Memecah Undi
Damai dan
salam sejahtera kepada pembaca sekalian.
Antara cara
untuk memecahkan undi semasa pilihanraya ialah ialah memperbanyakkan calon yang
bertanding. Namun, jika calon yang bertanding berada di bawah tahap “wakil
Rakyat” adalah agak mustahil untuk memecahkan undi.
Internet belum lagi dapat
memecahkan undi namun media traditional seperti television dan cetak akan terus
menjadi pemain penting dalam usaha memecahkan undi. Penyebaran risalah dilihat
tidak praktikal tetapi jika melalui system pesanan ringkas (SMS) mungkin mampu
mengantikan risalah yang akhinya hanya akan menjadi sampah.
Isu-isu atau modal kempen
seharusnya lebih baru dan ringkas supaya lebih mudah untuk difahami oleh
golongan muda.
Keterampilan seseorang calon
juga harus dititik beratkan. Jika calon bertanding tidak mencerminkan rakyat di
kawasan konsesi adalah lebih baik memilih calon yang sedia ada.
Selain itu, calon hendaklah
lebih bersedia menjawap soalan dalam setiap persoalan oleh para pengundi. Cara
terbaik ialah mengadakan sesi debat berbanding dengan tradisi berkempen untuk
menunjukkan kepada pengundi calon mana layak dipilih menjadi wakil rakyat.
0 comments:
Post a Comment