Wednesday, September 12, 2012

tanpa 31 Ogos akan tiada 16 September ???

Wednesday, September 12, 2012

Tanpa 31 Ogos akan tiada 16 September?

Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca.

Saya amat tertarik dengan sebuah artikel di dalam Mingguan Sarawak bertarikh 9 September, 2012 di ruangan Wacana mukasurat 4. Artikel itu bertajuk Tanpa 31 Ogos akan tiada 16 September. Kalau saya budak tahun satu mungkin saya akan gembira menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos dan menyanyikan lagu alahyarham Sudirman Hj Arsad. Teapi sejak adanya era internet kita akan melihat dunia ddari pandangan seekor burun yang terbang tinggi. Kita tidak akan membaca buku sejarah dari buku teks sekolah sahaja. Kita akan cuba membaca buku rujukkan sejarah. Sekarang lebih advance dengan adanya internet. Berbagai sumber maklumat yang boleh kita baca Dalam pelbagai bahasa dan dalam pelbagai sumber.
Mungkin penulis ini seorang yang berasal dari Semenanjung Malaysia. Hal ini kerana, banyak cerita beliau dan rakan-rakannya berkisar dengan sejarah perjuangan Tanah Melayu sahaja. Ini jelas menunjukkan kepada pembaca Utusan Sarawak khasnya dan Mingguan Sarawak amnya bahawa Utusan Sarawak pun masih kurang jelas akan sejarah kita. Saya bukalah seperti  Dr Faizul dan rakan-rakannya yang mempunyai Ijazah dan berpendidikan tinggi. Saya hanya seorang penduduk Sarawak yang mahu sejarah Sarawak serta Sabah diketahui oleh rakyat Malaysia. Sedia maklum, kurikulum sejarah pada hari ini lebih kepada penceritaan Tanah Melayu berbanding dengan di Kepulauan Borneo.
Jika kita merujuk kepada wilayah yang “bergabung” dan “membentuk” Malaysia adalah empat buah negara yang sudah bebas dan merdeka sebelum 16 September. Tanpa 16 September pun, empat buah negara ini tetap juga akan merdeka.
Tanah Melayu merdeka daripada British pada 31 Ogos 1957. Sarawak pula pada 22 Julai 1963. Sabah yang sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara pula mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 iatu tarikh sepatutnya Malaysia diisytiharkan.walaupun Singapura mencapai pemerintahan sendiri pada 3 Disember, 1959 namun, Singapura mengisiytiharkan secara ekasasinya pada 31 Ogos 1963 dan Singapura secara rasminya mencapai kedaulatan pada tarikh 9 Ogos 1965 iatu tarikh mereka keluar daripada Persekutuan Malaysia.
Singapura tidak merayakan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan pada 3 Disember atau 31 Ogos tetapi pada 9 Ogos setiap tahun. Mereka tidak memulakan kiraan usia kemerdekaan pada 1959 atau 1963 tetapi pada 1965 tahun di mana mereka mencapai kedaulatan penuh wilayah mereka.
Amerika Syarikat yang juga mempunyai cerita yang hampir sama tetapi tidak sebenarnya. Amerika Syarikat terdiri daripada 50 buah negeri pada hari ini. Asalnya 13 buah negeri bekas jajahan British merdeka pada 4 Julai 1797 dan membentuk sebuah negara United States of America (U.S.A).  negeri terakhir yang menyertai U.S.A ialah Hawaii pada 21 Ogog 1959. Ceritanya negeri-negeri lain “MENYERTAI” U.S.A dan mereka tidak membentuk U.S.A. Sabah, Sarawak, Singapura dan Semenanjung pula MEMBENTUK MALAYSIA.
Misalnya negara-negara ASEAN ditubuhkan pada dan menerima “penyertaan” dari negara-negara lain secara berperingkat dan ASEAN tetap merayakan harijadi mereka pada tarikh ASEAN ditubuhkan dan bukan pada tarikh setiap kemasukkan negara-negara ke dalam ASEAN.
Amerika adalah sebuah negara kesatuan yang amat besar. Malaysia pula sebuah negara Persekutuan iaitu Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Jika pergabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura tidak berlaku pada 16 September 1963 kesemua wilayah itu akan tetap mencapai kemerdekaan. Tanah jajahan terakhir yang mencapai kemerdekaan ialah Hong Kong pada tahun 1998. Maka peluang untuk rakyat Sarawak menjawat jawatan tinggi dan mudah mendapat pekerjaan jika kita tidak perlu bersaing dengan warga Tanah Melayu. Misalnya di Brunei, kerajaan Brunei mahu syarikat swasta memberi keutamaan kepada rakyat Brunei dalam pasaran pekerjaan dan jawatan yang setimpal dengan mereka.
Sejarah Sabah, Sarawak, Singapura dan Semenanjung adalah tidak sama walaupun kesemua wilayah itu akhirnya menjadi milik British dan mencapai kemerdekaan dari British.  Pada akhirnya hanya Sabah, Sarawak dan Semenanjung sahaja yang masih kekal setia kepada Persekutuan Malaysia.
Layaklah sebenarnya setiap negeri di Malaysia merayakan hari kemerdekaan masing-masing dan merayakan pembentukkan Malaysia pada 16 September setiap tahun. Ini dapat MENGIKIS tanggapan banyak pihak bahawa tanpa Semenanjung, Sabah dan Sarawak tidak akan merdeka dan tanpa 31 Ogos tidak akan ada 16 September.
Namun apa yang amat menyedihkan ialah seakan-akan tiada kesedaran pada pemimpin yang memimpin Sabah dan Sarawak tentang sejarah wilayah ini. Kita seakan-akan bukan adik abang dalam Malaysia tetapi anak tiri sahaja.
Kita sebenarnya seakan-akan dijajah bah. Pegawai-peegawai tinggi kerajaan di Sabah dan Sarawak datangnya dari Semenanjung. Kita hanya kuli-kuli sahaja memang tidak padan. Cantik bah kau itu lagi orang kaya.

1 comments:

Anonymous

beratitedcvhTanpa 22/7/63 (kemerdekaan Sarawak & 16/7/63 (kemerdekaan Sabah) pun tetap tidak ada 16/9/63.Tarikh kemerdekaan tidak relevant dalam konteks Hari Malaysia...

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting