Showing posts with label remaja. Show all posts
Showing posts with label remaja. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

sex dan remaja

Thursday, August 16, 2012 0

Sex dan Remaja

Sex merupakan jantina antara lelaki dan perempuan. Sex juga merujuk kepada aktiviti kelamin antara lelaki dan perempuan.  Manakala remaja merujuk kepada mereka yang berusia antara 13 tahun hingga 19 tahun. 
Remaja juga dibahagi kepada beberapa peringkat umur. 13 tahun hingga 15 tahun diketegorikan sebagai umur remaja muda. Kebanyakan pada usia ini, remaja sudah atau sedang dalam peringkat baligh atau hormone badan remaja sedang matang untuk berubah dari kanak-kanak kepada peringkat dewasa. Pada peringkat ini, badan atau tubuh badan remaja akan cepat membesar dan banyak perubahan akan dialami oleh remaja tersebut. Pada peringkat ini juga tarikan antara jantina juga menjadi semakin kuat. maka tidak hairanlah pada usia ini kebanyakan remaja menemui cinta pertama mereka. Mereka yang paling active ialah remaja perempuan. Selalunya kecantikan wanita mula mekar pada usia ini. Manakala bagi remaja lelaki pula mereka lebih cenderung untuk mencari dan mencuba sesuatu yang baru. Mereka pada usia ini lebih active dan suka atau lebih bermain.
Pada usia 16 tahun dan 17 tahun remaja sedang pada peringkat remaja pertengahan.terdpat remaja yang mencapai pertumbuhan maksimun pada usia ini dan tidak kurang juga remaja yang baru mencapai akil baligh. Pada peringkat ini kebanyakan remaja sedang hangat dilamun cinta. Tidak kurang juga yang menumpukan pada pelajaran. Maka tidak hairan jugalah pada usia ini ada remaja yang telah hilang ciuman pertama atau teruna atau dara. Ini kerana, hormone sex manusia pada peringkat umur ini sedang active. Lebih-lebih lagi apabila teknologi canggih telah mendewasakan para remaja dengan pantas. Mereka juga didorong oleh banyak factor seperti, rakan sebaya, keinginan ingin tahu pendedahan kepada media social baik media cetak mahupun elektronik.
Seterusnya usia remaja pada akhir remaja iaitu 18 tahun dan 19 tahun. Pada peringkat ini mereka menuntut kepada kebebesan dan ingin melakukan segalanya tanpa disekat. Maka tidak hairanlah kebanyakan pusat hiburan menjadi tempat mereka untuk menikmati kebebasan.
Sebenarnya, tidak mengira pada peringkat usia apa pun manusia dan sex tidak dapat tidak menarik keingin normal seorang manusia. Namun demikian sex dan remaja semakin dekat dengan masyarakat pada hari ini. Semakin awal sesorang itu menikmati sex maka semakin tinggi keinginan diri mereka untuk menikmati sex. Maka semakin banyak lah kes-kes keruntuhan moral yang akan kita dengar selepas ini.

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting