Friday, November 2, 2012

melanau Dalat-Oya-Rajang

Friday, November 2, 2012

Komuniti melanau
Part 2
                Kaum melanau terdiri daripada beberapa dialek bahasa.
Bahasa melanau Mukah boleh dikatakan sebagai pusat bahasa melanau. Jika kita menyusuri jalan Mukah-Oya, ke barat daya kita boleh mengesan perjalanan dialek bahasa itu. Dari Pekan Mukah ke Kampung Kuala (orang Kampung Petanak juga merujuk mereka sebagai Orang Mukah) ke Kampung Petanak kita tidak akan disajikan dengan hubungan berjiran yang baik. Dari Kampung Petanak, kita akan melintasi Kampung Judan. Dialek di sini lebih sedikit Mukah dari Kampung Penat yang ada tune dalam pengungkapan tutur kata. Melimpasi Kampung Penat kita akan sampai di persimpangan Oya-Dalat dan kita terus ke Oya. Bahasa Melanau Oya sudah lebih ke Dalat berbanding Mukah tetapi hampir sedikit sama dengan Kampung Penat. Manakala dialek kampung-kampung di Oya adalah lebih nutral dan tidak banyak dipengaruhi bahasa asing seperti bahasa Melanau Mukah. Selepas bulatan besar antara Oya-Igan kita akan sampai ke Igan. Di Igan, tune dielak sama seperti Mukah tetapi bahasa mereka lebih kepada melanau Rajang. Setelah kita menyeberangi feri, kita akan sampai ke Matu-Daro. Bahasa mereka jauh sudah dari bahasa Melanau Mukah. Dengan itonasi yang berlainan sehinggakan jika orang Mukah bertutur dengan orang Matu Daro, mereka tidak lagi berbahasa melanau. Apabila kita sampai di Lembah Rajang, sesungguhnya saya lansung tidak faham apa yang mereka cakap. Kalau fahampun mereka kait-kait dalam bahasa melayu baru kita dapat tangkap apa yang mereka maksudkan. Dari batang Rajang kita akan bertemu dengan satu lagi komuniti melanau sawai yang tune banyak dipengaruhi oleh vocal e. dari batang Rajang ke sg Kut ke Pekan Dalat kita akan mendengar peralihan nada tune dari Sawai ke Medong sehingga sampai ke Kampung Tengah Dalat kita dapat rasakan keaslian bahasa melanau masih dituturkan oleh kebanyakkan penutur di daerah Dalat. Kepekatan bahasa melanau Dalat dapat dirasai di Kampung Sg Ud. Kita beransur menyusuri batang Oya ke Kampung Tanam yang masih mengekalkan keaslian bahasa Melanau dengan kepekatan berkurangan ke Kampung Balan yang sudah kedengaran sedikit ke-Oya-an sehingga ke kampung Teh dan sekitarnya. Samapai di kampung Bakong kita akan bercakap dalam dialek Oya sejati dengan pengaruh Islam Melayu.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting