Mengapa negeri-negeri pengeluar minyak menuntut
royalty yang lebih tinggi?
Damai dan
salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian.
Negeri-negeri
pengeluar minyak mahu royalty minyak dikaji semula agar dengan hasil royalty
itu dapat mempercepatkan pembangunan negeri-negeri pengeluar yang kita sedia
maklum adalah lebih mundur daripada negeri-negeri yang bukan pengeluar minyak
di Malaysia. Di manakah kesalahannya? Di manakah silapnya? Sejak perkembangan
teknologi dalam pengeluaran minyak dan gas negara berbanding era Brooke di
Sarawak, pengeluaran dan hasil minyak adalh meningkat lebih-lebih lagi dengan
peningkatan harga minyak di pasaran dunia.
Sebagai negeri pengeluar minyak,
adalah layak negeri-negeri tersebut menikmati pembanguan yang lebih berbanding
dengan negeri yang bukan pengeluar minyak. Akibat hasil negeri yang berkurangan
maka tidak hiaranlah negeri-negeri pengeluar minyak ini hanya menjadi penonton
kepada kepesatan kemajuan negara. Seperti Sarawak, negeri ini terpaksa mencari
inisiatif sendiri untuk membangunkan negeri ini. Antaranya ialah hasil balak.
Walaupun banyak penyelewengan yang dilakukan oleh mereka yang berkepentingan,
namun Sarawak mampu mengembangkan ekonominya dengan mampan dan berhemah
daripada terus bergantung kepada peruntukan Persekutuan. Hasil Persekutuan
adalah hampir separuh disumbangkan oleh Petronas. Andaikan hasil Petronas itu
milik Sarawak, Sabah, Terengganu dan Kelantan mengikut pengeluaran
masing-masing, sudah tentulah pendapatan KDNK Sabah dan Sarawak akan melebihi
pendapatan Persekutuan. Tetapi Sabah dan Sarawak bermurah hati berkongsi
kekayaan itu dengan Semenanjung maka pembangunan Persekutuan lebih kepada pusat
pentadbiran negara berbanding engan negeri-negeri pengeluar minyak.
0 comments:
Post a Comment