Friday, November 2, 2012

kuasa beli

Friday, November 2, 2012

Pelaburan Wang kertas
Kuasa Wang
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca.
Wang secara teorinya adalah ejen pertukaran barang yang dicipta untuk memudahkan proses pertukaran. Namun yang demikian, kuasa wang boleh terjejasa akibat satu fenomena di dalam ekonomi yang disebut sebagai inflasi. Inflasi berlaku apabila wang berkurangan manakala permintaan terhadap barangan pula meningkat. Jadi banyak wang diperlukan untuk membeli barangan tersebut. Akibatnya, nilai matawang itu merosot dan kuasa beli wang tersebut berkurangan. Kuasa wang juga akan berkurangang jika wang terlebih cetak di dalam ekonomi. Ini akan mengakibatkan wang berlebihan di dalam ekonomi dan wang mudah untuk diperolehi menyebabkan nilai wang tersebut merosot.
                Misalnya, terdapat 10 orang yang mempunyai wang kertas RM10 mahu membeli sebuah kereta yang berharga RM5. Peniaga yang mempunyai kereta itu akan pasti mengetahui permintaan terhadap kereta itu dan akan menaikkan harga sejajar dengan hukum permintaaan dan penawaran. Maka, peniaga akan meningkatkan meletakkan harga baru kepada kereta itu. mungkin kepada RM8. Jadi pembeli yang sanggup menerima tawaran baru itu akan membeli kereta itu pada harga RM8. Maka, kuasa wang itu berkurangan dari RM5 kepada RM8 untuk menukarkan dengan sesuatu barangan.                
                Selain itu, kuasa wang juga boleh diukur dengan kemampuan menukar dengan nilai wang itu. contohnya, jika suatu ketika dahulu RM1 dapat menukar 10 bungkus keropok, tetapi sekarang RM1 hanya mampun menukar keropok kepada 5 bungkus sahaja. Ini menunjukkan bahawa, wang telah mengalami menurunan kuasa belinya.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting