Monday, January 7, 2013

Peluang Pekerjaan Pada 2013

Monday, January 7, 2013

Peluang Pekerjaan Pada 2013
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Salam tahun baru kepada pembaca.
Pada akhir tahun 2012, kerajaan telah menetapkan umur persaraan penjawat awam telah dinaikan kepada 60 tahun. Ini disusuli pula dengan sektor swasta pada 2013. Sehubungan itu, tempoh seseorang individu untuk terus berkhidmat bertambah. Maka, pendapatan mereka pasti akan bertahan sekurang-kurangnya untuk tempoh lima ke enam tahun lagi. Rasionalnya langkah ini ialah produktiviti seseorang itu dapat digunapakai sehingga usia 60 tahun. Apatahlagi tempoh hayat rakyat Malaysia telah meningkat. Ini dapat mengurangkan gejala warga emas terpaksa bekerja sehingga ke akhir hayat kerana wang simpanan mereka tidak dapat menampung kehidupan mereka.
                       Namun yang demikian, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengurangkan pengambilan pekerja bagi sesi 2012 dan 2013 dan mungkin 2014 jika tiada langkah-langkah wajar bagi kita yang terpaksa menganggur. Kerajaan sebenarnya memang mahu mengurangkan beban kos operasi gaji kakitangan kerajaan yang cukup tinggi. Kerajaan juga terpaksa menanggung alaun wakil-wakil rakyat yang dalam masa yang sama juga mendesak kerajaan agar menaikkan alaun mereka. Dengan kadar KDNK yang sederhana sahaja pertumbuhannya, perbelanjaan kerajaan pasti akan meningkat dan hutang negara juga akan turut meningkat.
                       Kebergantungan anak-anak yang terpaksa menganggur kerana kekurangan sumber pekerjaan menyebabkan ibu bapa terpaksa menanggung beban itu. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan tetapi tidak sampai secara menyeluruh kepada rakyat. Dengan pengenalan Koridor Pembangunan Ekonomi Wilayah hanya akan memberi kesan kepada penduduk tempatan dalam jangka masa yang panjang. Kerajaan sepatutunya lebih berani berbelanja dengan menggaji pekerja-pekerja kontrak yang telah tamat perkhidmatan agar diserap kedalam sektor-sekor kerajaan yang memerlukan.
                       Setiap rakyat mahu menikmati hidup yang lebih baik. Kita berharap agar kerajaan akan dapat mencari formula bagaimana mahu menyelesaikan masalah pekerjaan kepada rakyat.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting