Wednesday, December 12, 2012
Calendar
kaum Mayan
salam damai dan salam sejahtera.
Mereka
adalah salah satu kaum dan mempunyai tamadun gemilang pada zaman purba.
Mendiami semenanjung negara Mexico sekarang adalah sebuah kaum yang amat
misteri lagi menyeramkan.
Mereka memilih tarikh 28
Disember 2012 sebagai tarik terakhir calendar mereka. Kebetulan tarikh itu
jatuh pada hari Jumaat, hari segala hari. Namun, harus diingat, walaupun kaum
Mayan mereka calendar yang hampir tepat kalender mereka berpusing hanya pada
satu tarikh yang berterusan. Secara tiba-tiba calendar mereka tamat pada 28
Disember 2012. Jika kita melihat calendar Lunar dan Gregory pula, kedua-dua
kelendar ini seakan-akan tiada berpenhujung.
Sebagai kaum yang menghilang dan
hanya meninggalkan hampir kesemua ketamadunanya kepada zaman moden untuk dikaji
namun, ahli-ahli sains, arkeologi, ahli-ahli sejarah tidak menjumpai mayat atau
tulang temulang kaum ini. Adakah mereka amat takut kerana calendar mereka ada
penghujung. Atau 2012 yang ada dalam calendar mayan itu merujuk kepada tahun
2012 sebelum masihi atau mereka sahaja yang tahu?
22 Disember
2012
damai dan salam sejahtera.
Tiada apa
pun yang hebat pada tarikh ini. Namun para cerdik pandai yang meramalkan hari
ini atau hari sebelum dan selepasnya bumi akan bergelap kerana bumi berada di
tengah-tengah garisan cakerawala.
Lebih mengujakan apabila
masyarakat yang sinonim dengan angkasa ini tanpa mengetahui kesahihan terus
percaya bulat-bulat. Pihak media massa pula dengan pantas menyebarkan berita
bahawa bumi akan bergelap selama tiga hari berturut-turut.
Jika diperhatikan secara asas
sains, bumi kita terletak di kedudukan ke-tiga dari matahari. Kadang-kadang
hanya bulan sahaja yang akan berada di satu garisan lurus diantara matahari dan
bumi. Itupun hanya berlaku untuk beberapa ketika sahaja. Jika pun utarid dan
zurah berada sama kedudukan dengan bumi, baying-bayang kedua-dua planet itu
tidak akan melindungi cahaya matahari dari sampai ke bumi. Secara teknikalnya
matahari tidak akan berganja dari kedudukkan sekarang untuk pergi jauh selama
tiga hari dari tempat matahari sedang berada sekarang.
Pelbagai cara akan dilakukan
ileh media untuk melariskan jualan. Memperbesarkan cerita. Ditambah pula tabiat
orang kita yang suka cepat melatah walaupun kita tidak melatah.
20 Disember
2012
damai dan salam sejahtera.
Atau dengan
kata angka ialan 20.12.2012. bagi saya angka ini lebih menarik kerana 2012
diulang dua kali. Juga bukan tarikh yang boleh dianggap hari kiamat kerana
tiada diceritakan di mana-mana buku yang diturunkan dari langit tentang tarikh
hari kiamat.
Mungkin tiada yang merayakan
hari 20 Disember sebagai hari yang istimewa, tetapi mungkin ada yang memilih
tarikh ini kerana seperti mana tarikh-tarikh yang lain ia tetap berlaku sekali
dalam satu kitaran hidup manusia.
Tukang-tukang tilik pula lebih
berminat dan cenderung meramalkan tarikh hari kiamat dengan hari-hari yang
mereka anggap ganjil. Dalam masa yang sama mereka juga akan menikmati
popularity yang akan melonjakkan mereka di mata masyarakat yang amat takut akan
hari kiamat. Tiada manusia yang tidak akan takut akan hari kiamat tetapi jika
kita ditakutkan denga cara yang sedemikian rupa tanpa mengajak untuk bertaubat
sama seperti mengajak berlari tanpa mengetahui sebab mengapa harus berlari.
Tiada ahli-ahli kitab yang
berdebat akan tarikh hari kiamat tetapi hanya mereka yang taksub akan hari
kiamat sahaja yang sibuk berentap mempengaruhi pengikut mereka yang percaya.
Tarikh 12
Disember 2012
Damai dan salam sejahtera kepada para pembabaca yang budiman.
Singkatannya
ialah 12.12.’12..angka yang mungkin menarik kerana kita akan menunggu 100 tahun
lagi untuk berjumpa dengan singkatan tarikh tersebut. Tetapi bagi saya angka
itu hanya angka sahaja yang tidak memberi sebarang makna. Tetapi bagi orang
lain tarikh itu adalah keramat. Dan dengan kekeramatan itu pastinya banyak yang
akan dikaitkan dengan tarikh itu.
Bagi yang bercinta mungkin
tarikh itu akan menjadi satu tarikh yang romantic. Ada yang mungkin
melangsungkan hari berbahagia seperti tarikh pertunangan dan tarikh penikahan.
Tidak kurang juga yang sanggup melahirkan bayi mereka pada tarikh ini dengan
melakukan pembedahan. Angka itu mungkin akan menjadi tarikh yang penuh dengan
makna.
Disebalik keceriaan tarih itu,
ada juga kisah duka yang dikaitkan dengan tarih itu. sesetengah peramal hari
kiamat meramal kiamat akan berlaku pada 12 disember 2012. Namun, jika kita
melihat akan tanda-tanda hari kiamat walaupun semakin banyak tetapi hari itu
pastinya tidak akan berlaku pada tarikh 12 12 2012.
Banyak yang dikaitakan dengan
bulan ke-12 kalender Gregory ini. Harus diingat, calendar ini adalah ciptaan
manusia. Tuhan tidak menggunakan calendar manusia untuk meletakan hari kiamat.
Yang Maha Esa hanya menggunakan hari-hari yang Dia jadikan untuk manusia.
WelcOmE
Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.