Trend pengundi Malaysia
Damai dan
salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman.
Bagaimana
trend pengundi Malaysia? Mereka boleh dikategorikan kepada dua kelompok. Mereka
ialah pengundi yang mengundi parti politik yang mereka sertai manakala golongan
kedua pula adalah mereka yang tidak menyebelahi mana-mana parti. Golongan ini
sebenarnya lebih cenderung untuk tidak keluar mengundi pada hari pengundian.
Siapa yang akan keluar mengundi?
Selalunya yang akan keluar adalah mereka yang aktif berpolitik. Mereka mahu
parti yang mereka sokomg menang dalam setiap pilihanraya. Jadi kuasa menentukan
kemenangan calon yang bertanding adalah terletak di tangan mereka.
Pengundi di Malaysia masih di
bawah pemikiran yang sama sejak awal pra-kemerdekaan lagi. Parti memerintah
masih tidak pernah bertukar sejak sebelum merdeka hingga ke hari ini. Hal yang
sama berlaku kepada hampir kesemua negara yang merdeka di bawah naungan
Komanwel. Jadi trend pengundi adalah masih tidak berubah walaupun BERSIH 100
dilakukan.
0 comments:
Post a Comment