Friday, August 3, 2012

Dinar Iraq vs Dinar Emas v2

Friday, August 3, 2012

Damai sejahtera kepada para pembaca budiman.
Sebelum ini kita berbicara tentang Dinar Iraq yang sedang ngetop sekarang. Sekarang kita berkongsi pengetahuan kita tentang nilai yang lebih stabil iaitu Dinar Emas.
                2) Dinar Emas
Dinar emas selalunya terdapat sekeping emas pada wang kertas dinar. Kepingan emas itu yang akan memberi nilai kepada dinar tersebut. Dalam mana-mana wang kertas atu syiling, Nilai muka wang tersebut selalunya lebih tinggi daripada nilai wang itu sendiri. Sebagai contoh, duit syiling bercetak 10sen pada mukanya sebenarnya bernilai lebih tinggi daripada nillai logam yang digunakan. Rasionalnya ini dipraktikan ialah kerana jika nilai logam lebih berbanding dengan nilai muka maka, aktiviti peleburan logam pastinya akan berlaku. Begitu juga halnya dengan nilai Dinar Emas tersebut. Jika harga muka sama dengan emas, mereka akan menanggalkan emas dari kertas itu dan meleburkanya.
Emas tidak sesuai untuk digunakan sebagai alat pertukaran barang kerana beberapa sebab. Antaranya ialah:
i.                     Emas adalah logam yang sempurna. Jika logam emas ditempa maka semestinya nilai muka syiling emas itu akan sama dengan nilai logam emas. Oleh yang demikian, aktiviti peleburan emas akan berlaku. Ini kerana harga emas akan akan meningkat dengan besar berikutan kekurangan syiling emas sebagai tunai dalam pasaran. Pada masa ini, pelebur emas tadi akan menjual emas tadi kepasaran selaras dengan peningkatan harga emas.
ii.                   Emas adalah logam yang berjirim padat. Maka emas adalah berat. Jika sekeping wang kertas biasa bernilai RM100, berat wang tersebut mungkin berapa gram sahaja. Namun, jika emas bernilai RM100 mungkin seberat sekitar lima ke lapan gram.  Tebal poket ya.
iii.                  Emas senang untuk diubah bentuk. Jika kita tercicir emas pastinya penjumpa akan meleburkan emas tersebut. Emas akan melebur pada takat tertentu. Berbanding wang kertas, jika si penjumpa terjumpa wang tersebut, dia akan membelanjakan wang tersebut dan wang itu akan kembali ke dalam pasaran.

Namun yang demikian, emas adalah logam atau harta yang paling sesuai untuk disimpan kerana sifat azali emas itu sendiri:
A.      Emas tidak akan reput mahupun berkarat walau selama mana emas disimpan.
B.      Emas tidak mengalami susut nilai jika kandungan logam emas itu adalah 100% emas atau dinilai sebagai 999. Barangan kemas mempunyai susut nilai.
C.      Emas boleh dileburkan dan dibahagi sama rata kepada para waris tanpa menjejaskan nilai semasa emas.
D.      Emas akan sentiasa bernilai walaupun untuk 100 tahun, 1000 tahun  atau beribu-ratus juta tahun akan datang.

Jika kita melabur utuk menyimpan Dinar Emas berbanding menggunakannya sebagai alat pertukaran barang adalah sabagai merugikan kerana Dinar Emas adalah stabil walaupun sebanyak mana permintaan atau sekurang mana pun penawaran nilai matawang Dinar Emas akan tetap dan stabil

Kesimpulanya, tidak hairanlah pelabur ketika ini berminat menyimpan wang kertas Dinar Iraq berbanding Dinar Emas.
Terima kasih.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting