Tuesday, November 13, 2012

perayaan

Tuesday, November 13, 2012

Perayaan
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang bijaksana lagi budiman.
                Kebebasan merayakan kepercayaan kita juga tergolong kepada hak rakyat Malaysia menganuti agama yang mereka percayai dan bukan agama yang mereka sukai.
                Misalnya, jika seorang ibu bapa beragama Hindu maka anaknya secara automatic akan beragama Hindu. Jika ibu bapa saya beragama Krristian maka saya secara lahirnya saya beragama Krristian. Bergitu juga halnya dengan sepupu saya yang beragama Islam kerana ibu dan bapanya beragama Islam. Ia sama seperti mereka yang beragama Buddha. Jika ibu bapanya beragama Buddha maka anak-anak mereka akan beragama Buddha.
                Sebagai menghormati agama Islam sebagai agama terakhir yang diturunkan dari langit yang secara fizikalnya masih mengamalkan gaya amalan agama Bapa Leluhur Manusia Nabi Ibrahim maka, setiap penganutnya tidak dibenarkan keluar dari agama Islam. Secara hukumnya, agama Islam adalah yang terakhir dan kita tidak boleh berpatah balik kembali kepada agama selain agama Islam. Jika seorang itu lahir sebagai seorang yang beragama Yahudi, beliau boleh memeluk agama Kristian tetapi beliau tidak boleh masuk kembali ke agama Yahudi tetapi beliau boleh menganuti agama Islam. Sesudah beliau menganuti agama Islam maka beliau tidak boleh berpatah balik ke agama Kristian apatah lagi agama Yahudi mahupun kembali kepada agama Bumi seperti Hindu atau Buddha.
                Uniknya kita di Malaysia, kita masih menerima mereka yang telah meninggalkan agama kita untuk bersama dengan agama terakihir di bumi iaitu agama Islam kerana agama ini adalah merangkumi agama langit dan bumi. Jadi taatilah agamamu kerana agamamu akan membawa kamu ke Syurga untuk bertemu dengan Bapa Leluhur kita dan memuji Tuhan Allah yang Maha Esa.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting