Friday, January 11, 2013

Sarawak 22 julai

Friday, January 11, 2013

Sarawak 22 Julai, 31 Ogos dan 16 September
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Negara kita Malaysia adalah salah sebuah negara paling unik di muka bumi ini. Kita adalah gabungan tiga wilayah yang masing-masing adalah bekas tanah jajahan British. Ketiga-tiga wilayah itu adalah tiga negara yang berbeza namun bergabung menjadi satu dan dikenali sebagai Persekutuan Malaysia.
                22 Julai 1963
Sarawak mencapai kemerdekaan dari Tanah Jajahan Mahkota British pada 22 Julai 1963. Menurut Pehin Sri Taib, mereka dan generasi tua sedikit darri mereka sebenarnya ada niat untuk membatalkan hasrat untuk menyertai penubuhan Malaysia kerana hasrat mereka dan rakyat Sarawak ketika itu ialah Merdeka dari orang putih. Namun yang demikian pemimpin tempatan nekad untuk menyertai pembentukkan Malaysia dan mati di dalam Malaysia.
                31 Ogos 1963
Malaya merayakan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan ke-6 dari British. Pada tarikh itu juga sepatutnya Malaysia ditubuhkan namun pihak PBB yang membuat laporan semula tentang tinjauan penduduk Sabah dan Sarawak tidak dapat disiapkan pada tarikh tersebut. Oleh yang demikian, hari kelahiran Malaysia ditunda sehingga dua minggu kemudian.
                16 September 1963
Akhirnya Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak digabungkan dalam satu pemerintahan yang berpusat di Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Hak dan hasil negara adalah dikongsi bersama dengan 13 buah negeri yang lain atau 1/14. Namun yang demikian, Singapura hanya mahu menyerahkan sebanyak 40% hasil negeri Singapura kepada Persekutuan. Oleh kerana gagal mencapai kata sepakat, Tunku mengambil keputusan untuk mengeluarkan Singapura dari Persekutuan atas pelbagai sebab keselamatan dan kedudukan Perikatan secara dasarnya.
                Oleh yang demikain, wajar Sarawak merayakan Hari Kemerdekaan pada 22 Julai setiap tahun dan merayakan Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun dan bukan berkongsi tarikh kemerdekaan 31 ogos bersama Malaya atau Semenanjung Malaysia. 

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting