Isu keselamatan Negara
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman sekalian. Sebagai penulis dan
juga pembaca, kita harus bijak dan rasional dalam apa juah maklumat, pandangan
yang kita utarakan dan kita terima.
Isu keselamatan negara adalah
isu yang paling sensitive kerana ia boleh juga secara tidak langsung menyentuh
perkauman malah juga agama. Lihat saja kejadian di Lahad Datu dan Semporna
Sabah. Selain kaum asal Kesultanan Sulu, kaum sulu juga sendiri sudah diiktiraf
sebagai kaum pribumi di negeri Sabah. Lebih menyedihkan lagi, kaum Sulu baik di
Sabah mahupun Selatan Filippina adalah beragama Islam. Adakah mereka seagama
harus berbunuhan bagi menuntut hak keatas tanah yang dimiliki oleh Yang Maha
Esa secara mutlak itu?
Lain pula isu keselamatan
seterusnya. Isu Keselamatan dipolitikan secara terus oleh ahli-ahli politik
seluruh negara. Satu pihak mengatakan bahawa ia adalah satu konpirasi kerajaan
bagi melengah-lengahkan pilihanraya umum ke-13. Satu pihak lagi mengatakan
bahawa ketua pembangkang mempunyai kaitan dengan pencerobohan ini. Namun,
adakah ia satu sendiwara jika banyak nyawa terkorban dan kita terpaksa membayar
harga yang tinggi untuk edisi pencerobohan ini?
Apa yang penting ialah, bukan
kehilangan hak keatas tanah Sabah, tetapi nyawa yang melayang baik di pihak
para pegawai keselamatan negara malah pihak penceroboh itu sendiri. Tetapi
lebih menyedihkan lagi apabila ada penduduk tempatan yang tercedera malah
terkorban kerana ketamakkan sesetengah pihak untuk mendapatkan kuasa.
0 comments:
Post a Comment