Pergunakan IBU anda untuk dapat Kerja
Damai, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Semoga anda
sihat dan ceria hari ini. Pada perkongsian kali ini, Admin ingin mengajak saudara
dan saudari berfikir sejenak siapakah insan yang bertaggungjawap membentuk
diri kita pada hari ini sejak dari kita kecil hinggalah kita mengenal erti
kehidupan. Yang menerima baik buruknya diri kita. Yang sentiasa mendoakan
kejayaan kita siang malam tanpa kita sedari. Yang bersama kita ketika susah dan
senang. Tak lain dan bukan adalah IBU BAPA kita. Apa kena mengenanya Ibu
bapa dengan urusan kerjaya kita?. Apa yang boleh mereka lakukan?. Adakah anda
tahu Ibu bapa anda lebih POWER dari refferee yang anda letak di dalam
resume anda?. Adakah ada tahu bahawa seorang Usahawan yang terkenal di Malaysia
sekarang ini tidak pernah masuk universiti pun tetapi sekarang menjadi
salah seorang jutawan hasil doa dan restu Ibunya?. Tahukah kalian bahawa
seorang siswazah yang mendapat Pangkat Kelas Ketiga telah berjaya menjawat
jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik sekarang di salah sebuah agensi
Pusat Kerajaan hasil doa Ibunya?.
Jadi
bagaimanakah caranya untuk "pergunakan" ibu anda untuk anda
berjaya mendapatkan pekerjaan idaman? Berikut adalah beberapa saranan
daripada Admin yang boleh anda praktikkan:
1. Selalulah
menjengok mereka di kampung paling kurang pun sebulan sekali. Jangan sakiti
hati mereka dan sentiasalah menjaga hati mereka. Adakah anda tahu bahawa anda
diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT hanya dengan melihat muka Ibu bapa anda.
2. Telefon
mereka paling kurang seminggu sekali bertanya khabar. Bila anda selalu hubungi
mereka, ingatan mereka terhadap anda semakin kuat. Bila dia ingatkan anda tentu
dia akan selalu mendoakan kesejahteraan dan kejayaa anda.
3.
Peruntukkan wang bulanan dari hasil gaji anda untuk mereka tidak kira la berapa
yang anda mampu. Mungkin 100, 200, 300 atau hanya 50 pun tidak mengapa. Bukan
jumlah yang menjadi isu tetapi keikhlasan anda memberi dan kegembiraan mereka
menerima wang dari anak mereka sendiri itu yang lebih utama. Mungkin anda
fikir, "ala..Ibu bapa saya senang ada pencen, ada kebun sawit, pendapatan
mereka ribu-ribu sebulan. Dia tak perlukan duit saya pun. Saya ni lah yang
susah, gaji baru RM1,500 nak makan pun tak cukup". Sebenarnya anda
silap besar. Ibu bapa akan merasa bangga dan gembira kalau mereka dapat duit
daripada anak-anaknya. Dengan memberi wang kepada ibu bapa kita sebagai tanda
terima kasih kepada mereka akan memberikan keberkatan kepada kehidupan si anak.
Anda akan rasa sentiasa cukup walaupun gaji anda kecil. Tetapi sebaliknya
anda sentiasa tidak akan merasa cukup walaupun gaji anda RM10,000 sebulan
kerana tiadanya keberkatan. Memang mereka tidak minta, tetapi andalah yang
perlu mengambil inisiatif memberi.
4. Ini part
yang paling best!. Setelah anda dah lakukan langkah 1 hingga 3 di atas.
Anda sebenarnya dah ada KABEL yang paling besar untuk anda dapat kerja
atau meningkatkan kerjaya anda ke tahap yang lebih baik. Sebelum anda memohon
kerja atau pergi ujian bertulis atau lebih bagus lagi sebelum menghadiri
mana-mana temuduga, anda hanya perlu dail talian kecemasan (no. telefon Ibu anda).
Anda hanya perlu cakap "Mak, hari ni Along ada interview untuk
jawatan XXX di Syarikat XXX, tolong doakan Along dapat ye mak..."
Agak-agak anda berjaya tak dapat kerja tersebut?. Saya kata 99.9% anda akan
berjaya!. Sebab?. Doa seorang Ibu untuk anaknya dengan penuh keikhlasan sama
ada baik atau buruk akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
Bagi mereka
yang sudah tiada Ibu atau bapa janganlah pula berasa sedih. Anda masih boleh
berbakti dengan selalu mendoakan keampunan untuk mereka. Semoga usaha anda itu
akan menjadikan hidup anda bahagia dan berjaya.
Sumber: infojobs2u@gmail.com
0 comments:
Post a Comment