Friday, November 2, 2012

Pengertian Wang

Friday, November 2, 2012

Pelaburan Wang Kertas
Pengertian Wang
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Apa itu wang kertas? Wang kertas merupakan wang fiscal paling kerap digunakan di dalam ekonomi. Wang kertas mempunyai nilai muka yang lebih besar dari nilai kertas yang digunakan. Wang kertas harus diperlakukan sah oleh Bank Pusat sesebuah negara sebagai wang kertas yang diperakui dengan nilai semasa wang tersebut. Di Malaysia, wang kertas bermula dari nilai RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan  RM100.
                Wang kertas harus mudah dikenali dan sukar untuk dipalsukan. Wang kertas juga harus diterima umum sebagai ejen pertukaran barang dalam sesebuah ekonomi. Selain itu, wang kertas perlu stabil nilainya agar tidak berlaku wang melebihi permintaan seperti mana yang pernah berlaku kepada Wang Pisang-Pisang di Zaman Kependudukan Jepun.                
                Wang kertas juga harus mudah di bawa dan perlu ringan daan tidak mudah koyak. Ciri-ciri keselamatan wang harus ada supaya setiap transaksi kewangan adalah sah supaya pengguna tidak tertipu dan peniaga tidak mengalami kerugian. 

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting