Tuesday, October 9, 2012

samizul.net

Tuesday, October 9, 2012

Jawapan untuk encik samizul.net
samizul.net:
04. Saya menyokong perjuangan mendaulatkan intipati 20 Perkara tersebut tetapi tidak bersetuju dengan idea membawa keluar Sabah dan Sarawak dari gabungan Persekutuan Malaysia seperti kelompok di fasal 3(a) yang saya sebutkan tadi.

05. Bagi saya, idea dan usaha membawa Sabah dan Sarawak keluar dari gabungan Persekutuan Malaysia pada masa sekarang adalah semacam suatu ugutan. Secara mudah, situasinya begini:-

a) "Bawa Sabah dan Sarawak keluar Malaysia, barulah 20 Perkara dapat didaulatkan!" (Jika telah keluar, wujudkah lagi 20 Perkara?);

b) "Jika 20 Perkara tidak didaulatkan, kita bawa Sabah dan Sarawak keluar Malaysia!".
Jawapan: 0.4. SKMM bukan sahaja mahu mendaulatkan Perkara 18/20 Perjanjian Malaysia kerana tetapi mahu perkara itu menjadi tumpuan kerana setelah perkara itu termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan ia seakan-akan dilupakan. Apatah lagi ia “mungkin tertimbus” atas pindaan-pindaan yang dibuat oleh parlimen.
Jawapan: 0.5 a) Perkara 18/20 adalah modal untuk keluar dari Malaysia. Jika sudah keluar maka Perkara 18/20 akan menjadi sama seperti Perkara 14 oleh Singapura.
                 0.5 b)  ia bukan setakat Perkara 18/20 maka kita akan keluar Malaysia tetapi banyak perkara lain yang harus diperbetulkan. Sama seperti kes Singapura sehingga sekarang pun masih menjadi isu di antara Malaysia-Singapura.
samizul.net :
Persoalan
06. Maka persoalan utama saya ialah, apakah hak dan peruntukan undang-undang mana yang membolehkan, yang mengizinkan dan memberikan justifikasi kukuh kepada sesiapapun di dalam Persekutuan Malaysia ini pada masa sekarang, untuk membawa Sabah dan Sarawak keluar dari gabungan Persekutuan Malaysia?
Description: C:\Users\Public\Recorded TV\Downloads\webpage\SOALAN UNTUK SABAH DAN SARAWAK KELUAR MALAYSIA ~ ! samizul.net !_files\point7-20points.JPG
[Enlarge]
Sumber : [
GoPetition]

07. Seterusnya, jika kita - termasuk SSKM - benar-benar memperjuangkan pendaulatan intipati 20 Perkara tersebut, maka bukankah Perkara 7 dalam 20 Perkara menyatakan:-

Point 7: Right of Secession.
There should be no right to secede from the Federation.

(Terjemahan bebas)
Perkara 7: Hak untuk Berpisah.
Tiada hak untuk berpisah dari Persekutuan.
Jawapan: Seperti yang kita sedia maklum, setiap perkara yang tercatat dan tertulis di dalam perlembagaan Malaysia boleh dipindah dengan persetujuan 2/3 majoriti ahli Parlimen dengan pekenan Majlis Raja-Raja. Menurut mereka yang pakar dan terlibat secara langsung dengan Pembentukkan Malaysia, Perkara 14/18/20 antara Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak adalah “Perjanjian Tidak Rasmi”. Mungkin, Perkara 7 itu tidak tertulis di dalam perlembagaan. Jadi, Tunku Abdul Rahman tidak memerlukan persetujuan 2/3 majoriti Parlimen apatah lagi perkenan Majlis Raja-Raja untuk memisahkan Singapura dari Malaysia.
samizul.net :
10. Singapura mungkin menjadi idola bagi misi membawa Sabah dan Sarawak keluar Malaysia ini. Dengan harapan, apabila Sabah dan Sarawak keluar Malaysia, maka Sabah dan Sarawak akan bertambah-tambah maju dan pesat membangun menikmati kemerdekaan sendiri sebagaimana yang dialami Singapura.
Jawapan: Singapura bukan lah idola bagi SSKM kerana Singapura mempunyai idealogi dan situasi yang berbeza dengan Sabah dan Sarawak. Brunei juga bukan contoh untuk Sabah dan Sarawak kerana kedua-dua negara itu tidak mempunyai senario seperti yang berlaku di Sabah dan Sarawak.
samizul.net :
 Pada pendapat saya, situasi tersebut bukanlah dijamin akan benar-benar berlaku kerana Sabah dan Sarawak mempunyai banyak isu dan permasalahan yang memberikan liabiliti kepada kemajuan dan kepesatan tadi. Sekadar memberikan dua contoh; isu dan permasalahan itu ialah mentaliti dan gerak kerja pemimpin dan mentaliti rakyat bagi Sabah dan Sarawak secara umumnya.
Jawapan: Secara amnya Sabah dan Sarawak amat terbuka di dalam semua bidang. Saya tidak tahu dimana sumber “liabiliti” yang  dimaksudkan oleh encik samizul.net kerana jika di lihat di Tanah Melayu masalah perkauman mencacatkan pembangunan negara. Kerajaan ketika itu terpaksa mengubal Dasar Ekonomi Baru bagi merapatkan jurang ekonomi di Tanah Melayu. Engan penduduk yang agak ramai pada awal kemerdekaan dengan sumber kewangan yang sedikit, maka dengan adanya Singapura, Sabah dan Sarawak, Kuala Lumpur akan mempunyai sumber ekonomi yang lebih luas bagi membangunkan “Malaysia”. Kerja dan gerakan oleh pemimpin dan mentaliti rakyat Sabah dan Sarawak sebagai penyumbang kepada “liabiliti” itu mungkin tidak tepat kerana Sarawak merupakan penyumbang KDNK ke-empat terbesar di Malaysia dengan pemimpinnya yang berjaya menjadikan Sarawak sebagai negeri paling berdaya saing di peringkat antarabangsa. Begitu juga di Sabah, sektor pelancongan merupakan pelaris kepada  kerajaan Sabah. Sebagai negeri tercantik di Malaysia dengan penduduknya yang ramah pasti bukan liabiliti kepada kepesatan ekonomi di kedua-dua buah negeri ini.



samizul.net:
Konteks Sabah 'Dijajah'
11. Kita imbas kembali fasal 6 di atas. Dari situ, seseorang mungkin akan memberikan hujah bahawa justifikasi yang mewajarkan atau membolehkan kita rakyat Sabah dan Sarawak keluar Malaysia adalah kerana Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963 telah terbatal disebabkan Kerajaan Pusat bersama Kerajaan Negeri telah tidak mematuhi banyak kehendak dan tuntutan 20 Perkara. Semenjak Sabah (khususnya) bersama negara Sarawak dan negara Persekutuan Tanah Melayu membentuk (bukan menyertai) Persekutuan Malaysia, 20 Perkara telah acapkali diremehkan dan hasilnya sekarang, 20 Perkara bagaikan tidak wujud langsung lagi.

Saya sedikit bersetuju dengan hujah tersebut. Saya fikir, ianya adalah benar dan terpakai jika kita menilai berdasarkan justifikasi moral. Maksudnya, secara moral, 20 Perkara ini telah pupus. Jika kita menilai berdasarkan praktis undang-undang, maka soalan saya; apakah undang-undang yang membatalkan 20 Perkara? Apakah perisytiharan rasmi dari kerajaan - sama ada Pusat atau Negeri - yang 20 Perkara telah tidak diguna pakai lagi?

12. Pencabulan sebahagian besar isi kandungan perjanjian 20 Perkara ini telah menimbulkan sentimen "Malaya jajah Sabah". Saya bersetuju dan memang ada benarnya dalam banyak lapangan perkara. Hal ini dapat mudah difahami dengan membandingkan kehendak-kehendak dalam 20 Perkara dan situasi Sabah (khususnya) sejak bermulanya kemasukan United Malay National Organization ke Sabah pada awal 1990-an yang lalu.

13. Saya berpendapat, jika kerajaan Pusat benar-benar ikhlas menerima kandungan Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963 atau 20 Perkara ini, maka sewajibnya kerajaan Pusat meminda atau menambah mana-mana fasal/klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengambil kira kehendak 20 Perkara tersebut. Bukan sahaja pindaan ini berlaku ke atas Perlembagaan Persekutuan, malah mana-mana undang-undang, akta dan peraturan lainnya (peringkat Jabatan Kerajaan, Kementerian dsb) juga perlu diubahsuai supaya selaras dan memenuhi tuntutan 20 Perkara.

Tetapi, sejauh mana praktik hal di atas benar-benar berlaku?
Jawapan: secara dasarnya terdapat pembahagian kuasa antara kerajaan Persekutuan, kerajaan Negeri dan Kerajaan tempatan. Namun yang demikian, terdapat perkara yang amat besar telah diambil alih oleh kerajaan Persekutuan terutama akta Petroluem 1974 yang “merampas” sumber kewangan utama bagi kedua-dua negeri. Semasa Penjajahan Brooke ke atas Sarawak, kekayaan negeri Sarawak datangnya dari sumber minyak dan hasil hutan yang terus masuk ke dalam poket Brooke. Hanya sedikit sahaja wang itu digunakan untuk pembangunan terutama bagi kawasan luar bandar dan pendalaman. Keadaan yang hampir sama yang berlaku setelah hampir 50 tahun Sabah dan Sarawak berada di bawah bendera Malaysia. Sumber Petroluem merupakan menyumbang terbesar kepada KDNK negara. Namun, seperti yang kita lihat kemajuan di negeri-negeri pengeluar minyak di Malaysia amat mundur. Pehin Sri juga mengatakan bahawa pembangunan insfratructur di Sarawak ketinggalan 20 tahun dibelakang Semenanjung. Itu jika di bandingkan dengan Semenanjung jika di bandingkan dengan negara maju yang lain entah berapa tahun entah. Baru-baru ini, anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Mukriz Tun Mahathir melawat Sarawak untuk melihat sendiri keadaan di Sarawak . menurut beliau, beliau masih lagi mendengar bahawa terdpat anak-anak sekolah terpaksa meredah enai, meniti titi menaiki perahu untuk kesekolah setiap hari. Setelah Malaysia berusia 50 tahun masih terdapat rakyat Malaysia berhempas pulas untuk datang ke sekolah. Jika tenaga yang telah banyak di gunakan untuk datang ke sekolah,  maka tenaga untuk belajar semakin berkurangan. Lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak yang berusia kurang 12 tahun. Jadi tidak hairan lah terdapat dikalangan mereka yang berputus asa untuk ke sekolah terutama pada hari hujan. Akhirnya menamatkan persekolahan lebih awal.
Mungkin kita tidak mahu berpisah dengan Semenanjung kerana banyak sudah hasil kita bersama telah dikongsi untuk pembangunan di sebelah sana. Dengan KLCC yang terpacak megah menggunakan hasil “PETRONAS” adalah tidak sesuai untuk Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia. Ada cara lain yang lebih demokrasi dan diplomatik. Antaranya ialah suara kita di parlimen. Fikir-fikirkan lah. Jika kita kuat di parlimen kita juga akan menuntut suara yang lebih kuat di kabinet. Sepatutnya dasar pembahagian kerusi di parlimen harus dituntut dan bukan pilihanraya yang adil dan saksama semata-mata. Jika kerusi kita banyak di parlimen maka keputusan kita akan menjadi lebih menjadi tumpuan. 

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting