Monday, December 31, 2012

salam tahun 2013

Monday, December 31, 2012
damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. selamat tahun baru 2013 kepada anda semua. semoga dengan kedatangan tahun baru ini akan memberi lebih banyak kejayaan dari tahun yang sudah sudah.
banyak kejayaan yang ditempa oleh negar sepanjang tahun 2012. kita berharap banyak lagi yang akan menyusul pada tahun 2013. dengan pelbagai andaian yang telah dibuat sepanjang tahun 2012, dan 2013 pula akan menyajikan kita dengan cerita yang pastinya berbeza kepada kita. antara kejayaan yang tidak dijangka yang berlaku di seluruh dunai sepanjang 2012 ialah kejayaan gaya tarian Kuda atau Opha Gangnam Style dari PSY yang telah menguasai hampir seluruh dunia wajar dijadikan contoh terbaik kepada kita. dengan tag line beliau yang sentiasa melucukan itu menjadikan sesuatu yang pelik dan berinovasi menjadi pilihan manusia sejagat.
kejayaan Apple inc dan Samsung disamping persaingan sengit dua gergasi teknologi ini juga menarik sepanjang tahun 2012. pelbagai konflik dan cerita menghiasi tahun 2012 diiringi dengan gelagat peminat kedua-dua jenama besar itu.
dalam bidang sukan pula. Sepanyol menjadi negara pertama di dunia memenangi tiga kejuaraan besar dunia dengan mempertahankan mahkota eropah. dengan kegagalan pasukan Malaysia dalam piala AFF Suzuki 2012 menutup tirai kejayaan gemilang Malaysia dalam bidang sukan selepas Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela memenangi perak dan gangsa dalam sukan Olimpik di London.
banyak kejayaan-kejayaan yang telah mengukir senyum di wajah rakyat Malaysia yang juga dikongsi bersama dengan dunia. semoga banyak lagi kejayaan yang akan kita kongsi pada 2013.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting