Kehangatan PRU-13
Damai dan
salam sejahtera kepada pembaca yang budiman.
Sejak
tsunami politik 2008, PR lebih yakin untuk membuat kejutan dalam PRU-13 kali
ini. Mereka akan mempertahankan negeri-negeri yang dikuasai mereka terutama
Pulau Pinang dan Kelantan. Mereka mungkin akan kehilangan Kedah dan Selangor
tetapi mereka hanya akan kalah dengan majority yang lebih kecil. Bergitu juga
dengan negeri-negeri lain yang dikatakan kubu kuat BN.
PR dilihat lebih agresif
berkempen sepanjang tahun berbanding BN yang lebih menumpukan kepada perjalanan
untuk menunaikan semua Janji Pilihanraya mereka yang masih banyak lagi belum
dilaksanakan. PR pula mengambil kesempatan ini untuk meninjau masalah rakyat di
negeri-negeri yang dikuasai oleh BN. Sikap lepas pandang BN juga boleh membawa
padah kepada mereka pada PRU-13 nanti.
Seperti kebiasaan sikap pemimpin
politik, mereka akan bekerja dengan lebih bersemangat menjelang PRU baik BN
mahupun PR. Projek-projek yang dijanjikan biasanya akan dilaksanakan menjelang
PRU.
Kempen sepanjanh tahun, 24 jam
sehari 7 hari seminggu ini sebenarnya menyebabkan mereka yang digelar “pengundi
atas pagar” tidak berminat untuk mengundi. Sepatutnya mereka tidak terlalu
teruja untuk berkempen bagi meraih sokongan rakyat. Ucapan-ucapan pemimpn
sering menyelitkan kempen berbanding tujuan utama majlis tersebut.
0 comments:
Post a Comment