Monday, January 7, 2013

Pegawai Kerajaan

Monday, January 7, 2013

Peluang Pekerjaan 2013 – Pegawai Kerajaan
                Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.
Terdapat pegawai kerajaan yang bekerja terlebih gaya. Misalnya di Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Mukah bertempat di Banguanan Persekutuan Mukah Jalan Mukah-Balingian yang amat mendukacitakan. admin tidak memberi komen kepada bangunan Persekutuan yang seperti bangunan kuaters lama kerajaan yang tidak mesra OKU tetapi pegawai yang bertugas di kaunter JPN Mukah.
                Encik itu mungkin bukan orang Mukah kerana admin menggunakan bahasa melanau untuk berinteraksi kepada mereka tetapi mereka hanya menggunakan bahasa Melayu Baku dan Bahasa Melayu Sarawak sahaja. Dengan saiz yang akan tembam dan muka yang terlebih serius encik ini kurang bercakap dan tidak mesra pelanggan. Bukan kita mahu dilayan seperti raja atau VIP tetapi cukuplah seperti cashier di Petronas Mukah yang mengucapakn terima kasih kepada setiap pelanggan walaupun lapan  bekerja mereka masih boleh lagi senyum dan mengucapan ucapan terima kasih. Mungkin tidak semua pelanggan yang mereka suka tetapi jangan tunjukkan sangat muka tidak suka itu.
                Admin juga pernah bertugas BR1M 1.0 sebelum ini. Walaupun terpaksa memegang pen, stapler, malah stamp pad untuk stamp  form admin masih dapat senyum dan membantu warga emas yang tidak tahu menulis dan tidak faham bahasa Melayu. Dengan jumlah besar rakyat berebut-rebut menghantar boring BR1m dan menyemak status permohonan mereka disamping masalah masyarakat cina yang kurang faham bahasa melayu bukan penghalang bagi admin dan rakan-rakan untuk memberi senyuman dan memberi ucapan terima kasih kepada mereka bukan menjadi masalah kepada kami. Tetapi kenapa susah sangat encik JPN tu? Beliau dengan eksennya memberi kad pengenalan kepada admin. Jangan marah encik admin hanya mahu melepaskan apa yang terbuku di hati hamba yang hina ini.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting