Thursday, February 14, 2013

BR1M vs Duit Kebajikan

Thursday, February 14, 2013

BR1M vs Duit Kebajikan
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Jabatan Kebajikkan Masyarakat juga memberi wang kepada warga emas, golongan Kelaianan Upaya dan juga fakir-fakir miskin. JKM juga memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Namun rasionalkah BR1M ini dalam membantu mereka?
                Bagi admin, BR1M tidak membantu secara menyeluruh. Ia hanya sebahagian sahaja. Hal ini kerana, banyak lagi pemohon yang memohon BR1M tergolong dari kalangan yang berkemampuan dan hanya mahu RM500 sebagai bonus kepada poket mereka. Misalnya, terdapat warga emas yang dijaga oleh anak-anak mereka yang berada juga memohon. Kerajaan memang akan bagi BR1M kerana status warga emas namun bagaimana kalau wang itu digunakan untuk menggaji para penganggur di luar sana?
                Golongan OKU dan juga fakir miskin sememnagnya amat memerlukan bantuan dari kerajaan namun kerajaan mengalihkan tumpuan kepada mereka yang berkemampuan. Mungkin demi satu undi. Hakikatnya, kerajaan membazirkan wang rakyat untuk meraih undi daripada membantu JKM melaksanakan tanggungjawab mereka. Akibat daripada kekurangan peruntukkan, JKM dikatakan terpaksa memotong malah membatalkan bantuan kepada penerima gara-gara peruntukan tidak mencukupi.
                Kerajaan harus sedar, peluang pekerjaan dan membantu golongan yang memerlukan adalah lebih baik. Hal ini kerana, kebanyakan mereka yang bependapat RM1500-RM3000 memiliki kereta. Ya, mereka juga perlu membayar ansuran kereta secara bulanan tetapi ramai diantara mereka mengubahsuai kereta mereka dengan kos h=yang hamoir sama dengan bayaran ansuran kereta mereka. Makanya, duit gaji tidak cukup. Nak bayar itu, bayar ini lagi.
                

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting