Tanpa Sabah
dan Sarawak Petronas tidak akan wujud
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Petronas
yang ditubuhkan pada era Tun Abdul Razak yang juga pengasas BN yang
menggantikan Parti Perikatan telah mengubah lanskap pembangunan negara.
Alahyarham Tun telah meletakan industry minyak dan gas negara ke peringkat yang
lebih tinggi dan mampu bersaing dengan pengeluar-pengeluar gas utama dunia.
Tanpa Sabah dan Sarawak akta
Petrolium negara tidak akan wujud. Kerajaan tidak akan melabur dalam industry
yang mahal tetapi mampu memberi pulangan yang baik untuk negara jika tanpa
mengetahui petroleum ada di perut bumi Sabah dan Sarawak. Sarawak misalnya
telah diduduki SHELL sejak zaman Brooke lagi. Walaupun syarikay minyak itu kurang
produktif pada era selepas perang dunia ke-dua, tetapi minyak masih menjadi
eksport utama Sarawak selain balak. Mengetahui potensi Sabah dan Sarawak yang
berjiran dengan negara Minyak Brunei, Alahyarham Tun mengusulkan akta Petroluem
bagi menubuhakan Petronas. Akibatnya, hasil yang berkaitan dengan petroleum
menjadi milik negara baik petroleum itu dijumpai di laut mahupun di atas
daratan di negeri-negeri di Malaysia. Oleh yang demikian, negeri-negeri telah
kurang hasil bumi kerana menurut pengasingan kuasa hasil dari tanah dan bumi
negeri-negeri adalah milik dan hasil negeri. Melalui
perkembangan teknologi dan persisir pantai negara yang panjang, Petronas giat
mancari dan mengaki sumber-sumber petroleum di seluruh negara. Hasilnya,
selepas Miri kini Bintulu merupakan pengeluar minyak terbesar di Malaysia.
Namun, Bintulu masih seperti Bintulu yang dulu. Bagi admin, Bintulu sekarang
sepatutnya boleh mengalahkan Bandar Sibu sama seperti yang dilakukan oleh Miri
hasil dari Minyak dan Gas.
Petronas kemudiannya mengumumkan
pelaburan yang amat besar di Iskadar Malaysia di selatan Johor. Mungkin hasrat
kerajaan adalah untuk bersaing dengan Singapura sebagai hub minyak dan gas di
rantau ini. Alangkah baiknya jika Petronas melabur sahaja di Sarawak teutam di
Bintulu dan Mukah yang merupakan pusat Petroluem negara. Suatu hari nanti,
Petronas akan menemui medan minyak di pesisir pantai Mukah jiran terdekat
Bintulu.
0 comments:
Post a Comment