Thursday, April 23, 2015

KWSP 55

Thursday, April 23, 2015

Damai dan salam sejahtera,
Tetiba sahaja pihak epf mencadangkan pengeluaran bagi caruman epf pencarum kepada 60 tahun. Kononnya kebanyakkan simpanan pencarum tidak mencapai rm50k pada hari persaraan. Menurut kajian mereka, jumlah itu tidak dapat menampung perbelanjaan hari tua apatah lagi pada hari ini tambahan tanggungan setiap orang rakyat malaysia sebanyak 6%.
Bagi penulis, selain cadangan 60 tahun, epf seharusny lebih bijak untuk MEMBANTU golongan pekerja yang berpendapatan rendah. Walaupun caruman pekerja mahupun majikkan dinaikkan ia masih tidak dapat membantu menambahkan simpanan hari tua. Hal ini kerana, nilai atau kuasa beli wang yang disimpan semakin rendah dan lemah setiap tahun. Kadar inflasi yang tinggi disampin cukai* dan bunga hasil daripada pinjaman pencarum menjadikan simpanan di kwsp sebagai simpanan untuk melangsaikan hutang. Apatah lagi dividen yang agak kecil diberikan juga memadamkan terus nilai simpan pencarum. (Dividen epf - cukai*-inflasi)
Epf harus membantu golongan berpendapatan rendah. pemberian dividen misalnya, golongan berpendapatan tinggi denan nilai caruman tahunan yang tinggi akan memdapat dividen yen tinggi. Manakala, golongan berpendapatan rendah pula akan menikmati dividen yang rendah. Di sini pihak epf berfikiran lebih kepada golongan sasar kerana pekerja yang bergaji rm1000 sebulan TIDAK MUNGKIN mencarum rm1000 sebulan.
Sebagai contoh, jika pekerja A  bergaji rm1000 mencarum sebulan rm110 sebulan manakala pekerja B bergaji rm10000 sebulan pula mencarum rm1100.
Setahun, pekerja A hanya mampu mencarum rm1320 manakal pekerja B pula sebanyak rm13200
(Tidak termasuk caruman majikan 13%)
Dividen setahun dengan andaian 8% dianugerahkan oleh epf kepada pencarum.
Dividen pekerja A rm1320 x 8%=rm105.60
Dividen pekerja B rm13200x8%=1056
Pekerja A harus mencarum sekurang-kurang 30 tahun untuk mencapai caruman rm50k dengan andaian beliau bekerja sejak berusia 25 tahun.
Selain itu, pihak kerajaan juga boleh menyumbang kepada caruman pencarum. Selain idea perlaksanaan BR1M kerajaan boleh menyumbang dalam membantu pekerja yang mengumbang kepada negara sesuatu kepada caruman pencarum. Misalnyan 20% daripada pendapatan atau gaji pekerja yang kurang rm2500 sebulan. Sekurang-kurangnya dapat menambah simpanan golongan berpendapatan rendah yang kebanyakkan agak susah untuk menyimpan kerana kekangan kewangan. Semakin kita simpan duit itu semakin kita perlu berbelanja untuk barangan keperluan.
Penulis berharap agar ada penambahbaikan kepada pencarum yang berpendapatan rendah. Kerajaan yang faham akan masalah rakyat akan faham kesusahan rakyat.
terima kasih

1 comments:

Anonymous

satahu aku hampir kebanyakkan rakyat malaysia tidak atau x payah byar cukai pendapatan, aku sedih ada org gaji bwh seribu kena bayar jugak, gst lg perit, student yg x keje pun kena byar gst, kejam sungguh,

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting