Monday, January 7, 2013

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Monday, January 7, 2013

Peluang Pekerjaan 2013- peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Dalam mengatasi masalah rakyat dalam mendapatkan pekerjaan, SPA harus menjadi tulang belakang dalam mambantu kerajaan mengurangkan kadar pengangguran di negara in. seperti di artikal saya sebelum ini, tidak semua anak-anak dapat menyambung pelajaran ke university atas beberapa sebab yang tidak da[at dielakan. Ada diantara mereka ini lebih bijak dari rakan mereka yang lain tetapi tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
                SPA sepatutnya memberi peluang kepada mereka yang telah lama memohon pekerjaan di SPA dan yang telah berulangkali ditemuduga tetapi gagal untuk mendapatkan pekerjaan. SPA juga tidak seharusnya mengamalkan dasar pilih kasih di dalam soal pengambilan pekerja. Kebanyakkan yang berlaku di kawasan-kawasan tertentu terdapat mereka menggunaka “cabel” untuk mendapat pekerjaan. Hal ini banyak berlaku di agensi-agensi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.
                SPA juga seharusnya lebih telus dalam mengambil pekerja bagi penjawatan awam. Hal ini kerana, kebanyakkan yang sudah mendapat pekerjaan di agensi-agensi kerajaan bekerja hanya untuk mendapatan gaji semata-mata. Hal ini amat merugikan mereka yang benar-benar mahu bekerja dan layak bekerja tetapi diisi oleh mereka yang hanya bekerja seperti melepaskan batuk ditangga.
                Sistem pengambilan pekerjaan juga harus lebih efektif dalam mengambil senarai mereka yang layak untuk mengisi jawatan yang telah ditawarkan. Mereka harus memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang lebih memerlukan.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting