Thursday, March 21, 2013

BR1M: Kerajaan vs Pembangkang edisi BR1M 2.0

Thursday, March 21, 2013

BR1M: Kerajaan vs Pembangkang edisi BR1M 2.0
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Pada pembentangan bajet 2013, kerajaan sekali lagi meneruskan usaha membantu rakyat dengan melaksanakan BR1M 2.0. syarat-syarat sama seperti BR1M 1.0 tetapi pada edisi 2013 ia diperluaskan kepada mereka yang bujang yang berusia 21 tahun keatas dan bekerja atau tidak bekerja tetapi tidak bagi para pelajar yang sedang belajar yang berusia 21 tahun dan keatas.
                Pada edisi BR1M 2.0 semua permohonan pemohonan adalah layak dengan syarat bagi individu bujang dan ibu/ bapa tunggal yang sudah tiada tanggungan atau hidup sendirian berpendapatan kurang RM2000 layak menerima BR1m versi RM250. Hal ini kerana, pada BR1M 1.0, banyak individu bujang memohon atas alasan mereka juga menanggung/mengirim wang untuk ibu bapa, membayar ansuran rumah dan kereta menyebabkan mereka merasakan mereka juga layak menrima bantuan daripada kerajaan. Kebanyakan permohonan bagi BR1M RM250 adalah mereka yang bekerja dengan Jabatan-jabatan Kerajaan.
                Selain itu, bagi pekerja swasta dan persendirian pula bantuan ini dapat meringankan serba sedikit beban kewangan mereka terutama yang bekrja kilang dan kedai-kedai, di ladang-ladang di seluruh negara. Kebanyakkan mereka ini sebenarnya lebih memerlukan bantuan kerana pendapatan mereka jauh sangat rendah dari paras kemiskinan tegar.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting