damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
tahuk di atas dah banyak kali juga saya sibuk-sibuk kat fb saya malah kat blog ni..tahukah anda kebanykaan kereta besar yang mewah dan kereta produa yang kecil-kecil tu pun tidak dipasang signal oleh pembuat kereta..susah sangat ke nak pasang signal light tu? kereta besar, laju lagi bergaya tapi tak ada signal..mungkin mahal sangat nak bayar loan ptptn jadi tidak mampu nak beli lampu signal light nak pasang kat kereta.
kadang-kadang, sempat lagi pemandu ni nak sms..kemudian "termakan" lorong orang lain..jadi no wonder lah kalau selalu sangat kereta accident bertembung pasal pemandu sibuk nak sms..kelajuan kereta dekat-dekat nak memecahkan rekod kelajuan bunyi..sempat lagi minum-minum tu..ish..hairan lah tengok pemandu di Malaysia..jadi jangan marah kerajaan mahalkan harga kereta..tapi bila dah mahal mesti pemandu fikir mereka orang kaya,,orang lain naik motosikal roda dua jer..pastu modified kereta roda macam nak terkeluar..ya pun nak lawan kereta sabastian Vettel yang condong beberapa darjah tu jangan lah condong hampir 45' tu...bahaya dan boleh mempercepatka kehausan tayar..mungkin pemilik kereta viva tu kaya sangat jadi tidak hairan lah kalau beliau sanggup berbuat demikian kat kereta dia..nyawa dia kereta dia..tapi kalau terlanggar orang lain yang dah berhati-hati lagi berhemah siapa nak jawab??ubah sikap jangan eksen sangat dengan kereta yang banyak susut nilai tu..
Friday, October 26, 2012
kereta besar, cantik, berwarna-warni tapi tak ada signal light
Friday, October 26, 2012
0
Labels:
signal light
tahukah anda
tahukah anda?
pegawai yang berada di dalam bilik kaca tu sabgat serius. tak tahulah beliau serius kat mak cik-mak cik dan golongan lelaki sahaja lah.
sebenarnya, semua pegawai kerajaan yang berjantina ni selalunya akan lebih mesra dengan pelanggan yang berlainan jantina. di mana-mana dan bila-bila masa. jika pegawai yang perempuan pula, mereka akan lebih berolah bila tiba masa-masa tertentu di dalam setiap bulan. lebih-lebih lagi kalau mengandung. saya pernah kena marah masa berurusan di Bank Simpanan Nasional gara-gara saya terlambat sedikit memberi apa yang diperlukan oleh beliau. masa tu beliau sedang mengandung. tetapi hari ini saya tengok beliau lebih mesra daripada masa beliau mengandung.
pegawai yang berada di dalam bilik kaca tu sabgat serius. tak tahulah beliau serius kat mak cik-mak cik dan golongan lelaki sahaja lah.
sebenarnya, semua pegawai kerajaan yang berjantina ni selalunya akan lebih mesra dengan pelanggan yang berlainan jantina. di mana-mana dan bila-bila masa. jika pegawai yang perempuan pula, mereka akan lebih berolah bila tiba masa-masa tertentu di dalam setiap bulan. lebih-lebih lagi kalau mengandung. saya pernah kena marah masa berurusan di Bank Simpanan Nasional gara-gara saya terlambat sedikit memberi apa yang diperlukan oleh beliau. masa tu beliau sedang mengandung. tetapi hari ini saya tengok beliau lebih mesra daripada masa beliau mengandung.
Labels:
tahukah anda
Wednesday, October 24, 2012
Signal light
Wednesday, October 24, 2012
0
Signal
light
Damai dan
slam sejahtera kepada para pembnaca sekalian.
Tahukah
anda bahawa kebanyakkan pemandu dan penunggang motosikal di Malaysia TAKUT sangat untuk memberi isyarat?
Kebanyakkan
dari mereka adalah “pegawai kerajaan” yang memiliki kenderaan yang canggih dan
bergaya. Selalunya mereka lah yang
paling banyak melakukan kesalahan ketika berada di jalan raya. Selain gagal
memberikan lampu isyarat ketika menukar lorong, mereka juga gemar melanggar lampu isyarat di simpang.
Suka “makan” jalan orang lain malah menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Labels:
signal light
Harga kereta dan “signal light” 1
Harga
kereta dan “signal light” 1
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman lagi bijaksana.
Harga
kereta yang agak tinggi menjadi modal bagi pembangkang bagi meraih undi
menjelang PRU yang akan datang. Antara factor harga kereta di negara ini mahal
ialah “kualiti” kereta kita antara yang terbaik di dunia. Selain itu, kadar
faedah yang agak “rendah” dari negara-negara jiran juga menyumbang kepada harga
kereta di negara ini lebih stabile dari negara-negara jiran. Aktiviti-aktiviti
pengambilan untung juga membantu harga kereta Malaysia menguntungkan
pihak-pihak yang berkepentingan.
Rasionalnya harga kereta
Malaysia tinggi berbanding Taiwan ialah Jalan Raya di Malaysia antara yang
“terbaik” didunia. Jadi kereta boleh dipandu sehingga 250m/h. harga kereta yang
tinggi juga menunjukkan rakyat Malaysia “kaya” dan berkemampuan memiliki
kereta. Apatah lagi “tabiat” pemilik kereta menghias kereta mereka denga
lampu-lampu neon yang indah berwarna-warni mengukuhkan status rakyat Malaysia
yang mewah ini. Selain itu, speaker-speaker atau pembesar suara yang berkuasa
6000mw juga membolehkan pemilik kereta mejadi “jurujual” cekera padat atau
“radio bergerak” yang menghiburkan pemilik dan juga orang yang disekeliling.
Harga kereta juga memberikan
“faedah” yang tinggi kepada pemilik kereta. Beliau akan memperuntukkan wang
gaji yang lebih untuk “faedah” kereta
beliau itu. beliau juga akan sanggup “membayar kemudian” kepada tauke-tauke
assesori kereta demi mencantikkan lagi kereta beliau.
Namun yang demikian, pemilik
kereta akan leka denga kemewahan yang beliau bawa itu. misalnya, apabila
menukar lorong, memasuki atau keluar simpang mereka akan melupakan diri sendiri
untuk memberi isyarat. Mungkin beliau lupa dimana suis “signal light” atau terlalu
asyik mendengar lagu yang mengasyikkan telinga menggegarkan jalan raya.
Labels:
harga kereta,
Sarawak maju
Tanpa Sabah dan Sarawak Petronas tidak akan wujud
Tanpa Sabah
dan Sarawak Petronas tidak akan wujud
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Petronas
yang ditubuhkan pada era Tun Abdul Razak yang juga pengasas BN yang
menggantikan Parti Perikatan telah mengubah lanskap pembangunan negara.
Alahyarham Tun telah meletakan industry minyak dan gas negara ke peringkat yang
lebih tinggi dan mampu bersaing dengan pengeluar-pengeluar gas utama dunia.
Tanpa Sabah dan Sarawak akta
Petrolium negara tidak akan wujud. Kerajaan tidak akan melabur dalam industry
yang mahal tetapi mampu memberi pulangan yang baik untuk negara jika tanpa
mengetahui petroleum ada di perut bumi Sabah dan Sarawak. Sarawak misalnya
telah diduduki SHELL sejak zaman Brooke lagi. Walaupun syarikay minyak itu kurang
produktif pada era selepas perang dunia ke-dua, tetapi minyak masih menjadi
eksport utama Sarawak selain balak. Mengetahui potensi Sabah dan Sarawak yang
berjiran dengan negara Minyak Brunei, Alahyarham Tun mengusulkan akta Petroluem
bagi menubuhakan Petronas. Akibatnya, hasil yang berkaitan dengan petroleum
menjadi milik negara baik petroleum itu dijumpai di laut mahupun di atas
daratan di negeri-negeri di Malaysia. Oleh yang demikian, negeri-negeri telah
kurang hasil bumi kerana menurut pengasingan kuasa hasil dari tanah dan bumi
negeri-negeri adalah milik dan hasil negeri. Melalui
perkembangan teknologi dan persisir pantai negara yang panjang, Petronas giat
mancari dan mengaki sumber-sumber petroleum di seluruh negara. Hasilnya,
selepas Miri kini Bintulu merupakan pengeluar minyak terbesar di Malaysia.
Namun, Bintulu masih seperti Bintulu yang dulu. Bagi admin, Bintulu sekarang
sepatutnya boleh mengalahkan Bandar Sibu sama seperti yang dilakukan oleh Miri
hasil dari Minyak dan Gas.
Petronas kemudiannya mengumumkan
pelaburan yang amat besar di Iskadar Malaysia di selatan Johor. Mungkin hasrat
kerajaan adalah untuk bersaing dengan Singapura sebagai hub minyak dan gas di
rantau ini. Alangkah baiknya jika Petronas melabur sahaja di Sarawak teutam di
Bintulu dan Mukah yang merupakan pusat Petroluem negara. Suatu hari nanti,
Petronas akan menemui medan minyak di pesisir pantai Mukah jiran terdekat
Bintulu.
Labels:
isu minyak,
petronas,
Sarawak maju
Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia
SSKM
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
SSKM atau
Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia adalah sebuah gerakkan memperjuangkan hak dan
kekayaan hasil bumi negeri-negeri Borneo. Mereka berpendapatan bahawa beberapa
perkara di dalam Perjanjian Malaysia 1963 tidak dihiraukan seakan-akan terus
terbenam di dalam Perlembagaan Malaysia.
Manakala hasil bumi negeri pula terus dihisap oleh Persekutuan Malaysia
bagi membangunkan negeri-negeri bukan pengeluar minyak di Malaysia.
Misalnya bangunan-bangunan mercu
tanda negara seperti Menara berkembar Petronas, ia boleh melambangkan kekayaan
negeri-negeri Borneo yang dihasilkan oleh Petronas. Tetapi dibina di ibu negera
di Kuala Lumpur. Hanya satu sahaj projek mega negara yang dibina di Sarawak
hasil pendapatan minyak yang menyumbang hampir separuh daripada KDNK negara
iaitu Empangan Hidroelektrik Bakun yang pada awalnya bernilai RM13 Billion.
Tetapi sekarang hanya bernilai separuh dari harga itu. itupun matlamat asalnya
untuk membekalkan tenaga elektrik kepada Semenanjung Malaysia.
Tidak banyak pembangunan hasil
minyak dan gas yang dinikmati oleh Sabah dan Sarawak. Selama bertahun-tahun
penduduk Sabah dan Sarawak membayar harga minyak di pam lebih mahal dari
Semenanjung tetapi mereka masih mampu membeli minyak itu. sesetengah penduduk
amat memerlukan minyak terutamanya penduduk di pendalaman. Umpamanya untuk menjana
elektrik, enjin pam malahan enjin bot yang memerlukan bergelen-gelen minyak
untuk berulang –alik dari rumah ke sekolah ke pasar dan Bandar-bandar yang
berdekatan.
SSKM juga merasakan Sabah dan
Sarawak dijajah secara halus. Sama seperti Great Britain dahulu. Mereka
menguasai hubungan luar dan hasil bumi di Sabah dan Sarawak. Walaupun berbeza sedikit tapi pendekatan
Persekutuan adalah sama dengan kerajaan Great Britain suatu ketika dahulu.
Sejak pemimpin negara mengalami
mimpi buruk pada 2008, mereka sedikit tersedar akan pentingnya Sabah dan
Sarawak kepada KDNK Malaysia. Tanpa Sabah dan Sarawak impian untuk menjadi
negara Maju menjelang tahun 2020 tidak akan terlaksana.
Labels:
Sarawak maju,
Sarawak merdeka,
sskm
Wednesday, October 17, 2012
kisah sedih lagi seram
Wednesday, October 17, 2012
0
Kisah Benar Cerita Sedih
Seorang Pencari Kerja
Damai, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Semoga pembaca sentiasa
sihat dan ceria. Pada email kali ini Admin ingin berkongsi satu kisah
menarik berkenaan sesi temuduga. Salah seorang subcriber kami telah datang
ke pejabat Admin dan meluahkan masalah berkaitan permohonan kerja beliau.
Beliau mempunyai Ijazah dalam bidang Sumber Manusia dan telah
beberapa kali dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga bagi jawatan
Kerajaan dan Swasta. Namun sehingga hari ini beliau masih gagal
mendapat sebarang pekerjaan. Saya pun bertanya kepada beliau apa persediaan
beliau untuk menghadapi sesi temuduga tersebut.
Dengan
panjang lebarnya dan penuh semangat beliau bercerita bahawa setelah
mendapat tawaran untuk sesi temuduga, beliau akan cari maklumat
dan membaca info berkaitan organisasi tersebut, siapa CEOnya, siapa ahli
Lembaga Pengarahnya, bila ditubuhkan, jenis perniagaan atau perkhidmatan
Syarikat atau organisasi tersebut jalankan dan bermacam-macam lagi. Lepas
tu saya tanya beliau, jadi setelah tuan membaca dan hafal info-info tersebut,
adakah penemuduga tersebut tanya soalan-soalan tu?. Dia kata takde pun
Encik... Penemuduga hanya suruh saya perkenalkan diri dan kemudian tanya
saya apa yang saya sedang buat sekarang...Lepas tu dia cakap ok, terima kasih.
Apakah
pengajaran yang anda dapat dari kisah tersebut?. Ramai di kalangan kita masih
lagi bersikap seperti diatas. Ini bukan Pop Kuiz atau Money Drop Game di
Astro. Pagi petang siang malam dok hafal perkara-perkara yang tidak memberi
manfaat dalam sesi temuduga. Para penemuduga tidak akan bertanya anda
siapa CEO syarikat sebab anda belum lagi menjadi pekerja di Syarikat
tersebut. Untuk menarik minat para penemuduga, di bawah ini beberapa saranan
Admin kepada anda untuk dijadikan panduan.
1. Anda
hafal latarbelakang diri anda (kalau boleh dalam Bahasa Inggeris) dalam
masa 10 hingga 15 minit kerana ini biasanya merupakan soalan pertama dalam
setiap sesi temuduga. Dan pada kebiasannya akan mempengaruhi sikap dan
penilaian pertama penemuduga terhadap anda sama ada positif atau negatif. Siapa
Anda, asal mana, kelulusan anda, Sekolah/Universiti mana anda belajar,
hobi dan kegemaran anda, pengalaman kerja anda dan lain-lain berkaitan
diri anda yang mana sesuai. Tapi cerita yang baik-baik sahaja la. Janganlah
cerita perkara-perkara yang buruk tentang diri anda pula. Tu menempah maut
namanya, hehehe.
2. Anda
boleh bercerita/menerangkan kerja yang anda sedang lakukan sekarang dengan
baik. Contohnya anda sekarang bekerja sebagai Pegawai Bank. Anda mesti
dapat bercerita dan menerangkan dengan baik tentang tugas anda seharian,
prosedur kerja anda, apa yang anda perlu buat sekiranya sistem bank
tersebut mengalami masalah dan sebagainya. Dari situlah penemuduga akan menilai
anda sejauh mana kebolehan anda dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Kalau anda nak cerita rutin kerja yang anda buat tiap-tiap hari pun
tergagap-gagap, itu belum lagi kena soalan tambahan, bagaimana anda nak pikat
penemuduga tersebut dan yakinkan beliau untuk ambil anda sebagai pekerja?.
Alamatnya balik awal la...
Sumber: infojobs2u@gmail.com
Labels:
jawatan kosong kerajaan
Pergunakan IBU anda untuk dapat Kerja
Pergunakan IBU anda untuk dapat Kerja
Damai, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Semoga anda
sihat dan ceria hari ini. Pada perkongsian kali ini, Admin ingin mengajak saudara
dan saudari berfikir sejenak siapakah insan yang bertaggungjawap membentuk
diri kita pada hari ini sejak dari kita kecil hinggalah kita mengenal erti
kehidupan. Yang menerima baik buruknya diri kita. Yang sentiasa mendoakan
kejayaan kita siang malam tanpa kita sedari. Yang bersama kita ketika susah dan
senang. Tak lain dan bukan adalah IBU BAPA kita. Apa kena mengenanya Ibu
bapa dengan urusan kerjaya kita?. Apa yang boleh mereka lakukan?. Adakah anda
tahu Ibu bapa anda lebih POWER dari refferee yang anda letak di dalam
resume anda?. Adakah ada tahu bahawa seorang Usahawan yang terkenal di Malaysia
sekarang ini tidak pernah masuk universiti pun tetapi sekarang menjadi
salah seorang jutawan hasil doa dan restu Ibunya?. Tahukah kalian bahawa
seorang siswazah yang mendapat Pangkat Kelas Ketiga telah berjaya menjawat
jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik sekarang di salah sebuah agensi
Pusat Kerajaan hasil doa Ibunya?.
Jadi
bagaimanakah caranya untuk "pergunakan" ibu anda untuk anda
berjaya mendapatkan pekerjaan idaman? Berikut adalah beberapa saranan
daripada Admin yang boleh anda praktikkan:
1. Selalulah
menjengok mereka di kampung paling kurang pun sebulan sekali. Jangan sakiti
hati mereka dan sentiasalah menjaga hati mereka. Adakah anda tahu bahawa anda
diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT hanya dengan melihat muka Ibu bapa anda.
2. Telefon
mereka paling kurang seminggu sekali bertanya khabar. Bila anda selalu hubungi
mereka, ingatan mereka terhadap anda semakin kuat. Bila dia ingatkan anda tentu
dia akan selalu mendoakan kesejahteraan dan kejayaa anda.
3.
Peruntukkan wang bulanan dari hasil gaji anda untuk mereka tidak kira la berapa
yang anda mampu. Mungkin 100, 200, 300 atau hanya 50 pun tidak mengapa. Bukan
jumlah yang menjadi isu tetapi keikhlasan anda memberi dan kegembiraan mereka
menerima wang dari anak mereka sendiri itu yang lebih utama. Mungkin anda
fikir, "ala..Ibu bapa saya senang ada pencen, ada kebun sawit, pendapatan
mereka ribu-ribu sebulan. Dia tak perlukan duit saya pun. Saya ni lah yang
susah, gaji baru RM1,500 nak makan pun tak cukup". Sebenarnya anda
silap besar. Ibu bapa akan merasa bangga dan gembira kalau mereka dapat duit
daripada anak-anaknya. Dengan memberi wang kepada ibu bapa kita sebagai tanda
terima kasih kepada mereka akan memberikan keberkatan kepada kehidupan si anak.
Anda akan rasa sentiasa cukup walaupun gaji anda kecil. Tetapi sebaliknya
anda sentiasa tidak akan merasa cukup walaupun gaji anda RM10,000 sebulan
kerana tiadanya keberkatan. Memang mereka tidak minta, tetapi andalah yang
perlu mengambil inisiatif memberi.
4. Ini part
yang paling best!. Setelah anda dah lakukan langkah 1 hingga 3 di atas.
Anda sebenarnya dah ada KABEL yang paling besar untuk anda dapat kerja
atau meningkatkan kerjaya anda ke tahap yang lebih baik. Sebelum anda memohon
kerja atau pergi ujian bertulis atau lebih bagus lagi sebelum menghadiri
mana-mana temuduga, anda hanya perlu dail talian kecemasan (no. telefon Ibu anda).
Anda hanya perlu cakap "Mak, hari ni Along ada interview untuk
jawatan XXX di Syarikat XXX, tolong doakan Along dapat ye mak..."
Agak-agak anda berjaya tak dapat kerja tersebut?. Saya kata 99.9% anda akan
berjaya!. Sebab?. Doa seorang Ibu untuk anaknya dengan penuh keikhlasan sama
ada baik atau buruk akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
Bagi mereka
yang sudah tiada Ibu atau bapa janganlah pula berasa sedih. Anda masih boleh
berbakti dengan selalu mendoakan keampunan untuk mereka. Semoga usaha anda itu
akan menjadikan hidup anda bahagia dan berjaya.
Sumber: infojobs2u@gmail.com
Labels:
jawatan kosong kerajaan
mari megundi
Trend pengundi Malaysia
Damai dan
salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman.
Bagaimana
trend pengundi Malaysia? Mereka boleh dikategorikan kepada dua kelompok. Mereka
ialah pengundi yang mengundi parti politik yang mereka sertai manakala golongan
kedua pula adalah mereka yang tidak menyebelahi mana-mana parti. Golongan ini
sebenarnya lebih cenderung untuk tidak keluar mengundi pada hari pengundian.
Siapa yang akan keluar mengundi?
Selalunya yang akan keluar adalah mereka yang aktif berpolitik. Mereka mahu
parti yang mereka sokomg menang dalam setiap pilihanraya. Jadi kuasa menentukan
kemenangan calon yang bertanding adalah terletak di tangan mereka.
Pengundi di Malaysia masih di
bawah pemikiran yang sama sejak awal pra-kemerdekaan lagi. Parti memerintah
masih tidak pernah bertukar sejak sebelum merdeka hingga ke hari ini. Hal yang
sama berlaku kepada hampir kesemua negara yang merdeka di bawah naungan
Komanwel. Jadi trend pengundi adalah masih tidak berubah walaupun BERSIH 100
dilakukan.
Labels:
pilihanraya malaysia
the independent of Scotland 2014?
Scotland
mahu merdeka 2014
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Labels:
kemerdekaan,
semangat Malaysia
Semenanjung, Sabah dan Sarawak
PRU-13
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.
Petang
tadi, kawan saya dari semenanjung bertukar-tukar pendapat tentang PRU-13.
Menurut beliau, sokongan kepada Pakatan Rakyat semakin memuncak terutama di
selatan Semenanjung. Manakala, di Sabah pula peralihan politik semakin
menjadi-jadi. Dalam masa yang sama, situasi politik di Sarawak adalah lebih
tenang berbanding dua wilayah tersebut.
Bagi pemerhati politik Sarawak,
keyakinan terhadap BN pimpinan Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib
Mahmud masih kukuh lagi. Walaupun dikaitan dengan monopoli keluaraga dalam
perniagaan di Sarawak namun semua itu seperti satu kebanggaan bagi penduduk
negeri ini. Kebijaksanaan politik beliau menjamin kedudukan beliau di puncak
pemerintahan negeri.
Bagi PR pula, isu-isu NCR-tanah
adat dimainkan oleh pembangkang selain monopoli oleh keluarga Pehin Sri dalam
tender-tender kerajaan. Selain itu, PR juga memainkan isu Perjanjian Malaysia
selain isu-isu lama yang lain bagi meraih undi. Manakala pihak kerajaan pula
masih memainkan isu pembangunan asas sejak hampir 50 tahun lalu bagi meraih
undi. Tiada satu parti politik pun yang mahu menambah baik keadaan di Sarawak
yang masih mundur terutama dari pihak Kerajaan Persekutuan seperti pembinaan
sekolah luar Bandar yang semakin uzur. Pejaba-pejabat kerajaan Persekutuan yang
baru dibina namun kelihatan seperti banguanan patent lama kerajaan persekutuan.
Sesetengah kawasan kampung
berdekatan Bandar masih mempunyai masalah kemudahan asas yang masih belum
memuaskan. Perkhidmatan talian mudah alih dan internet juga menjadi masalah
sesetengah penduduk pinggir Bandar dan kampung.
Kemudahan jaringan pengakutan di
Sarawak dan keseluruhan Kepulauan Borneo misalnya masih amat membimbangkan.
Syarikat penyelenggara seperti Cahaya Mata Sarawak Road Maintenance Sdn Bhd
pula seakan-akan amat selesa dengan kedudukan mereka. Jalan-jalan yang
diselenggara seperti melepas batuk di tepi tangga. Jalan yang ditampal seperti
kita mamandu di atas papan telur yang disusun di atas jalan raya. Keadaan jalan
Pan-Bornoe pula semakin parah terutama jalan Sibu-Bintulu yang selayaknya
mempunyai empat atau enam lorong itu. keadaan jalan raya yang teruk dan rosak
boleh dan menyumbang kepada kemalangan maut terutama pada waktu malam.
Penguatkuasaan adalah kurang
dititik beratkan di Sabah dan Sarawak. Sepatutnya kerajaan menyediakan lebih
kemudahan dan kesedaran kepada semua pihak bawaha pentingnya penguakuasaan
undang-undang supaya lebih telus dan berintegriti.
Labels:
pemimpin,
pilihanraya malaysia,
Sarawak merdeka
PETRONAS: Peranan terjejas Jika Bayaran Royalti Dinaikan
PETRONAS: Peranan terjejas Jika Bayaran Royalti
Dinaikan
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Sekali lagi isu minyak disentuh
dalam artikel saya padda kali ini. Sekali imbas tajuk yang di tulis dalam UTUSAN BORNEO, SABTU, 13 OKTOBER 2012,
dalam muka surat A13 dalam ruangan EKONOMI.
Apabila kita fahami kenyataan
Petronas itu jelas kepentingan syarikat diutamakan. Antaranya ialah:
1. Petronas mahu menjadi penyumbang
cukai terbesar kepada kerajaan sepanjang masa.
2. Ketidakupayan untuk membayar dividen
kepada pemegang saham. (adakah Petronas milik penuh negara atau orang-orang
yang berkepentingan atau syarikat-syarikat adalah tidak jelas.)
3. Keberuntungan dan daya maju ekonomi
semua projek minyak dan gas lama dan baharu yang sedang dibangunkan.
4. Petronas risau akan kejatuhan
pengeluaran dari medan minyak domestic yang matang. (dalam masa yang sama
Petronas telah menjumpai medan simpanan minyak dan gas yang besar di Sarawak
yang diumuman beberapa bulan yang baru di Sarawak)
5. Ia akan menjatuhkan pengeluaran
minyak dan gas dan juga akan mengancam jaminan tenaga negara.

Jelas
sekali Petronas belum dan tidak akan bersedia untuk memberikan royalty minyak
yang lebih tinggi kepada negeri-negeri pengeluar minyak negara. Selain 6
perkara tersebut, Petronas juga berkira-kira untuk terus menaja beberapa
syarikat permotoran dunia seperti penyertaan mereka di dalam F1. Keuntungan
Petronas tidak akan terjejas jika pelaburan Petronas di luar negara membuahkan
hasil. Adakah Petronas hanya bergantung pendapatan mereka dengan hasil domestic
semata-mata? Jika ya layaklah negeri-negeri pengeluar minyak menuntut lebih
royalty kerana petroleum adalah hasil negeri yang dinikmati Sarawak misalnya
sejak zaman Rajah Brooke lagi. Tetapi sejak pengenalan akta Petroluem hasil
minyak bukan lagi hasil utama Sarawak tetapi terpaksa bergantung kepada
inisiatif sendiri untuk maju.
Penduduk di Sarawak misalnya
tidak bekerja di pelantar minyak milik Petronas. Kebanyakkan orang Sarawak
bekerja dengan SHELL Sarawak berbanding dengan Petronas yang mengambil pekerja
dari peringkat “Persekutuan” kebanyakkannya. Adapun orang tempatan baik di
Sarawak mahupun Sabah serta Terengganu dan Kelantan bekerja sebagai “pump
Assistant” di Petrol Station milik Petronas. Sudah pastinya Tauke kedai minyak
yang akan mengaut keuntungan. Saya pernah bekerja di Station Minyak Petronas di
sebuah daerah di Sarawak dengan gaji sebanyak RM250 SEBULAN. Saya hanya mampu
bertahan beberapa bulan apabila hasil “kantau” berkurangan akibat kenaikkan
harga minyak mendadak ketika itu. hal itu menyebabkan beberapa syarikat pengakutan
(rakan kantau pekerja Petronas) mengalami masalah kewangan. Tanpa “kantau”
kebanyakkan pekerja di stasen minyak pastinya tidak akan bertahan lama.
Labels:
isu minyak,
petrobas,
royalti minyak
Peluang Pekerjaan
Peluang Pekerjaan
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Peluang
Pekerjaan di Malaysia adalah terhad. Dengan sumber yang terhad dan tenaga kerja
yang banyak menjadikan persaingan merebut kerja menjadi semakin sengit.
Masing-masing mahu menonjolkan diri masing-masing untuk mendapat pekerjaan.
Jika ada pekerjaan maka akan adalah pendapatan.
Namun, di sesetengah tempat atau
lebih tepat di Malaysia, amalan “cable” atau “link” atau boleh juga
dikategorikan sebagai “connection” di dalam sesuatu pejabat, agensi atau lebih
parah di kementerian senang untuk mendapat pekerjaan. Tanpa “orang dalam”
mungkin akan mustahil untuk mendapatkan pekerjaan dalam situasi ekonomi yang
tidak menentu. Akibatnya mereka yang tidak mempunyai “orang kuat” memang dan
tidak akan dapat merebut pekerjaan dengan mereka yang mempunyai saudara-mara di
dalam sesebuah organisasi.
Sebagai contoh yang lebih kecil,
kita mengambil contoh pembangunan yang pesat di bahagian Mukah. Pembangunan
yang pesat adalah sihat bagi ekonomi. Namun yang demikian banyak yang penduduk
tempatan terpaksa berkorban demi sebuah pembangunan. Antaranya ialah dua buah
bangunan kerajaan negeri yang dibina oleh kerajaan negeri Sarawak yang
tersergam indah menjadi kebanggaan masyarakat setempat. Tujuan kerajaan juga
amat mulia dengan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat merebut
peluang pekerjaan untuk berkhidmat dengan penduduk setempat yang pastinya
mereka lebil kenal. Namun, lain pula cerita di sebalik “memberi peluang
pekerjaan kepada penduduk setempat”. Pada kebiasaannya istilah itu merujuk
kepada pekerjaan kelas N1 semata-mata yang berstatus kontrak yang ditawarkan
oleh para kontraktor hasil tender pemilik bangunan kerajaan tersebut. Seperti
biasa pekerjaan itu meliputi tukang cuci dan pengawal keselamatan yang
ditawarkan kepada penduduk tempatan. Manakala bahagian pengurusan pula dikuasai
oleh mereka yang “berkelayakkan” yang dipilih secara “telus”.
Bangunan Pusat Pentadbiran Baru Bahagian
Mukah dan pejabat RECODA pula merupakan sasaran atau “target” penduduk tempatan
untuk bekerja di dalam bidang pengurusan. Tetapi melalui sumber yang boleh
dipercayai kesemua tempat di dalam bangunan tersebut “telah diisisi” oleh bakal
pekerja dari luar terutama dari Kuching. Adapun nanti iklan Jawatan Kosong dan
panggilan temuduga hanya sebagai “remix” untuk menunjukkan “ketulusan” mereka
mencari calon yang sesuai untuk menjawat jawatan tersebut. Kes tersebut pernah
berlaku samasa kami menghadiri temuduga di MRSM Mukah. Kebanyakkan calon yang
datang temuduga memang berharap mereka akan mendapat pekerjaan tersebut.
Setelah tempoh matang bagi menunggu keputusan temuduga tamat kami bertanya
kepada pegawai di pejabat MARA Mukah. Jawapan mereka amat menggembirakan
penduduk luar. Mereka memberitahu bahawa selepas seminggu temuduga di pejabat
MARA Mukah bagi mengisi kekosongan di MRSM Mukah, pejabat pengurusan MARA
Negeri telah menghantar “Orang-orang Mereka” untuk mengisi kekosongan di MRSM
Mkah. Maka, tiada seorang pun di antara kami yang datang temuduga itu yang
mendapat mengisi kekosongan tersebut. Hany “mereka” bernasib baik kerja jadi
kerani. Mungkin kami layak menjadi
tukang cuci atau pengawal keselamatan sahaja agaknya. Itu adalah istilah
“memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan”.
Anda boleh
juga membaca post ini dalam bahasa melanau Mukah @
www.likeumukahteleu.blogspot.com
Labels:
jawatan kosong kerajaan
emas fiskal
Pelaburan
Emas
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Pada petang
semalam, sempat juga seorang kawan saya di hemodialysis Mukah bercakap tentang
hobi barunya dalam pelaburan. Saya Tanya pelaburan apakah itu? lalu dijawapnya
pelaburan emas. Saya Tanya lagi emas yang macam mana? Barangan Kemas jawapnya.
Lalu saya memberi sedikit
nasihat kepada beliau bahawa melabur emas adalah satu pelaburan yang amat
bijak. Tetapi kurang bijak jika kita melabur dalam emas fiscal seperti barangan kemas. Yang paling ideal ialah emas
dalam bentuk jongkong atau syiling emas seperti syling kijang emas keluaran
Bank Negara Malaysia.
Beliau berhujah dengan saya
tentang kenaikan harga barangan kemas berbanding beberpa tahun lalu berbanding
sekarang dan tahun ini dengan tahun-tahun yang akan datang. Beliau memberi
contoh tentang seutas rantai tahun 1960-an sekarang bernilai lebih RM4000.
Saya membalas bahawa, barangan
kemas mempunyai susut nilai. Susut nilai barangan kemas adalah tidak ketara.
Antara susut nilai yang berlaku pada barangan kemas ialah:
1. Corak pada barangan kemas yang akan
berubah mengikut peredaran masa. Jika kita menjual semula barangan kemas itu,
tauke akan memberi alasan bahawa patent itu telah ketinggalan zaman dan beliau
pastinya akan mengurangkan margin keuntungan kita dan menaikkan margin
keuntungan beliua kerana nilai emas itu lebih mahal dari corak yang ada pada
barangan kemas itu.
2. Proses mengilat semula barangan
kemas juga akan menyusutkan harga barangan kemas itu sendiri. Tauke kedai akan mengambil
sedikit sisa-sisa emas yang dicuci itu tanpa pengetahuan kita. Terdapat tauke
yang mengabil kesempatan ini untuk meraih keuntungan. Maka nilai barangan kemas
itu secara automatic telah tersusut nilai.
3. Kos upah juga akan menyusutkan nilai
barangan kemas itu sendiri. Peniaga akan mengecas beberapa ringgit dari hasil
jualan barangan kemas itu selain harga kos lain-lain yang terpaksa ditanggung
oleh barangan kemas itu.
Jika kita
membeli jongkong emas ataupun syiling emas, kedua-duanya adalah emas fiscal dan
kekal nilainya. Kita tidak perlu mengilat semula atau mencorak semula jongkong
emas mahupun syiling emas itu. tettapi dengan syarat jangan mengusik atau
menyentuh secara terus permukaan emas itu kerana dikuatiri akan menjejaskan
permukaan syling atau jongkong emas. Namun jangan bimbang kerana harga emas itu
tidak akan terjejas. Namun, jika kita menyimpan syiling emas, selain anda
menyimpan emas anda juga menyimpan numismatic yang mungkin amat bernilai suatu
hari nanti.
Labels:
emas
dekat-dekat
Menjelang PRU-13
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Semakin
rancak pihak Kerajaan BN dan Pembangkang PR berkempen. Belum lagi parlimen
dibubarkan tetapi siri kempen telah awal-awal lagi dilancarkan di seluruh
negara. Dengan kedua-dua pihak mencari sokongan dari akar umbi untuk meraih
sokongann bagi menjamin kemenangan dan mandate dari rakyat pada PRU-13 nanti.
BN mungkin masih akan dapat
mengekalkan kekuasaan mereka sekurang-kurangnya sepenggal lagi bagi memberi
masa kepada DSM Najib untuk melaksanakan Program Transformasi Kerajaan. PR pula
akan terus cuba menggunakan istilah reformasi bagi menumbangkan kerajaan.
Kedua-dua pihak dilihat lebih
mementing kekuasaan mereka bagi mendapat tempat di Putrajaya semata-mata.
Secara relatifnya, matlamat kedua-dua parti gabungan itu masih berpaksikan
kepada keinginan untuk mandapatkan kuasa. Sebagai penduduk negeri Borneo,
kedua-dua BN mahupun PR masih meminggirkan negeri Borneo dalam Kabinet
masing-masing. Maka pembanguan masih akan ketinggalan berbanding dengan
Semenanjung.
Kempen sepanjang tahun yang
dilakukan oleh parti-parti politik Malaysia menyebabkan sesetengah pihak tidak
tahu adakah kita mengadakan pilihanraya sepanjang tahun walhal ia dilakukan
setiap lima tahun sekali atau kurang bergantung kepada keputusan Perdana
Menteri. Kempen sepanjang tahun ini menyebabkan rakyat terdedah kepada pelbagai
informasi yang bersifatkan politik dan memperlahankan perkembangan ekonomi.
Misalnya di negeri-negeri di perintah PR yang memainkan banyak isu remah
menjadi isu politik. Manakala ahli akedemik pula berpendapatan campur tangan
kerajaan dalam dasar-dasar pelajaran negara tidak disenangi mereka. Bagi mereka
adalah lebih afdal jika system pelajaran negara ini ditakbir oleh mereka yang
arif dalam akademik berbanding mereka yang terlibat dengan politik.
Labels:
pilihanraya malaysia,
semangat Malaysia
Mengapa negeri-negeri pengeluar minyak menuntut royalty yang lebih tinggi?
Mengapa negeri-negeri pengeluar minyak menuntut
royalty yang lebih tinggi?
Damai dan
salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian.
Negeri-negeri
pengeluar minyak mahu royalty minyak dikaji semula agar dengan hasil royalty
itu dapat mempercepatkan pembangunan negeri-negeri pengeluar yang kita sedia
maklum adalah lebih mundur daripada negeri-negeri yang bukan pengeluar minyak
di Malaysia. Di manakah kesalahannya? Di manakah silapnya? Sejak perkembangan
teknologi dalam pengeluaran minyak dan gas negara berbanding era Brooke di
Sarawak, pengeluaran dan hasil minyak adalh meningkat lebih-lebih lagi dengan
peningkatan harga minyak di pasaran dunia.
Sebagai negeri pengeluar minyak,
adalah layak negeri-negeri tersebut menikmati pembanguan yang lebih berbanding
dengan negeri yang bukan pengeluar minyak. Akibat hasil negeri yang berkurangan
maka tidak hiaranlah negeri-negeri pengeluar minyak ini hanya menjadi penonton
kepada kepesatan kemajuan negara. Seperti Sarawak, negeri ini terpaksa mencari
inisiatif sendiri untuk membangunkan negeri ini. Antaranya ialah hasil balak.
Walaupun banyak penyelewengan yang dilakukan oleh mereka yang berkepentingan,
namun Sarawak mampu mengembangkan ekonominya dengan mampan dan berhemah
daripada terus bergantung kepada peruntukan Persekutuan. Hasil Persekutuan
adalah hampir separuh disumbangkan oleh Petronas. Andaikan hasil Petronas itu
milik Sarawak, Sabah, Terengganu dan Kelantan mengikut pengeluaran
masing-masing, sudah tentulah pendapatan KDNK Sabah dan Sarawak akan melebihi
pendapatan Persekutuan. Tetapi Sabah dan Sarawak bermurah hati berkongsi
kekayaan itu dengan Semenanjung maka pembangunan Persekutuan lebih kepada pusat
pentadbiran negara berbanding engan negeri-negeri pengeluar minyak.
Labels:
isu minyak,
royalti minyak,
semangat Malaysia
Memilih Pekerjaan
Memilih Pekerjaan
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.
Seperti
kebanyakan tempat di Malaysia, masalah kekurangan tenaga kerja telah menjadi
isu yang lama. Dalam masa yang sama kadar pengangguran juga masih di tahap yang
sama.
Kekurangan pekerja hanya berlaku
di dalam sector “bergaji rendah” menakala pengaguran berlaku di dalam sector
“bergaji tinggi”. Di Malaysia, pelajar berpendidikan SPM sudah dianggap tinggi
dan layak untuk mendapat pekerjaan bergred sekurang-kurangnya N17. Bekerja dari
jam 8 pagi sehingga jam 5 petang. Kebanjiran graduan yang mencecah ratusan
orang setahun menyempitkan lagi peluang pekerjaan kepada lepasan SPM dan STPM
yang tersangkut. Mereka juga mahu meninkmati gaji yang lebih besar dan stabil
dan suasana kerja yang kondusif dan berdaya saing.
Bagi kes kekurangan tenaga kerja
di dalam sector “bergaji rendah” pula berlaku kerana wujud pelbagai karenah
dari majikka. Antaranya ialah waktu kerja yang terlalu ketat. Selalunya mereka berniaga selama 12 jam sehingga
ke 24 jam dalam sehari tujuh hari seminggu dengan gaji yang amat menyedihkan
angkanya. Selain waktu kerja yang tidak masuk akal, bebanan kerja yang
ditanggung oleh pekerja mengalahkan kerja pemilik kedai sendiri. Dengan status
“tauke” taukenio” majikkan hanya mengarahkan pekerja melakukan kerja berbanding
dengan mencari atau menambah tenaga kerja. Mereka dengan sedaya upaya
memaksimumkan penggunaan tenaga buruh yang ada dengan kerja yang banyak dan
gaji yang sedikit.
Maka, adalah tidak hairan
penduduk tempatan yang berkelayakkan untuk mendapatkan pekerjaan yang setimpal
dengan kelulusan dan gaji di tempat lain. Dengan yang demikian meninggalkan
kampung halaman dan pekerjaan sedia ada kepada penduduk atau pekerja asing. Jika
kita dijanjikan kerja yang stabil dan gaji yang tinggi sudah pastinya kita akan
pergi ke tempat yang lebih baik. Tenaga kerja atau buruh ini adalah manusia
yang mempunyai impian masing-masoing. Mereka juga mempunyai naluri. Pekerja
asing tanpa izin pun mempunyai perasaan yang sama. Layanlah pekerja dengan
sewajarnya mereka dilayan. Tepuk dada Tanya selera. Jangan selera hendak
mengaut keuntungan semata-mata tetapi situasi menag-menang harus dititik
beratkan.
Labels:
jawatan kosong kerajaan,
semangat Malaysia
pecahkan undi kai
Memecah Undi
Damai dan
salam sejahtera kepada pembaca sekalian.
Antara cara
untuk memecahkan undi semasa pilihanraya ialah ialah memperbanyakkan calon yang
bertanding. Namun, jika calon yang bertanding berada di bawah tahap “wakil
Rakyat” adalah agak mustahil untuk memecahkan undi.
Internet belum lagi dapat
memecahkan undi namun media traditional seperti television dan cetak akan terus
menjadi pemain penting dalam usaha memecahkan undi. Penyebaran risalah dilihat
tidak praktikal tetapi jika melalui system pesanan ringkas (SMS) mungkin mampu
mengantikan risalah yang akhinya hanya akan menjadi sampah.
Isu-isu atau modal kempen
seharusnya lebih baru dan ringkas supaya lebih mudah untuk difahami oleh
golongan muda.
Keterampilan seseorang calon
juga harus dititik beratkan. Jika calon bertanding tidak mencerminkan rakyat di
kawasan konsesi adalah lebih baik memilih calon yang sedia ada.
Selain itu, calon hendaklah
lebih bersedia menjawap soalan dalam setiap persoalan oleh para pengundi. Cara
terbaik ialah mengadakan sesi debat berbanding dengan tradisi berkempen untuk
menunjukkan kepada pengundi calon mana layak dipilih menjadi wakil rakyat.
Labels:
pilihanraya malaysia,
semangat Malaysia
semakin hampir tapi ic baru belum siap
Kehangatan PRU-13
Damai dan
salam sejahtera kepada pembaca yang budiman.
Sejak
tsunami politik 2008, PR lebih yakin untuk membuat kejutan dalam PRU-13 kali
ini. Mereka akan mempertahankan negeri-negeri yang dikuasai mereka terutama
Pulau Pinang dan Kelantan. Mereka mungkin akan kehilangan Kedah dan Selangor
tetapi mereka hanya akan kalah dengan majority yang lebih kecil. Bergitu juga
dengan negeri-negeri lain yang dikatakan kubu kuat BN.
PR dilihat lebih agresif
berkempen sepanjang tahun berbanding BN yang lebih menumpukan kepada perjalanan
untuk menunaikan semua Janji Pilihanraya mereka yang masih banyak lagi belum
dilaksanakan. PR pula mengambil kesempatan ini untuk meninjau masalah rakyat di
negeri-negeri yang dikuasai oleh BN. Sikap lepas pandang BN juga boleh membawa
padah kepada mereka pada PRU-13 nanti.
Seperti kebiasaan sikap pemimpin
politik, mereka akan bekerja dengan lebih bersemangat menjelang PRU baik BN
mahupun PR. Projek-projek yang dijanjikan biasanya akan dilaksanakan menjelang
PRU.
Kempen sepanjanh tahun, 24 jam
sehari 7 hari seminggu ini sebenarnya menyebabkan mereka yang digelar “pengundi
atas pagar” tidak berminat untuk mengundi. Sepatutnya mereka tidak terlalu
teruja untuk berkempen bagi meraih sokongan rakyat. Ucapan-ucapan pemimpn
sering menyelitkan kempen berbanding tujuan utama majlis tersebut.
Labels:
ghost image,
ic baru,
pemimpin,
pilihanraya malaysia,
semangat Malaysia
Jawatan Kosong
Jawatan Kosong
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca.
Berapa
ramai diantara kita yang sedang mencari pekerjaan yang setimpan dengan
“certificate” yang kita ada?
Seranccak
mana pun pekembangan pembangunan negara patinya isu pengaguran akan terus menjadi
duri dalam daging dalam kepesatan ekonomi negara.
Terbaru dan
masih hanyat lagi ialah 8000 jururawat yang masih menganggur di Malaysia. Salah
seorang antara mereka ialah kawan saya sendiri seorang India yang sudah tiga
tahun menunggu peluang pekerjaan datang kepadanya. Sehingga pada suatu ketika
beliau ada memberitahu saya untuk berhijrah ke Singapura untuk mencari
pekerjaan di sana. Sempitnya Malaysia sehingga kita terpaksa berhijrah ke
tempat orang yang sempit tetapi luas peluang pekerjaannya.
Sesetengah orang yang
berkelayakkan tidak mendapat pekerjaan yang sesuai adalah kerana masalah “orang
dalam” di dalam sesebuah organisasi. Misalnya di sebuag agensi kerajaan di
sebuah bahagian di wilayah tengah Sarawak. Seramai 88 orang yang datang untuk temuduga
dengan empat kekosongan jawatan ditawarkan. Separuh daripadanya adalah mereka
yang sedang dalam kontrak sebagai pekerja sambilan cuba untuk mengisi semula
empat jawatan kosong yang juga berstatus sambilan. Akhirnya hanya dua diantara
88 orang yang datang temuduga. Seorang lagi anak kepada pekerja organisasi
kerajaan sendiri yang tanpa perlu hadir ke sesi temuduga bersama-sama 88 orang
tadi. Seorang lagi adalah anak buah kepada ketua jabatan yang hadir bersama 88
orang calon tadi. Seorang lagi tidak diketahui siapa dari mana asal usul
beliau. Bukan mahu mempertikaikan rezeki seseorang tetapi biarlah secara lebih
adil dan saksama. Jadi apakah pekerjaan yang sesuai untu anda? Mencari pak cik
atau mak cik anda di dalam sesebuah organisasi untuk mendapatkan pekerjaan?
Atau menceburi perniagaan yang serba mencabar? Atau layak sekadar menjadi
petani dan nelayan?
Labels:
jawatan kosong kerajaan,
semangat Malaysia
gaji minimun sama engan gaji amah indonesia
Gaji Minimun
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Perlaksanaan
gaji minimum bagi pekerja swasta di sambunt dingin oleh para peniaga dan pihak
swasta. Menurut mereka perlaksanaan gaji minimum ini akan meningkatkan kos
operasi perniagaan mereka. Kerajaan juga akan melaksanakan gaji minimum ni
kerana bagi pekerja am yang bergaji di bawah paras kemiskinan juga pastinya
akan meningkatkan kos pengurusan.
Antara rasionalnya gaji minimum
ini ialah pekerja akan mempunyai lebih tunai untuk berbelanja. Jika peniaga
menaikkan harga maka kebolehgunaan wang akan merosot dengan teruk kerana
berlakunya inflasi. Jadi jika peniaga menaikkan harga barangan, margin
keuntungan mereka juga akan menurun. Jadi adalah lebih rasional jika peniaga
merancakkan lagi aktiviti perniagaan untuk meraih lebih banyak lagi pelanggan.
Apabila rakyat mempunyai banyak
wang untuk belanja maka, secara tidak langsung akan merancakkan ekonomi. Seperti
contoh, penjawat awam yang menikmati gaji yang tinggi pastinya akan lebih berbelanja
daripada mereka yang berpendapatan rendah. Jika rakyat mempunyai lebih wang
maka sector ekonomi terutamanya perniagaan runcit akan terus berkembang.
Perlaksanaan gaji minimum ini
yang dilaksanakan secara berperingkat dapat memperbanyakkan aliran tunai dalam
ekonomi. Wang yang banyak dikaut oleh para peniaga yang hanya disimpan di dalam
bank tidak banyak membantu dalam ekonomi. Jika wang keuntungan itu dijana oleh
ekonomi adalah tidak mustahil ia dapat mengukir senyuman di wajah semua pihak.
Labels:
gaji minimun,
semangat Malaysia
Di mana asalnya bendera
Asal usul
bendera.
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman lagi bijaksana.
Setiap
bendera mempunyai asal usulnya sendiri. Cerita di sebalik bendera itu sendiri
malah cerita di sebalik nama bendera itu sendiri. Sesetengah bendera berasal
dari negara penaungan mereka sendiri terutama negara-negara yang dijajah oleh
negara yang kuat dan besar. Pengaruh negara penjajah adalah kuat bagi
negara-negara pro-barat seperti yang berlaku di Malaysia dan Indonesia.
Misalnya di Malaysia, bendera Jalur Gemilang ini berasal dari bendera Syarikat
Hindia Timur Inggeris yang juga dijadikan asas kepada bendera All Stars United
States of America. Manakala di Indonesia pula, bendera Sang Saka Merah Putih
pula berasal usul dengan empayar Majapahit dan Srivijaya yang berasal dan
bertapak di Bumi Jawa, Indonesia. Selain dua empayar besar asia tenggara pada
zaman dahulu, bendera Indonesia juga mempunyai mirip bendera Holland yang juga
negara penaung bagi Indonesia. Boleh dikatakan warna biru di bawah bendera Belanda
itu digugurkan untuk meninggalkan warna merah di atas dan warna putih dibawah.
Maka jadilah sebuah bendera Indonesia yang bergelar Sang Saka Merah Putih itu.
Walau dari mana asal atau cerita
disebalik sesebuah bendera itu, bendera itu tetap dan harus menjadi sanjungan
kepada setiap warga yang bernaung di bawah bendera itu. hal ini kerana, setiap
bendera adalah maruah sesebuah bangsa yang merdeka.
Labels:
isu bendera,
semangat Malaysia
Friday, October 12, 2012
pelaburan emas
Friday, October 12, 2012
0
Pelaburan
Emas vs Dinar Iraq
Pelaburan
emas
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca.
Heboh di
Malaya apabila sebuah agensi pelaburan emas di sita oleh Bank Negara Malaysia
kerana mengambil deposite secara tidak sah daripada orang ramai. Ramai terpaksa
akur kerana wang mereka kemingkinan akan lesap bergitu sahaja.
Setiap pelaburan yang
menjanjikan pulangan yang besar dalam masa yang cepat. Siapa yang tidak mahu
untuk untung yang banyak dalam masa yang singkat. Misalnya pelaburan emas yang
pelbagai skim yang mengiurkan. Tetapi sebagai cara paling selamat untuk melabur
emas ialah membeli emas fiscal dari pembekal-pembekal emas yang sah dari Bank
Negara Malaysia misalnya Public Gold. Selain itu, terdapat bank yang juga
menjual emas secara fiscal. Antaranyanya Kijang Emas dari Bank Negara Malaysia.
Hal ini kerana, emas fiscal dapat disimpan dan kekal berbanding dengan
pelaburan buku yang kita tidak Nampak emas itu seperti yang berlaku sekarang
ini. Mereka dijanjikan dengan dividen yang tidak masuk akal. Kita boleh menjual
semula emas-emas itu di bank-bank yang menjual emas atau di mana-man kedai emas
yang lain.
Kedua, pelaburan emas buku dari
bank-bank perdaganan utama seperti Maybank dan Publick Bank yang menyediakan
akaun emas. Ia lebih selamat kerana pastinya bank-bank akan menjaga reputasi
mereka. Selain itu, pihak bank perdagangan telah menerima lessen daripada Bank
Negara Malaysia untuk mengambil deposite dari orang ramai. Jadi lebih selamat
kita melabur emas di tempat yang kita rasa dijamin simpanan emas kita. Sebagai
contoh lain ialah al-rahnu dari Bank Rakyat. Sebagai contoh di Maybak, kita
dapat menjual semula emas kita kepada pihak bank dan mendeposite wang kita
terus ked lam akaun semasa kita.
Anda harus bijak dan
berhati-hati semasa membuat pelaburan. Sebagai nasihat, jangan membuat sebarang
pinjaman untuk membuat pelaburan. Jika mahu membuat pinjaman pastikan pinjaman
anda tidak lebih dari 30% daripada pendapatan boleh guna anda. Jika annda
melebihi pastinya jika pelaburan anda gagal akan menjahanamkan ekonomi anda
sendiri.
Labels:
emas
Dinar Iraq
Pelaburan
Emas vs Dinar Iraq
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Seperti
mana pelaburan emas, pelabiran matawang Dinar Iraq juga menjadi senjata kepada
kebanyakkan penyangak skim cepat kaya untuk mengaut keuntungan. Berhati-hati
dengan skim-skim yang mencurigakan anda. Misalnya Dinar Iraq, secara ekonominya
Dinar Iraq tidak boleh digunakan sebagai alat pertukaraan antarabangsa kerana
negara itu masih dibawah sekatan PBB. Sedangkan Iraq terpaksa menggunaka Dolar
Amerika untuk perdagangan antarabangsa
dan membina semula negara mereka.
Saya tidak pasti dealer-dealer
yang menjual Dinar Iraq ini yang sah tetapi sebagai keselamatan anda digalakkan untuk membeli
Dinar Iraq ini di pengurup wang yang berlesen berhampiran anda. Ini penting
supaya apabila nilai Dinar Iraq meningkat anda telah mempunyai pembeli yang
bersedia untuk membeli Dinar Iraq anda. Selain itu, anda boleh membeli Dinar
Iraq dari kawan anda yang anda boleh percayai. Buat perjanjian denga beliau
yang anda akan menjual semula Dinar Iraq itu kepada kawan anda sendiri. Ini
adalah langkah yang paling selamat. Jika anda mahu untung lebih anda boleh
melabur sebanyak mana yang anda mahu kerana JIKA untung anda sendiri yang akan
menikmati keuntungan itu. tetapi jika tidak berlaku seperti yang dijangkakan
oleh speculator anda boleh simpan Dinar Iraq untuk anda pergi melancong ke Iraq
nanti.
Salah satu cara paling selamat
ialah anda boleh pergi ke Iraq sendiri dan membuka akaun di sana. Ia lebih
selamat kerana anda tidak perlu menyimpan wang secara fiscal tetapi sekadar di
dalam akaun bank di sana.
Labels:
Dinar Iraq,
Dinar Iraq on Demand
Tuesday, October 9, 2012
samizul.net
Tuesday, October 9, 2012
0
Jawapan
untuk encik samizul.net
samizul.net:
04. Saya menyokong perjuangan mendaulatkan intipati
20 Perkara tersebut tetapi tidak bersetuju dengan idea membawa keluar Sabah dan
Sarawak dari gabungan Persekutuan Malaysia seperti kelompok di fasal 3(a) yang
saya sebutkan tadi.
05. Bagi saya, idea dan usaha membawa Sabah dan Sarawak keluar dari gabungan Persekutuan Malaysia pada masa sekarang adalah semacam suatu ugutan. Secara mudah, situasinya begini:-
a) "Bawa Sabah dan Sarawak keluar Malaysia, barulah 20 Perkara dapat didaulatkan!" (Jika telah keluar, wujudkah lagi 20 Perkara?);
b) "Jika 20 Perkara tidak didaulatkan, kita bawa Sabah dan Sarawak keluar Malaysia!".
05. Bagi saya, idea dan usaha membawa Sabah dan Sarawak keluar dari gabungan Persekutuan Malaysia pada masa sekarang adalah semacam suatu ugutan. Secara mudah, situasinya begini:-
a) "Bawa Sabah dan Sarawak keluar Malaysia, barulah 20 Perkara dapat didaulatkan!" (Jika telah keluar, wujudkah lagi 20 Perkara?);
b) "Jika 20 Perkara tidak didaulatkan, kita bawa Sabah dan Sarawak keluar Malaysia!".
Jawapan: 0.4. SKMM bukan sahaja mahu mendaulatkan Perkara
18/20 Perjanjian Malaysia kerana tetapi mahu perkara itu menjadi tumpuan kerana
setelah perkara itu termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan ia seakan-akan
dilupakan. Apatah lagi ia “mungkin tertimbus” atas pindaan-pindaan yang dibuat
oleh parlimen.
Jawapan: 0.5 a) Perkara 18/20 adalah modal untuk keluar dari
Malaysia. Jika sudah keluar maka Perkara 18/20 akan menjadi sama seperti
Perkara 14 oleh Singapura.
0.5 b)
ia bukan setakat Perkara 18/20 maka kita akan keluar Malaysia tetapi
banyak perkara lain yang harus diperbetulkan. Sama seperti kes Singapura
sehingga sekarang pun masih menjadi isu di antara Malaysia-Singapura.
samizul.net :
Persoalan
06. Maka persoalan utama saya ialah, apakah hak dan peruntukan undang-undang mana yang membolehkan, yang mengizinkan dan memberikan justifikasi kukuh kepada sesiapapun di dalam Persekutuan Malaysia ini pada masa sekarang, untuk membawa Sabah dan Sarawak keluar dari gabungan Persekutuan Malaysia?
06. Maka persoalan utama saya ialah, apakah hak dan peruntukan undang-undang mana yang membolehkan, yang mengizinkan dan memberikan justifikasi kukuh kepada sesiapapun di dalam Persekutuan Malaysia ini pada masa sekarang, untuk membawa Sabah dan Sarawak keluar dari gabungan Persekutuan Malaysia?
07. Seterusnya, jika kita - termasuk SSKM - benar-benar memperjuangkan pendaulatan intipati 20 Perkara tersebut, maka bukankah Perkara 7 dalam 20 Perkara menyatakan:-
Point 7: Right of Secession.
There should be no right to secede from the Federation.
(Terjemahan bebas)
Perkara 7: Hak untuk Berpisah.
Tiada hak untuk berpisah dari Persekutuan.
Jawapan: Seperti yang kita sedia maklum, setiap
perkara yang tercatat dan tertulis di dalam perlembagaan Malaysia boleh
dipindah dengan persetujuan 2/3 majoriti ahli Parlimen dengan pekenan Majlis
Raja-Raja. Menurut mereka yang pakar dan terlibat secara langsung dengan
Pembentukkan Malaysia, Perkara 14/18/20 antara Malaya, Singapura, Sabah dan
Sarawak adalah “Perjanjian Tidak Rasmi”. Mungkin, Perkara 7 itu tidak tertulis
di dalam perlembagaan. Jadi, Tunku Abdul Rahman tidak memerlukan persetujuan
2/3 majoriti Parlimen apatah lagi perkenan Majlis Raja-Raja untuk memisahkan
Singapura dari Malaysia.
samizul.net :
10. Singapura mungkin menjadi idola bagi misi
membawa Sabah dan Sarawak keluar Malaysia ini. Dengan harapan, apabila Sabah
dan Sarawak keluar Malaysia, maka Sabah dan Sarawak akan bertambah-tambah maju
dan pesat membangun menikmati kemerdekaan sendiri sebagaimana yang dialami
Singapura.
Jawapan: Singapura bukan lah idola bagi SSKM kerana
Singapura mempunyai idealogi dan situasi yang berbeza dengan Sabah dan Sarawak.
Brunei juga bukan contoh untuk Sabah dan Sarawak kerana kedua-dua negara itu
tidak mempunyai senario seperti yang berlaku di Sabah dan Sarawak.
samizul.net :
Pada pendapat saya,
situasi tersebut bukanlah dijamin akan benar-benar berlaku kerana Sabah dan
Sarawak mempunyai banyak isu dan permasalahan yang memberikan liabiliti
kepada kemajuan dan kepesatan tadi. Sekadar memberikan dua contoh; isu dan
permasalahan itu ialah mentaliti dan gerak kerja pemimpin dan mentaliti rakyat
bagi Sabah dan Sarawak secara umumnya.
Jawapan: Secara amnya Sabah dan Sarawak amat terbuka di
dalam semua bidang. Saya tidak tahu dimana sumber “liabiliti” yang dimaksudkan oleh encik samizul.net kerana
jika di lihat di Tanah Melayu masalah perkauman mencacatkan pembangunan negara.
Kerajaan ketika itu terpaksa mengubal Dasar Ekonomi Baru bagi merapatkan jurang
ekonomi di Tanah Melayu. Engan penduduk yang agak ramai pada awal kemerdekaan
dengan sumber kewangan yang sedikit, maka dengan adanya Singapura, Sabah dan
Sarawak, Kuala Lumpur akan mempunyai sumber ekonomi yang lebih luas bagi
membangunkan “Malaysia”. Kerja dan gerakan oleh pemimpin dan mentaliti rakyat
Sabah dan Sarawak sebagai penyumbang kepada “liabiliti” itu mungkin tidak tepat
kerana Sarawak merupakan penyumbang KDNK ke-empat terbesar di Malaysia dengan
pemimpinnya yang berjaya menjadikan Sarawak sebagai negeri paling berdaya saing
di peringkat antarabangsa. Begitu juga di Sabah, sektor pelancongan merupakan
pelaris kepada kerajaan Sabah. Sebagai
negeri tercantik di Malaysia dengan penduduknya yang ramah pasti bukan
liabiliti kepada kepesatan ekonomi di kedua-dua buah negeri ini.
samizul.net:
Konteks Sabah 'Dijajah'
11. Kita imbas kembali fasal 6 di atas. Dari situ, seseorang mungkin akan memberikan hujah bahawa justifikasi yang mewajarkan atau membolehkan kita rakyat Sabah dan Sarawak keluar Malaysia adalah kerana Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963 telah terbatal disebabkan Kerajaan Pusat bersama Kerajaan Negeri telah tidak mematuhi banyak kehendak dan tuntutan 20 Perkara. Semenjak Sabah (khususnya) bersama negara Sarawak dan negara Persekutuan Tanah Melayu membentuk (bukan menyertai) Persekutuan Malaysia, 20 Perkara telah acapkali diremehkan dan hasilnya sekarang, 20 Perkara bagaikan tidak wujud langsung lagi.
Saya sedikit bersetuju dengan hujah tersebut. Saya fikir, ianya adalah benar dan terpakai jika kita menilai berdasarkan justifikasi moral. Maksudnya, secara moral, 20 Perkara ini telah pupus. Jika kita menilai berdasarkan praktis undang-undang, maka soalan saya; apakah undang-undang yang membatalkan 20 Perkara? Apakah perisytiharan rasmi dari kerajaan - sama ada Pusat atau Negeri - yang 20 Perkara telah tidak diguna pakai lagi?
12. Pencabulan sebahagian besar isi kandungan perjanjian 20 Perkara ini telah menimbulkan sentimen "Malaya jajah Sabah". Saya bersetuju dan memang ada benarnya dalam banyak lapangan perkara. Hal ini dapat mudah difahami dengan membandingkan kehendak-kehendak dalam 20 Perkara dan situasi Sabah (khususnya) sejak bermulanya kemasukan United Malay National Organization ke Sabah pada awal 1990-an yang lalu.
13. Saya berpendapat, jika kerajaan Pusat benar-benar ikhlas menerima kandungan Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963 atau 20 Perkara ini, maka sewajibnya kerajaan Pusat meminda atau menambah mana-mana fasal/klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengambil kira kehendak 20 Perkara tersebut. Bukan sahaja pindaan ini berlaku ke atas Perlembagaan Persekutuan, malah mana-mana undang-undang, akta dan peraturan lainnya (peringkat Jabatan Kerajaan, Kementerian dsb) juga perlu diubahsuai supaya selaras dan memenuhi tuntutan 20 Perkara.
Tetapi, sejauh mana praktik hal di atas benar-benar berlaku?
11. Kita imbas kembali fasal 6 di atas. Dari situ, seseorang mungkin akan memberikan hujah bahawa justifikasi yang mewajarkan atau membolehkan kita rakyat Sabah dan Sarawak keluar Malaysia adalah kerana Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963 telah terbatal disebabkan Kerajaan Pusat bersama Kerajaan Negeri telah tidak mematuhi banyak kehendak dan tuntutan 20 Perkara. Semenjak Sabah (khususnya) bersama negara Sarawak dan negara Persekutuan Tanah Melayu membentuk (bukan menyertai) Persekutuan Malaysia, 20 Perkara telah acapkali diremehkan dan hasilnya sekarang, 20 Perkara bagaikan tidak wujud langsung lagi.
Saya sedikit bersetuju dengan hujah tersebut. Saya fikir, ianya adalah benar dan terpakai jika kita menilai berdasarkan justifikasi moral. Maksudnya, secara moral, 20 Perkara ini telah pupus. Jika kita menilai berdasarkan praktis undang-undang, maka soalan saya; apakah undang-undang yang membatalkan 20 Perkara? Apakah perisytiharan rasmi dari kerajaan - sama ada Pusat atau Negeri - yang 20 Perkara telah tidak diguna pakai lagi?
12. Pencabulan sebahagian besar isi kandungan perjanjian 20 Perkara ini telah menimbulkan sentimen "Malaya jajah Sabah". Saya bersetuju dan memang ada benarnya dalam banyak lapangan perkara. Hal ini dapat mudah difahami dengan membandingkan kehendak-kehendak dalam 20 Perkara dan situasi Sabah (khususnya) sejak bermulanya kemasukan United Malay National Organization ke Sabah pada awal 1990-an yang lalu.
13. Saya berpendapat, jika kerajaan Pusat benar-benar ikhlas menerima kandungan Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963 atau 20 Perkara ini, maka sewajibnya kerajaan Pusat meminda atau menambah mana-mana fasal/klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengambil kira kehendak 20 Perkara tersebut. Bukan sahaja pindaan ini berlaku ke atas Perlembagaan Persekutuan, malah mana-mana undang-undang, akta dan peraturan lainnya (peringkat Jabatan Kerajaan, Kementerian dsb) juga perlu diubahsuai supaya selaras dan memenuhi tuntutan 20 Perkara.
Tetapi, sejauh mana praktik hal di atas benar-benar berlaku?
Jawapan: secara dasarnya terdapat pembahagian kuasa antara
kerajaan Persekutuan, kerajaan Negeri dan Kerajaan tempatan. Namun yang
demikian, terdapat perkara yang amat besar telah diambil alih oleh kerajaan
Persekutuan terutama akta Petroluem 1974 yang “merampas” sumber kewangan utama
bagi kedua-dua negeri. Semasa Penjajahan Brooke ke atas Sarawak, kekayaan
negeri Sarawak datangnya dari sumber minyak dan hasil hutan yang terus masuk ke
dalam poket Brooke. Hanya sedikit sahaja wang itu digunakan untuk pembangunan
terutama bagi kawasan luar bandar dan pendalaman. Keadaan yang hampir sama yang
berlaku setelah hampir 50 tahun Sabah dan Sarawak berada di bawah bendera
Malaysia. Sumber Petroluem merupakan menyumbang terbesar kepada KDNK negara.
Namun, seperti yang kita lihat kemajuan di negeri-negeri pengeluar minyak di
Malaysia amat mundur. Pehin Sri juga mengatakan bahawa pembangunan
insfratructur di Sarawak ketinggalan 20 tahun dibelakang Semenanjung. Itu jika
di bandingkan dengan Semenanjung jika di bandingkan dengan negara maju yang
lain entah berapa tahun entah. Baru-baru ini, anak kepada bekas Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Mukriz Tun Mahathir melawat Sarawak untuk melihat sendiri
keadaan di Sarawak . menurut beliau, beliau masih lagi mendengar bahawa terdpat
anak-anak sekolah terpaksa meredah enai, meniti titi menaiki perahu untuk
kesekolah setiap hari. Setelah Malaysia berusia 50 tahun masih terdapat rakyat
Malaysia berhempas pulas untuk datang ke sekolah. Jika tenaga yang telah banyak
di gunakan untuk datang ke sekolah, maka
tenaga untuk belajar semakin berkurangan. Lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak
yang berusia kurang 12 tahun. Jadi tidak hairan lah terdapat dikalangan mereka
yang berputus asa untuk ke sekolah terutama pada hari hujan. Akhirnya
menamatkan persekolahan lebih awal.
Mungkin kita tidak mahu berpisah dengan Semenanjung kerana
banyak sudah hasil kita bersama telah dikongsi untuk pembangunan di sebelah
sana. Dengan KLCC yang terpacak megah menggunakan hasil “PETRONAS” adalah tidak
sesuai untuk Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia. Ada cara lain yang lebih
demokrasi dan diplomatik. Antaranya ialah suara kita di parlimen.
Fikir-fikirkan lah. Jika kita kuat di parlimen kita juga akan menuntut suara
yang lebih kuat di kabinet. Sepatutnya dasar pembahagian kerusi di parlimen
harus dituntut dan bukan pilihanraya yang adil dan saksama semata-mata. Jika
kerusi kita banyak di parlimen maka keputusan kita akan menjadi lebih menjadi
tumpuan.
Labels:
samizul.net,
semangat Malaysia
Thursday, October 4, 2012
Bangunan Kerajaan Persekutuan
Thursday, October 4, 2012
0
Bangunan
Kerajaan Persekutuan
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.
Petang tadi saya ke Jabatan
Pendaftaran Negara di daerah Mukah. Untuk pengetahuan pembaca, daerah Mukah
adalah daerah pentadbiran bagi Bahagian Mukah. Jadi sepatutnya semua kemudahan
di sini adalah setaraf dengan statusnya sebagai pusat Pentadbiran Baru Koridor
Pembangunan Wilayah Boleh Diperbaharui (SCORE).
Namun apa yang menyedihkan
ialah, perkhidmatan dari kerajaan Persekutuan di daerah ini seperti zaman
dulu-dulu. Misalnya sebuah bangunan baru siap yang menempatankan
jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imegresen
Negara, Jabatan Pertahanan Awam dan juga RELA. Pada mula pembinaan bangunan
ini, banyak pihak termasuk saya sendiri percaya bangunan ini adalah sebuah
kuaters kerajaan. Hal ini kerana, di seberang bangunan ini menempatkan kuaters
kerajaan negeri yang seperti perumahan bernilai RM500000 di semenanjung. Saya
juga bertanya kepada kawan saya yang bekerja dengan Majlis Daerah Dalat dan
Mukah dan jawapan beliau juga mengatakan bangunan itu adalah sebuah kuaters.
Bangunan itu siap selepas beberapa bulan terbangkalai dari jadual asal.
Setelah siap, bangunan itu si
cat seperti warna Jabatan Kastam dan Imegresen Malaysia. Bagunan dua tingkat
itu menempatkan agensi kerajaan yang saya nyatakan tadi. Namun demikian,
sedikit renovation dilakukan iaitu laluan OKU di sediakan. Tetapi banguan ini
masih tidak mesra OKU kerana jabatan-jabatan kerajaan ini terletak di tingkat
dua. Tiada perkhidmatan lif disediakan. Manakal tingkat satu (GF) pula seperti
tiada apa-apa agensi yang ada menyediakan perkhidmatan di situ. Tidak tahu
sebab mengapa mereka meletakaan pejabat urusan mereka di tingkat kedua bangunan berbanding di tingkat satu (GF).
Labels:
janji ditepati,
transformasi
Bajet Kita 2013
Bajet Kita
2013
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.
Setelah
Pakatan Rakyat membentangkan Bajet mereka kemudian disusuli oleh pihak Kerajaan
banyak komen dan pembandingan dilakukan oleh mereka yang pakar dalam bidang
masing-masing. Sector swasta mungkin juga telah dan akan membentangkan bajet
mereka. Selalunya bagi syarikat yang besar akan melakukannya. Bagaimana pula
dengan syarikat –syarikat yang kecil? Mungkin ada tetapi mungkin hanya
dibentangkan untuk lembaga pengarah sahaja. Bagaiman pula bagi syarikat milik
persendirian yang pekerjanya tidak sampai pun lima orang? Kita tidak tahu
bagaiman mereka merencanakan perniagaan mereka. Namun yang demikian, kedengaran
juga keluhana dari pekerja syarikat swasta tentang company mereka yang agak
“kedekut”. Tentang gaji dan juga pemberian bonus yang hek elej sahaja.
Kita ke skop yang lebih kecil.
Adakah ibu bapa kita menyediakan satu bajet untuk tahun 2013 atau tahun-tahun
sebelum ini? Sebenarnya tidak banyak di antara kita yang menyediakan bajet
tahunan. Kebanyakkan daripada hanya berbelanja berdasarkan rutin sahaja.
Misalnya, apabila terima gaji bulanan, (contohnya seorang guru) petang selepas
sekolah akan bergegas ke bank untuk membayar pinjaman. Kemudian, pergi pula ke
kedai runcit membeli barangan dapur. Esok di sekolah, cakap kepada rakan
sekerja semua dah settele. Tunggu bulan depan lagi. Belum habis bulan dan habis
gaji. Yang tinggal untuk tampung-tampung jelah. Tiba-tiba ada bonus, apa lagi
kalau boleh mahu sahaj dihabiskan loan-loan tu untuk dapatkan loan yang baru
pula. Tidak ada perancangan.
Bagi yang bekerja mungkin boleh
merancanakan bajet mereka. Bagi yang tidak bekerja juga perlu untuk mengira
bajet mereka. Bagi para pengangur bermusim juga perlu untuk mempunyai bajet.
Tidak kira berapa bajet anda supaya anda tidak terbeli benda yang tidak perlu.
Kita harus bijak dalam memperuntukkan bajet kita agar kita dapat hidup dengan
tenang dan tidak tersesak dengan masalah kewangan. Sama-samalah kita bersedia
untuk masa-masa yang tidak diduga. Jangan marah bha..
Labels:
bajet kerajaan 2013,
janji ditepati,
transformasi
Bajet kerajaan 2013
Bajet
kerajaan 2013
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman lagi bijaksana.
Pada tarikh
28 September 2012, Perdana Menteri yang merangkap menteri kewangan akan
membentangkan bajet 2013 yang di tunggu-tunggu oleh semua rakayat Malaysia. Pihak
Pembangkang telah membentangkan bajet mereka semalam tiga hari lebih awal dari
bajet kerajaan.
Bajet perlu dirancang agar
perbelanjaan kerajaan dapat diurusakan dengan baik. Ini bermakna kerajaan dapat
meemperuntukkan wang dengan lebih berkhemah. Dengan perbelanjaan yang betul
maka rakayat akan menerima impaknya secara tidak langsung.
Sumber kewangan utama kerajaan
ialah cukai. Semua kerajaan memerlukan cukai untuk menjana pendapatan. Tanpa
cukai tidak ada kerajaan yang akan dapat membangunkan negara. Jadi tidak
hairanlah jika kerajaan akan mempekenalkan cukai-cukai baru dan juga mungkin
mengecualikan cukai kepada sesuatau keadaan. Adakah kerajaan akan mempekenalkan
cukai baru atau menangguhkan perlaksanaannya atau di luar jangkaan kita.
Selalunya, kerajaan akan
memperuntukkan sejumlah wang kepada setiap kementerian. Itu addalah asas kepada
Budget itu dibentengkan. Kementerian-kementerian itu pula akan membahagikan
peruntukkan itu kepada jabatan-jabatan mereka sebelum samapai kepada badan
perlakasanaan. Kadang-kadang peruntukkan itu akan diturunkan lagi kepada
agensi-agensi kerajaan yang lain.
Semua rakyat mungkin menerima
faedah itu secara langsung dan mungkin tidak secara langsung. Misalnya BR1M
2012, semua ketua isi rumah yang berpendapatan di bawah RM3000 layak memohon
pemberian RM500 itu. ini adalah inisiatif bajet secara langsung. Secara tidak
langsung ialah pembinaan jalan raya dan juga subsidi-subsidi kerajaan. Kerajaan
hanya akan menyediakan flatform manakala sector swasta pula harus memanfaatkan
flatform itu untuk menjana ekonomi dan pendapatan negara.
Semua orang akan menantikan
khabar baik dari Perdana Menteri terutama kakitangan kerajaan. Mereka
tergolong sebagai golongan yang membantu
kerajaan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Jadi tidak hairanalah jika Kesatuan
Pekerja Kerajaan akan sentiasa menuntut dan mengharapkan tuntutan itu
dilaksanakan. Maka, orang kampung yang memerlukan bantuan itu mungkin akan
terpaksa mencari jalan lain untuk menikmati maksud bantuan dari budget kerajaan
itu. mungkin orang kampung tidak jelas dang mungkin orang Bandar tidak
menikmatinya. Mungkin hanya mereka yang bernasib baik akan menikmati makna
budget itu. jadi, jika ada kejutan maka ada senyuman di bibir kita sebagai
rakyat Malaysia. Jangan marah bah..
Labels:
bajet kerajaan 2013,
janji ditepati,
transformasi
Bajet kerajaan 2013
Bajet
kerajaan 2013
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman lagi bijaksana.
Pada tarikh
28 September 2012, Perdana Menteri yang merangkap menteri kewangan akan
membentangkan bajet 2013 yang di tunggu-tunggu oleh semua rakayat Malaysia. Pihak
Pembangkang telah membentangkan bajet mereka semalam tiga hari lebih awal dari
bajet kerajaan.
Bajet perlu dirancang agar
perbelanjaan kerajaan dapat diurusakan dengan baik. Ini bermakna kerajaan dapat
meemperuntukkan wang dengan lebih berkhemah. Dengan perbelanjaan yang betul
maka rakayat akan menerima impaknya secara tidak langsung.
Sumber kewangan utama kerajaan
ialah cukai. Semua kerajaan memerlukan cukai untuk menjana pendapatan. Tanpa
cukai tidak ada kerajaan yang akan dapat membangunkan negara. Jadi tidak
hairanlah jika kerajaan akan mempekenalkan cukai-cukai baru dan juga mungkin
mengecualikan cukai kepada sesuatau keadaan. Adakah kerajaan akan mempekenalkan
cukai baru atau menangguhkan perlaksanaannya atau di luar jangkaan kita.
Selalunya, kerajaan akan
memperuntukkan sejumlah wang kepada setiap kementerian. Itu addalah asas kepada
Budget itu dibentengkan. Kementerian-kementerian itu pula akan membahagikan
peruntukkan itu kepada jabatan-jabatan mereka sebelum samapai kepada badan
perlakasanaan. Kadang-kadang peruntukkan itu akan diturunkan lagi kepada
agensi-agensi kerajaan yang lain.
Semua rakyat mungkin menerima
faedah itu secara langsung dan mungkin tidak secara langsung. Misalnya BR1M
2012, semua ketua isi rumah yang berpendapatan di bawah RM3000 layak memohon
pemberian RM500 itu. ini adalah inisiatif bajet secara langsung. Secara tidak
langsung ialah pembinaan jalan raya dan juga subsidi-subsidi kerajaan. Kerajaan
hanya akan menyediakan flatform manakala sector swasta pula harus memanfaatkan
flatform itu untuk menjana ekonomi dan pendapatan negara.
Semua orang akan menantikan
khabar baik dari Perdana Menteri terutama kakitangan kerajaan. Mereka
tergolong sebagai golongan yang membantu
kerajaan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Jadi tidak hairanalah jika Kesatuan
Pekerja Kerajaan akan sentiasa menuntut dan mengharapkan tuntutan itu
dilaksanakan. Maka, orang kampung yang memerlukan bantuan itu mungkin akan
terpaksa mencari jalan lain untuk menikmati maksud bantuan dari budget kerajaan
itu. mungkin orang kampung tidak jelas dang mungkin orang Bandar tidak
menikmatinya. Mungkin hanya mereka yang bernasib baik akan menikmati makna
budget itu. jadi, jika ada kejutan maka ada senyuman di bibir kita sebagai
rakyat Malaysia. Jangan marah bah..
Labels:
bajet kerajaan 2013,
janji ditepati,
transformasi
Subscribe to:
Posts (Atom)
WelcOmE
Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.