Friday, March 15, 2013

Malaysia

Friday, March 15, 2013
damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman sekalian.
sering kali kita akan mendengar Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. sebenarnya itu adalah satu penyataan yang salah. hal ini kerana, kedua-dua negeri tu sebenarnya menyertai Malaya dan Singapura untuk membentuk sebuah negara atau Persekutuan yang baru yang diberi nama MALAYSIA. MALAYSIA pada zahirnya lahir pada 16 September 1963 manakala Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1 Februari 1948. Persekutuan Tanah Melayu hanya mencapai kemerdekaan daripada penjajah British pada 31 Ogos 1957.
yang menjadi persoalan di Sabah dan Sarawak adalah hari Kemerdekaan di kedua-dua buah negeri. adalah dipercayai kemerdekaan adalah bermaksud bebas dari belenggu penjajahan ke arah pemerintahan sendiri. Sarawak merdeka 22 Julai 1963 manakala Sabah pada 31 Ogos 1963 sebelum Malaysia lahir pada 16 September 1963.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting