Asal usul
bendera.
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman lagi bijaksana.
Setiap
bendera mempunyai asal usulnya sendiri. Cerita di sebalik bendera itu sendiri
malah cerita di sebalik nama bendera itu sendiri. Sesetengah bendera berasal
dari negara penaungan mereka sendiri terutama negara-negara yang dijajah oleh
negara yang kuat dan besar. Pengaruh negara penjajah adalah kuat bagi
negara-negara pro-barat seperti yang berlaku di Malaysia dan Indonesia.
Misalnya di Malaysia, bendera Jalur Gemilang ini berasal dari bendera Syarikat
Hindia Timur Inggeris yang juga dijadikan asas kepada bendera All Stars United
States of America. Manakala di Indonesia pula, bendera Sang Saka Merah Putih
pula berasal usul dengan empayar Majapahit dan Srivijaya yang berasal dan
bertapak di Bumi Jawa, Indonesia. Selain dua empayar besar asia tenggara pada
zaman dahulu, bendera Indonesia juga mempunyai mirip bendera Holland yang juga
negara penaung bagi Indonesia. Boleh dikatakan warna biru di bawah bendera Belanda
itu digugurkan untuk meninggalkan warna merah di atas dan warna putih dibawah.
Maka jadilah sebuah bendera Indonesia yang bergelar Sang Saka Merah Putih itu.
Walau dari mana asal atau cerita
disebalik sesebuah bendera itu, bendera itu tetap dan harus menjadi sanjungan
kepada setiap warga yang bernaung di bawah bendera itu. hal ini kerana, setiap
bendera adalah maruah sesebuah bangsa yang merdeka.
0 comments:
Post a Comment