Monday, January 21, 2013

kaul Petanak II

Monday, January 21, 2013

Kami Orang Melanau- Kaul Petanak II
                Damai dan salam sejahtera kepad para pembaca sekalian.
                Pada hari kaul diadakan, para penduduk kampung akan berkumpul di muara sungai Petanak disebelah kiri tebing (arah dari ulu sungai) manakala bagi Melanau Pagan pula mereka akan berkumpul di sebelah kanan sungai ( arah dari ulu sungai) sementara menanti bapa Kaul tiba dari ulu sungai.
                Bapa Kaul akan berangkat ke ulu Sungai Petanak seawall selepas subuh diiringi oleh anak-anak buahnya. Beliau akan memacakkan seraheng di setiap kuala anak-anak sungai yang ada di Sungai Petanak dan memanggil ipok-ipok hutan bagi barkaul di Kuala Sungai Petanak bersama-sama ipok-ipok laut.
                Selalunya Bapa Kaul akan sampai di kuala sungai Petanak pada jam 8 pagi. Dahulunya Paderi Katolik yang akan mengetuai sembahyang kaul dan selepas seraheng dipancak di tugek di kuala Sungai Petanak ketua agama Islampula akan mengetuai doakan pemberkatan kaul dan Bapa Kaul akan merenjis beras kuning kepada semua hadirin. Dengan itu maka Pesta Kaul Petanak bermula.     Penduduk akan berkongsi juadah mereka dianta satu sama lain. Dahulunya pelbagai acara akan diadakan selain makan-makan dan minum-minum. Antaranya ialah permainan tradisiona seperti bermain tempurung kelapa, gasing, laying-layang dan sebagainya. Kemuncak pada Pesta Kaul Petanak ialah Ratu Kaul yang akan dipilih sendiri oleh Penghulu. Selalunya unsur-unsur kejutan dilakukan oleh Penghulu tanpa memberitahu pertandingan ratu cantik diadakan.
                Namun pada hari ini, penduduk kampung Petanak tidak mengambil inisiatif untuk menjadikan kaul Petanak semeriah dahulu. Sebilangan kecil sahaja penduduk yang menyertai Pesta Kaul Petanak. Maka tidak hairanlah kaul Petanak tidak mempunyai tarikkan seperti dahulunya amat meriah dan penuh warna warni. Diharap ada sesuatu pembaharuan dilakukan agar Peta Kaul Petanak semeriah dahulu.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting