Peluang Pekerjaan
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Peluang
Pekerjaan di Malaysia adalah terhad. Dengan sumber yang terhad dan tenaga kerja
yang banyak menjadikan persaingan merebut kerja menjadi semakin sengit.
Masing-masing mahu menonjolkan diri masing-masing untuk mendapat pekerjaan.
Jika ada pekerjaan maka akan adalah pendapatan.
Namun, di sesetengah tempat atau
lebih tepat di Malaysia, amalan “cable” atau “link” atau boleh juga
dikategorikan sebagai “connection” di dalam sesuatu pejabat, agensi atau lebih
parah di kementerian senang untuk mendapat pekerjaan. Tanpa “orang dalam”
mungkin akan mustahil untuk mendapatkan pekerjaan dalam situasi ekonomi yang
tidak menentu. Akibatnya mereka yang tidak mempunyai “orang kuat” memang dan
tidak akan dapat merebut pekerjaan dengan mereka yang mempunyai saudara-mara di
dalam sesebuah organisasi.
Sebagai contoh yang lebih kecil,
kita mengambil contoh pembangunan yang pesat di bahagian Mukah. Pembangunan
yang pesat adalah sihat bagi ekonomi. Namun yang demikian banyak yang penduduk
tempatan terpaksa berkorban demi sebuah pembangunan. Antaranya ialah dua buah
bangunan kerajaan negeri yang dibina oleh kerajaan negeri Sarawak yang
tersergam indah menjadi kebanggaan masyarakat setempat. Tujuan kerajaan juga
amat mulia dengan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat merebut
peluang pekerjaan untuk berkhidmat dengan penduduk setempat yang pastinya
mereka lebil kenal. Namun, lain pula cerita di sebalik “memberi peluang
pekerjaan kepada penduduk setempat”. Pada kebiasaannya istilah itu merujuk
kepada pekerjaan kelas N1 semata-mata yang berstatus kontrak yang ditawarkan
oleh para kontraktor hasil tender pemilik bangunan kerajaan tersebut. Seperti
biasa pekerjaan itu meliputi tukang cuci dan pengawal keselamatan yang
ditawarkan kepada penduduk tempatan. Manakala bahagian pengurusan pula dikuasai
oleh mereka yang “berkelayakkan” yang dipilih secara “telus”.
Bangunan Pusat Pentadbiran Baru Bahagian
Mukah dan pejabat RECODA pula merupakan sasaran atau “target” penduduk tempatan
untuk bekerja di dalam bidang pengurusan. Tetapi melalui sumber yang boleh
dipercayai kesemua tempat di dalam bangunan tersebut “telah diisisi” oleh bakal
pekerja dari luar terutama dari Kuching. Adapun nanti iklan Jawatan Kosong dan
panggilan temuduga hanya sebagai “remix” untuk menunjukkan “ketulusan” mereka
mencari calon yang sesuai untuk menjawat jawatan tersebut. Kes tersebut pernah
berlaku samasa kami menghadiri temuduga di MRSM Mukah. Kebanyakkan calon yang
datang temuduga memang berharap mereka akan mendapat pekerjaan tersebut.
Setelah tempoh matang bagi menunggu keputusan temuduga tamat kami bertanya
kepada pegawai di pejabat MARA Mukah. Jawapan mereka amat menggembirakan
penduduk luar. Mereka memberitahu bahawa selepas seminggu temuduga di pejabat
MARA Mukah bagi mengisi kekosongan di MRSM Mukah, pejabat pengurusan MARA
Negeri telah menghantar “Orang-orang Mereka” untuk mengisi kekosongan di MRSM
Mkah. Maka, tiada seorang pun di antara kami yang datang temuduga itu yang
mendapat mengisi kekosongan tersebut. Hany “mereka” bernasib baik kerja jadi
kerani. Mungkin kami layak menjadi
tukang cuci atau pengawal keselamatan sahaja agaknya. Itu adalah istilah
“memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan”.
Anda boleh
juga membaca post ini dalam bahasa melanau Mukah @
www.likeumukahteleu.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment