PETRONAS: Peranan terjejas Jika Bayaran Royalti
Dinaikan
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Sekali lagi isu minyak disentuh
dalam artikel saya padda kali ini. Sekali imbas tajuk yang di tulis dalam UTUSAN BORNEO, SABTU, 13 OKTOBER 2012,
dalam muka surat A13 dalam ruangan EKONOMI.
Apabila kita fahami kenyataan
Petronas itu jelas kepentingan syarikat diutamakan. Antaranya ialah:
1. Petronas mahu menjadi penyumbang
cukai terbesar kepada kerajaan sepanjang masa.
2. Ketidakupayan untuk membayar dividen
kepada pemegang saham. (adakah Petronas milik penuh negara atau orang-orang
yang berkepentingan atau syarikat-syarikat adalah tidak jelas.)
3. Keberuntungan dan daya maju ekonomi
semua projek minyak dan gas lama dan baharu yang sedang dibangunkan.
4. Petronas risau akan kejatuhan
pengeluaran dari medan minyak domestic yang matang. (dalam masa yang sama
Petronas telah menjumpai medan simpanan minyak dan gas yang besar di Sarawak
yang diumuman beberapa bulan yang baru di Sarawak)
5. Ia akan menjatuhkan pengeluaran
minyak dan gas dan juga akan mengancam jaminan tenaga negara.
6. Memberi kesan berganda kepada
industry minyak dan gas domestic seperti perkhidmatan serta industry sampingan
, mengakibatkan kekurangan peluang pekerjaan untuk penduduk negeri-negeri terbabit.-Bernama
Jelas
sekali Petronas belum dan tidak akan bersedia untuk memberikan royalty minyak
yang lebih tinggi kepada negeri-negeri pengeluar minyak negara. Selain 6
perkara tersebut, Petronas juga berkira-kira untuk terus menaja beberapa
syarikat permotoran dunia seperti penyertaan mereka di dalam F1. Keuntungan
Petronas tidak akan terjejas jika pelaburan Petronas di luar negara membuahkan
hasil. Adakah Petronas hanya bergantung pendapatan mereka dengan hasil domestic
semata-mata? Jika ya layaklah negeri-negeri pengeluar minyak menuntut lebih
royalty kerana petroleum adalah hasil negeri yang dinikmati Sarawak misalnya
sejak zaman Rajah Brooke lagi. Tetapi sejak pengenalan akta Petroluem hasil
minyak bukan lagi hasil utama Sarawak tetapi terpaksa bergantung kepada
inisiatif sendiri untuk maju.
Penduduk di Sarawak misalnya
tidak bekerja di pelantar minyak milik Petronas. Kebanyakkan orang Sarawak
bekerja dengan SHELL Sarawak berbanding dengan Petronas yang mengambil pekerja
dari peringkat “Persekutuan” kebanyakkannya. Adapun orang tempatan baik di
Sarawak mahupun Sabah serta Terengganu dan Kelantan bekerja sebagai “pump
Assistant” di Petrol Station milik Petronas. Sudah pastinya Tauke kedai minyak
yang akan mengaut keuntungan. Saya pernah bekerja di Station Minyak Petronas di
sebuah daerah di Sarawak dengan gaji sebanyak RM250 SEBULAN. Saya hanya mampu
bertahan beberapa bulan apabila hasil “kantau” berkurangan akibat kenaikkan
harga minyak mendadak ketika itu. hal itu menyebabkan beberapa syarikat pengakutan
(rakan kantau pekerja Petronas) mengalami masalah kewangan. Tanpa “kantau”
kebanyakkan pekerja di stasen minyak pastinya tidak akan bertahan lama.
0 comments:
Post a Comment