai sebuah wilayah mereka. Tuntutan bekas Presiden Gloria Aroyo Macapagal meneruskan tuntutan bapanya Bekas Presiden Macapagal ke atas Sabah masih menghantui mereka.sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat tidak ada sebahagian atau seinci tanah kita boleh dimiliki oleh orang asing.                
                Di Sarawak pula, kita menikmati pembangunan secara menyeluruh walaupun agak lambat kerana factor lokaliti Bandar-bandar dan penempatan penduduk di negeri ini. Tidak hairanlah jika kita mendegar masih lagi kanak-kanak yang turun ke sekolah merentasi denai-denai, mengharungi sungai berjam-jam lamanya sebelum sampai ke sekolah. Sekolah pula terpaksa menikmati kemudahan asas seperti elektrik dan air bersih yang terhad kerana utility masih belum tersedia lagi. Di Bandar-bandar pula jalan-jalan kita berlubang-lubang, berbonggol-bonggol malah semakin hari semakin sempit dek peningkatan kenderaan di atas jalan raya. Ekses kepada internet hanya dapat dinikmati oleh mereka yang berada di Bandar-bandar besar. Manakala Bandar-bandar kecil menikmati internet yang amat perlahan.  Lebih menyedihkan ada kawasan Bandar yang secara tidak sengaja berada di dalam “blind spot” yang menyukarkan mereka menikmati rangkaian telefon yang pastinya menyulitkan keadaan.
                Semoga selepas 50 tahun Sarawak merdeka bersama penubuhanan Malaysia akan memberi lebih sinar kepada kita orang-orang Sarawak.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting