Wednesday, March 20, 2013

Pasukan Keselamatan Negara ii

Wednesday, March 20, 2013

Pasukan Keselamatan Negara ii
Damai dan salam perpaduan kepada para pembaca sekalian.
                Umum sedia maklum bahawa Amerika Syarikat mempunyai armanda Tentera yang paling kuat di dunia. Mereka membangunkan pasukan keselamatan dan tentera baik dari segi kekuatan malah teknologi perang mereka. Kerajaan USA memperuntukkan trillion dolar hanya untuk pasukan keselamatan. Sebagai sebuah negara paling berpengaruh di dunia, kekuatan ketenteraan akan mengecutka perut negara-negara pesaing yang lain.
                Di peringkat serantau, Singapura dan Indonesia adalah dua buah negara ASEAN paling kuat jumlah kekuatan tenteranya diikuti Thailand dan Malaysia. Singapura mempunyai hubungan ketenteraan dengan negara-negara luar terutama USA disamping kelengkapan teknologi pertahanan mereka up to date berbanding negara-negara jiran yang lain. Sebagai sebuah negara maju dan kaya, kerajaan Singapura mampu untuk mempertingkatkan kekuatan ketenteraan disebalik kekurangan kekuatan tenaga tenteranya berbanding Indonesia, Thailand, Malaysia dan negara-negara ASEAN yang lain.
                Di Malaysia, pasukan ketenteraan ditempatkan di sempadan-sempadan utama negara dan pintu-pintu masuk utama. Antaranya ialah sempada Malaysia-Thailand, Malaysia-Singapura, Malaysia-Indonesia, Malaysia Brunei dan Malaysia-Filipina. Namun, pasukan Tentera Malaysia lebih bersedia di Selatan Johor kerana secara tradisinya Ketegangan politik antara Malaysia-Singapura sejak bermulanya Malaysia berbanding Malaysia-Brunei yang lebih tenang dan damai.
                Namun, sempadan Malaysia-Filipina lolos dek sempadan perairan yang panjang dan luas menyebabkan sekumpulan pemberontak mendarat di Malaysia dan bertindak agresif menuntut kedaulatan Sabah sebagai hak Kesultanan Sulu

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting