Pelaburan
Emas
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Pada petang
semalam, sempat juga seorang kawan saya di hemodialysis Mukah bercakap tentang
hobi barunya dalam pelaburan. Saya Tanya pelaburan apakah itu? lalu dijawapnya
pelaburan emas. Saya Tanya lagi emas yang macam mana? Barangan Kemas jawapnya.
Lalu saya memberi sedikit
nasihat kepada beliau bahawa melabur emas adalah satu pelaburan yang amat
bijak. Tetapi kurang bijak jika kita melabur dalam emas fiscal seperti barangan kemas. Yang paling ideal ialah emas
dalam bentuk jongkong atau syiling emas seperti syling kijang emas keluaran
Bank Negara Malaysia.
Beliau berhujah dengan saya
tentang kenaikan harga barangan kemas berbanding beberpa tahun lalu berbanding
sekarang dan tahun ini dengan tahun-tahun yang akan datang. Beliau memberi
contoh tentang seutas rantai tahun 1960-an sekarang bernilai lebih RM4000.
Saya membalas bahawa, barangan
kemas mempunyai susut nilai. Susut nilai barangan kemas adalah tidak ketara.
Antara susut nilai yang berlaku pada barangan kemas ialah:
1. Corak pada barangan kemas yang akan
berubah mengikut peredaran masa. Jika kita menjual semula barangan kemas itu,
tauke akan memberi alasan bahawa patent itu telah ketinggalan zaman dan beliau
pastinya akan mengurangkan margin keuntungan kita dan menaikkan margin
keuntungan beliua kerana nilai emas itu lebih mahal dari corak yang ada pada
barangan kemas itu.
2. Proses mengilat semula barangan
kemas juga akan menyusutkan harga barangan kemas itu sendiri. Tauke kedai akan mengambil
sedikit sisa-sisa emas yang dicuci itu tanpa pengetahuan kita. Terdapat tauke
yang mengabil kesempatan ini untuk meraih keuntungan. Maka nilai barangan kemas
itu secara automatic telah tersusut nilai.
3. Kos upah juga akan menyusutkan nilai
barangan kemas itu sendiri. Peniaga akan mengecas beberapa ringgit dari hasil
jualan barangan kemas itu selain harga kos lain-lain yang terpaksa ditanggung
oleh barangan kemas itu.
Jika kita
membeli jongkong emas ataupun syiling emas, kedua-duanya adalah emas fiscal dan
kekal nilainya. Kita tidak perlu mengilat semula atau mencorak semula jongkong
emas mahupun syiling emas itu. tettapi dengan syarat jangan mengusik atau
menyentuh secara terus permukaan emas itu kerana dikuatiri akan menjejaskan
permukaan syling atau jongkong emas. Namun jangan bimbang kerana harga emas itu
tidak akan terjejas. Namun, jika kita menyimpan syiling emas, selain anda
menyimpan emas anda juga menyimpan numismatic yang mungkin amat bernilai suatu
hari nanti.
0 comments:
Post a Comment