Wednesday, March 20, 2013

Sex dan Remaja : IMAN

Wednesday, March 20, 2013

Sex dan Remaja : IMAN
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Sekali imbas artikel kali ini amat panas dan tidak sesuai untuk rujukkan para pelajar sekolah. Namun admin tidak membawa kea rah lembah yang tidak bermoral tetapi admin mahu para pembaca yang bijaksana berfikiran terbuka dan di luar kotak.
                Sex dan remaja tidak dapat dipisahkan. Selain perasaan ingin tahu tetapi pada zaman remajalah hormone testosterone dan estrogen yang merangsang dorongan untuk melakukan hubungan kelamin. Pada zaman akil baligh maka hormone akan merangsang lebih bagi pertumbuhbesaran namun akibat nipisnya iman para remaja kita maka, berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.     
                Namun, selain akibat “ledakkan” hormone secara biologi, keinginan lain para remaja para hari ini menjerumuskan mereka kepada gejala sex bebas. Antaranya pengaruh rakan sebaya. Melihat rakan-rakan lain seronok bercinta, maka rakan yang lain juga ingin merasa bagaimana nikmatnya dicintai dan menyintai daripada tidak pernah merasa.
                Selain itu, perkembangan pesat laman-laman social meluaskan pergaulan pata remaja kita. Dari hanya di alam maya ke alam reality. Dari dari berbalas mesej ke berbalas pelukan. Hanya dari berimaginasi ke perbutana sebenar. Malah boleh berurus niaga. Hanya dari internet.
                Malah, gaya hidup remaja pada hari ini menggalakkan mereka terlibat secara sengaja dan tidak sengaja kepada ketagihan sex. Mungkin kita pernah mendengar “call girl”, “reload girl”dan pelbagai lagi gelaran kepada anak-anak gadis kita yang memberi khidmat sex hanya untuk menambah wang poket mereka.
                Longgarnya kawalan dan perhatian dari ibu bapa juga memudahkan anak-anak remaja bebas bergaul dengan sesiapa sahaja tanpa perlu meminta izin daripada ibu bapa masing- masing. Mengapa?
Kerana nipisnya IMAN seorang MANUSIA.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting