Wednesday, October 17, 2012

kisah sedih lagi seram

Wednesday, October 17, 2012

Kisah Benar Cerita Sedih Seorang Pencari Kerja

Damai, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Semoga pembaca sentiasa sihat dan ceria. Pada email kali ini Admin ingin berkongsi satu kisah menarik berkenaan sesi temuduga. Salah seorang subcriber kami telah datang ke pejabat Admin dan meluahkan masalah berkaitan permohonan kerja beliau. Beliau mempunyai Ijazah dalam bidang Sumber Manusia dan telah beberapa kali dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga bagi jawatan Kerajaan dan Swasta. Namun sehingga hari ini beliau masih gagal mendapat sebarang pekerjaan. Saya pun bertanya kepada beliau apa persediaan beliau untuk  menghadapi sesi temuduga tersebut.

Dengan panjang lebarnya dan penuh semangat beliau bercerita bahawa setelah mendapat tawaran untuk sesi temuduga, beliau akan cari maklumat dan membaca info berkaitan organisasi tersebut, siapa CEOnya, siapa ahli Lembaga Pengarahnya, bila ditubuhkan, jenis perniagaan atau perkhidmatan Syarikat atau organisasi tersebut jalankan dan bermacam-macam lagi. Lepas tu saya tanya beliau, jadi setelah tuan membaca dan hafal info-info tersebut, adakah penemuduga tersebut tanya soalan-soalan tu?. Dia kata takde pun Encik... Penemuduga hanya suruh saya perkenalkan diri dan kemudian tanya saya apa yang saya sedang buat sekarang...Lepas tu dia cakap ok, terima kasih.

Apakah pengajaran yang anda dapat dari kisah tersebut?. Ramai di kalangan kita masih lagi bersikap seperti diatas. Ini bukan Pop Kuiz atau Money Drop Game di Astro. Pagi petang siang malam dok hafal perkara-perkara yang tidak memberi manfaat dalam sesi temuduga. Para penemuduga tidak akan bertanya anda siapa CEO syarikat sebab anda belum lagi menjadi pekerja di Syarikat tersebut. Untuk menarik minat para penemuduga, di bawah ini beberapa saranan Admin kepada anda untuk dijadikan panduan. 

1. Anda hafal latarbelakang diri anda (kalau boleh dalam Bahasa Inggeris) dalam masa 10 hingga 15 minit kerana ini biasanya merupakan soalan pertama dalam setiap sesi temuduga. Dan pada kebiasannya akan mempengaruhi sikap dan penilaian pertama penemuduga terhadap anda sama ada positif atau negatif. Siapa Anda, asal mana, kelulusan anda, Sekolah/Universiti mana anda belajar, hobi dan kegemaran anda, pengalaman kerja anda dan lain-lain berkaitan diri anda yang mana sesuai. Tapi cerita yang baik-baik sahaja la. Janganlah cerita perkara-perkara yang buruk tentang diri anda pula. Tu menempah maut namanya, hehehe.

2. Anda boleh bercerita/menerangkan kerja yang anda sedang lakukan sekarang dengan baik. Contohnya anda sekarang bekerja sebagai Pegawai Bank. Anda mesti dapat bercerita dan menerangkan dengan baik tentang tugas anda seharian, prosedur kerja anda, apa yang anda perlu buat sekiranya sistem bank tersebut mengalami masalah dan sebagainya. Dari situlah penemuduga akan menilai anda sejauh mana kebolehan anda dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Kalau anda nak cerita rutin kerja yang anda buat tiap-tiap hari pun tergagap-gagap, itu belum lagi kena soalan tambahan, bagaimana anda nak pikat penemuduga tersebut dan yakinkan beliau untuk ambil anda sebagai pekerja?. Alamatnya balik awal la...

Sumber: infojobs2u@gmail.com

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting