Jawatan Kosong
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca.
Berapa
ramai diantara kita yang sedang mencari pekerjaan yang setimpan dengan
“certificate” yang kita ada?
Seranccak
mana pun pekembangan pembangunan negara patinya isu pengaguran akan terus menjadi
duri dalam daging dalam kepesatan ekonomi negara.
Terbaru dan
masih hanyat lagi ialah 8000 jururawat yang masih menganggur di Malaysia. Salah
seorang antara mereka ialah kawan saya sendiri seorang India yang sudah tiga
tahun menunggu peluang pekerjaan datang kepadanya. Sehingga pada suatu ketika
beliau ada memberitahu saya untuk berhijrah ke Singapura untuk mencari
pekerjaan di sana. Sempitnya Malaysia sehingga kita terpaksa berhijrah ke
tempat orang yang sempit tetapi luas peluang pekerjaannya.
Sesetengah orang yang
berkelayakkan tidak mendapat pekerjaan yang sesuai adalah kerana masalah “orang
dalam” di dalam sesebuah organisasi. Misalnya di sebuag agensi kerajaan di
sebuah bahagian di wilayah tengah Sarawak. Seramai 88 orang yang datang untuk temuduga
dengan empat kekosongan jawatan ditawarkan. Separuh daripadanya adalah mereka
yang sedang dalam kontrak sebagai pekerja sambilan cuba untuk mengisi semula
empat jawatan kosong yang juga berstatus sambilan. Akhirnya hanya dua diantara
88 orang yang datang temuduga. Seorang lagi anak kepada pekerja organisasi
kerajaan sendiri yang tanpa perlu hadir ke sesi temuduga bersama-sama 88 orang
tadi. Seorang lagi adalah anak buah kepada ketua jabatan yang hadir bersama 88
orang calon tadi. Seorang lagi tidak diketahui siapa dari mana asal usul
beliau. Bukan mahu mempertikaikan rezeki seseorang tetapi biarlah secara lebih
adil dan saksama. Jadi apakah pekerjaan yang sesuai untu anda? Mencari pak cik
atau mak cik anda di dalam sesebuah organisasi untuk mendapatkan pekerjaan?
Atau menceburi perniagaan yang serba mencabar? Atau layak sekadar menjadi
petani dan nelayan?
0 comments:
Post a Comment