Pelaburan
Emas vs Dinar Iraq
Pelaburan
emas
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca.
Heboh di
Malaya apabila sebuah agensi pelaburan emas di sita oleh Bank Negara Malaysia
kerana mengambil deposite secara tidak sah daripada orang ramai. Ramai terpaksa
akur kerana wang mereka kemingkinan akan lesap bergitu sahaja.
Setiap pelaburan yang
menjanjikan pulangan yang besar dalam masa yang cepat. Siapa yang tidak mahu
untuk untung yang banyak dalam masa yang singkat. Misalnya pelaburan emas yang
pelbagai skim yang mengiurkan. Tetapi sebagai cara paling selamat untuk melabur
emas ialah membeli emas fiscal dari pembekal-pembekal emas yang sah dari Bank
Negara Malaysia misalnya Public Gold. Selain itu, terdapat bank yang juga
menjual emas secara fiscal. Antaranyanya Kijang Emas dari Bank Negara Malaysia.
Hal ini kerana, emas fiscal dapat disimpan dan kekal berbanding dengan
pelaburan buku yang kita tidak Nampak emas itu seperti yang berlaku sekarang
ini. Mereka dijanjikan dengan dividen yang tidak masuk akal. Kita boleh menjual
semula emas-emas itu di bank-bank yang menjual emas atau di mana-man kedai emas
yang lain.
Kedua, pelaburan emas buku dari
bank-bank perdaganan utama seperti Maybank dan Publick Bank yang menyediakan
akaun emas. Ia lebih selamat kerana pastinya bank-bank akan menjaga reputasi
mereka. Selain itu, pihak bank perdagangan telah menerima lessen daripada Bank
Negara Malaysia untuk mengambil deposite dari orang ramai. Jadi lebih selamat
kita melabur emas di tempat yang kita rasa dijamin simpanan emas kita. Sebagai
contoh lain ialah al-rahnu dari Bank Rakyat. Sebagai contoh di Maybak, kita
dapat menjual semula emas kita kepada pihak bank dan mendeposite wang kita
terus ked lam akaun semasa kita.
Anda harus bijak dan
berhati-hati semasa membuat pelaburan. Sebagai nasihat, jangan membuat sebarang
pinjaman untuk membuat pelaburan. Jika mahu membuat pinjaman pastikan pinjaman
anda tidak lebih dari 30% daripada pendapatan boleh guna anda. Jika annda
melebihi pastinya jika pelaburan anda gagal akan menjahanamkan ekonomi anda
sendiri.
0 comments:
Post a Comment