Wednesday, March 20, 2013

Pasukan Keselamatan Negara

Wednesday, March 20, 2013

Pasukan Keselamatan Negara
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Negara dikejutkan dengan pencerobohan pengganas dari selatan Filipina yang menggelarkan diri mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu. Lebih menggempar mereka bukan sahaja mahu merampas semula Sabah tetapi turut bertindak ganas membunuh pasukan keselamatan negara.
                Pasukan keselamatan di Malaysia di bahagikan kepada dua iaitu di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan. Secara umumhya Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri ialah Jabatan Polis manakala Jabatan Pertahanan di bawah Kemeterian Pertahanan.
                Pasukan Polis secara umumnya menjaga keselamatan di dalam Negeri atau di dalam negara. Mereka yang akan bertugas apabila serangan adalah bermula di dalam negara. Baik dilakukan oleh orang tempatan malah oleh orang asing secara bersenjata atau tidak.
                Manakala Pasukan Pertahanan pula terbahagi kepada tiga iaitu Jabatan Tentera Udara, Jabatan Tentera Darat dan Jabatan Tentera Laut. Ketiga-tiga pasukan ini mempunyai skop kawalan masing-masing mengikut jabatan mereka. Pasukan tentera adalah bertindak sebagai pasukan keselamatan “first layer” atau pertahanan pertama negara sebelum sesebuah pasukan tentera luar memasuki negara.
                Pasukan Polis juga mempunyai jabatan-jabatan lain seperti jabatan Polis Forensik, Jabatan Pasukan Gerakan Am, jabatan Polis Trafik, jabatan Siasatan jenayah, jabatan Polis Maritim dan banyak lagi jabatan-jabatan yang kita ketahui dan kita tidak ketahui (sulit atau rahsia).
                Begitu juga bagi Kementerian Pertahanan Negara.  Mereka juga mempunyai jabatan-jabatan yang kita ketahui secara umum dan secara tidak umum (sulit atau rahsia) yang ditubuhkan bagi keselamatan negara.
                Hal ini kerana, kekuatan pasukan keselamatan sesebuah negara tidak sahaja diukur oleh kekuatan tentera tetapi kuasa perang yang mereka miliki. Misalnya penggunaan senjata, jentera-jentera, jet-jet dan sebagainya.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting