SSKM
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
SSKM atau
Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia adalah sebuah gerakkan memperjuangkan hak dan
kekayaan hasil bumi negeri-negeri Borneo. Mereka berpendapatan bahawa beberapa
perkara di dalam Perjanjian Malaysia 1963 tidak dihiraukan seakan-akan terus
terbenam di dalam Perlembagaan Malaysia.
Manakala hasil bumi negeri pula terus dihisap oleh Persekutuan Malaysia
bagi membangunkan negeri-negeri bukan pengeluar minyak di Malaysia.
Misalnya bangunan-bangunan mercu
tanda negara seperti Menara berkembar Petronas, ia boleh melambangkan kekayaan
negeri-negeri Borneo yang dihasilkan oleh Petronas. Tetapi dibina di ibu negera
di Kuala Lumpur. Hanya satu sahaj projek mega negara yang dibina di Sarawak
hasil pendapatan minyak yang menyumbang hampir separuh daripada KDNK negara
iaitu Empangan Hidroelektrik Bakun yang pada awalnya bernilai RM13 Billion.
Tetapi sekarang hanya bernilai separuh dari harga itu. itupun matlamat asalnya
untuk membekalkan tenaga elektrik kepada Semenanjung Malaysia.
Tidak banyak pembangunan hasil
minyak dan gas yang dinikmati oleh Sabah dan Sarawak. Selama bertahun-tahun
penduduk Sabah dan Sarawak membayar harga minyak di pam lebih mahal dari
Semenanjung tetapi mereka masih mampu membeli minyak itu. sesetengah penduduk
amat memerlukan minyak terutamanya penduduk di pendalaman. Umpamanya untuk menjana
elektrik, enjin pam malahan enjin bot yang memerlukan bergelen-gelen minyak
untuk berulang –alik dari rumah ke sekolah ke pasar dan Bandar-bandar yang
berdekatan.
SSKM juga merasakan Sabah dan
Sarawak dijajah secara halus. Sama seperti Great Britain dahulu. Mereka
menguasai hubungan luar dan hasil bumi di Sabah dan Sarawak. Walaupun berbeza sedikit tapi pendekatan
Persekutuan adalah sama dengan kerajaan Great Britain suatu ketika dahulu.
Sejak pemimpin negara mengalami
mimpi buruk pada 2008, mereka sedikit tersedar akan pentingnya Sabah dan
Sarawak kepada KDNK Malaysia. Tanpa Sabah dan Sarawak impian untuk menjadi
negara Maju menjelang tahun 2020 tidak akan terlaksana.
0 comments:
Post a Comment