Monday, January 7, 2013

ibu bapa

Monday, January 7, 2013

Peluang Pekerjaan 2013-kesanggupan ibu bapa
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca.
                Setiap ibu bapa mahu melihat anak mereka untuk menikmati kehidupan yang lebih baik dari mereka. Mereka sanggup berhabis untuk menyekolahkan anak-anak mereka bagi menjamin kmasa depan yang cerah.
                Tidak ramai diantara ibu bapa yang sanggup berhabis untuk menyekolahkan anak-anak mereka. Tidak semua ibu bapa yang mampu untuk menyekolahkan anak-anak mereka jauh dari mereka atas factor kewangan, jarak malah masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Apatah lagi jika mereka mempunyai banyak anak yang perlu ditanggung. Jadi tidak hairan jika ada diantara mereka terpaksa menghabiskan umur persekolahan mereka sehingga di tingkatan lima sahaja.
                Jika ada pun yang cemerlang mereka mungkin terpaksa menempuhi lagi banyak rintangan. Hal inni kerana, biasiswa hanya akan hadir selepas mereka menghadiri kelas. Kos bagi mereka ke university perlu mereka tanggung dahulu. Tidak ramai saudara mara yang sanggup mengeluarkan duit mereka walaupun mereka sedar akan kejayaan yang bakal anak tersebut akan berikan.
                Selain itu, anak-anak yang pandai tetapi tidak mendapat keputusan yang cemerlang juga tidak mendapat keputusan yang teruk juga mungkin dapat menyambung pelajaran ke university tetapi tidak mendapat biasiswa. Mungkin mereka boleh bergantung kepada pinjaman tetapi bnayak prosedur terpaksa mereka tempohi sebelum pinjaman mereka dilulusan. Seperti biasa, ibu bapa akan mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk waktu-waktu awal persekolahan mereka. Menyedari hakikat ini, kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang lain yang perlu ditanggunng menyebabkan mereka melupakan impian untuk masa depan yang lebih baik.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting