Monday, January 7, 2013

Syarikat Tenaga Sarawak

Monday, January 7, 2013

Sarawak Energy Berhad
Damai dan salam tahun baru kepada para pembaca sekalalian.
                SEB singkatan bagi Sarawak Energy Berhad adalah tunjang kepada syarikat0syarikat tenaga di Sawak. Tidak banyak yang penulis tahu tentang penubuhan SEB ini tetapi menurut kawan penulis SEB adalah sebuah syarikat yang menguruskan kesemua syarikat tenaga yang berasakan koparat dan menjana keuntungan.
                Salah sebuah anak syarikat SEb yang terbesar ialah Sarawak Electric Supply co. atau SESCo. SESCo adalah pembekal tenaga electric di Sarawak. Manakala di Mukah pula Mukah Power Generation Berhad pula adalah penjana tenaga elektrik bagi bahagian Mukah dan sekitanya. Sarawak Hydroelectric Berhad mungkin akan menjadi salah sebuah syarikat di bawah SEB jika pengambilan Empangan Bakun selesai penuhnya .
                Sebagai sebuah syarikat yang berkaitan tenaga, SEB adalah layak untuk mendapat konsesi mengali dan melombong minyak di perairan negeri Sarawak. Menurut Syarikat Hornbill, mereka juga pernah melobi untuk mendapatkan hak berkaitan minyak dan gas namun selalu gagal kerana monopoli syarikat gergasi seperti Shell dan Petronas. SEB boleh terus berusaha agar Kerajaan negeri Sarawak akan dapat lebih hasil dari usaha minyak dan gas yang merupakan penyumbang utama kepada KDNK Malaysia.
                Rasionalnya SEB meneroka industry minyak dan gas ialah kerana Sarawak kaya dengan petroleum dan gas asli. Andainya SEB berdaya dan menyaingi Petronas maka Sarawak dapat membekal dan mengeksport minyak dan gas nya sendiri. Dan pastinya rakyat negeri Sarawak mahu menikmati harga yang lebih baik kerana status negeri ini adalah medan minnyak dan gas utama negara sejak sekian lama. Ednga yang demikian, SEB akan dapat memeberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk negeri Sarawak. Memberi suntikkan kewangan kepada kerajaan negeri untuk merancakkan lagi pembangunan negeri Sarawa.
                Banyak lagi faedah jika SEB berjaya mempunyai syarikat berkaitan minyak dan gas kepada orang-orang Sarawak. Diharap pada suatu hari nanti kita akan dapat mendengar Sarawak mempunyai sebuah syarikat berkaitan minyak dan gasnya sendiri yang berdiri sama tinggi duduk sama rendah degan syarikat-syarikat gergasi minyak dan gas dunia.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting