Bajet Kita
2013
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.
Setelah
Pakatan Rakyat membentangkan Bajet mereka kemudian disusuli oleh pihak Kerajaan
banyak komen dan pembandingan dilakukan oleh mereka yang pakar dalam bidang
masing-masing. Sector swasta mungkin juga telah dan akan membentangkan bajet
mereka. Selalunya bagi syarikat yang besar akan melakukannya. Bagaimana pula
dengan syarikat –syarikat yang kecil? Mungkin ada tetapi mungkin hanya
dibentangkan untuk lembaga pengarah sahaja. Bagaiman pula bagi syarikat milik
persendirian yang pekerjanya tidak sampai pun lima orang? Kita tidak tahu
bagaiman mereka merencanakan perniagaan mereka. Namun yang demikian, kedengaran
juga keluhana dari pekerja syarikat swasta tentang company mereka yang agak
“kedekut”. Tentang gaji dan juga pemberian bonus yang hek elej sahaja.
Kita ke skop yang lebih kecil.
Adakah ibu bapa kita menyediakan satu bajet untuk tahun 2013 atau tahun-tahun
sebelum ini? Sebenarnya tidak banyak di antara kita yang menyediakan bajet
tahunan. Kebanyakkan daripada hanya berbelanja berdasarkan rutin sahaja.
Misalnya, apabila terima gaji bulanan, (contohnya seorang guru) petang selepas
sekolah akan bergegas ke bank untuk membayar pinjaman. Kemudian, pergi pula ke
kedai runcit membeli barangan dapur. Esok di sekolah, cakap kepada rakan
sekerja semua dah settele. Tunggu bulan depan lagi. Belum habis bulan dan habis
gaji. Yang tinggal untuk tampung-tampung jelah. Tiba-tiba ada bonus, apa lagi
kalau boleh mahu sahaj dihabiskan loan-loan tu untuk dapatkan loan yang baru
pula. Tidak ada perancangan.
Bagi yang bekerja mungkin boleh
merancanakan bajet mereka. Bagi yang tidak bekerja juga perlu untuk mengira
bajet mereka. Bagi para pengangur bermusim juga perlu untuk mempunyai bajet.
Tidak kira berapa bajet anda supaya anda tidak terbeli benda yang tidak perlu.
Kita harus bijak dalam memperuntukkan bajet kita agar kita dapat hidup dengan
tenang dan tidak tersesak dengan masalah kewangan. Sama-samalah kita bersedia
untuk masa-masa yang tidak diduga. Jangan marah bha..
0 comments:
Post a Comment