Tuesday, November 13, 2012

salam Diwali

Tuesday, November 13, 2012

Happy Deepavali            
Salam Diwali kepada semua pembaca.
Malaysia yang amat indah dengan pelbagai warna perayaan yang disambut oleh setiap kaum etnik yang hidup aman dan damai di Malaysia. Hari ini, perayaan cahaya yang disambut oleh orang-orang Indai di Malaysia yang beragama Hindu.
                Walaupun kita berlainan keturunan dan agama, kita masih dapat merayakan perayaan ini bersama-sama. Bukan setakat untuk agama tetapi untuk meyatupadukan dan perpaduan yang harmonis di Malaysia. Walaupun di Sarawak dan Sabah bilangan penganut agama Hindu tidak sebanyak di Semenanjung tetapi semangat Malaysia amat subur di Kepulauan Borneo.              
                Rupa-rupanya setiap kaum etnik India yang beragama Hindu yang merayakan perayaan ini berlainan caranya mengikut kepercayaan masing-masing. Sungguh unik perayaan ini kerana selain seperti perayaan Tahun Baru kepada agama Hindu dan India tetapi makna cahaya disebalik nama Deepavali ini.        
                Ini adalah maksud sebenar kebebasan beragama di Malaysia yang harus difahami oleh semua pihak. Kita bebas merayakan apa sahaja perayaan yang kita pecayai selagi-lagi tidak memesong kepada akidah kita. Kita tidak perlu risau untuk berkongsi kepercayaan kita dengan rakan-rakan yang lain kerana kita adalah sama. Salam Diwali dan salam Satu Malaysia.. 

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting